Monday, August 31, 2009

Billboard Anti ISA Di Setiap Negeri Bawah PR...!!!

Dari Perisik Rakyat

Bayangkan setiap kali anda memasuki negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat, anda disambut oleh sebuah Billboard besar yang memaparkan perkataan seperti dibawah ini...

Klik sini untuk imej besar...

Mesti hebat kan..? apa kata Pimpinan Kerajaan Zalim sekiranya cadangan ini diterima oleh setiap negeri dibawah Pakatan Rakyat..?

Zorro-Unmasked telah menyampaikan cadangan ini kepada Ketua Menteri Pulau Pinang pada Sidang Akhbar tersebut yang dihadiri oleh semua wartawan media perdana. sebaik zorro-unmasked melontarkan cadangan ini, semua kamera dan video kamera terus sahaja tertumpu pada kami berempat.

Itu baru sahaja respon pada cadangan, belum lagi apabila ianya direalisasikan. impaknya pasti akan bertambah besar. Kerajaan zalim pasti akan bertambah pening. ini yang kita mahukan.

Ketika mendengar cadangan ini, kami lihat Dato' Mansor (ADUN Penanti) memberikan respon yang amat baik, beberapa pimpinan yang ada juga nampaknya memberikan respon yang juga amat baik dan yang menariknya ialah apabila P. Ramasamy terus sahaja menjenguk zorro-unmasked dari celah-celah belasan wartawan yang mula memberikan perhatian pada kami dan kami dapat lihat air muka P.Ramasamy yang sedikit terkejut (mungkin tersentak dan tidak percaya apabila idea ini dilontarkan).

Lim Guan Eng juga ketika mendengar idea ini pantas sahaja berkata "give it to me the design and we'll go for it..!"

Kami percaya ini adalah cara yang terbaik untuk menyuarakan bantahan kita terhadap akta zalim ISA. kita akan menaikkan "Billboard-Billboard" Anti ISA bermula dari Pulau Pinang, seterusnya Kelantan (Insya-Allah) diikuti dengan lain-lain negeri dibawah Pakatan Rakyat.

Pada masa ini, zorro-unmasked telah mengemailkan design-design yang difikirkan menarik untuk dibuat sebagai billboard tersebut dan kita akan terus mengemaskini setiap perkembangan dari pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Semuanya terletak pada pimpinan Kerajaan Negeri-Negeri dibawah Pakatan Rakyat. kita akan terus mendesak Kerajaan pusat yang zalim supaya memanssuhkan terus ISA dari 1Malaysia sehingga ianya berjaya..!

Dibawah ini dipaparkan 2 lagi design yang juga telah dihantar kepada Lim Guan Eng untuk diperhalusi.
Klik sini untuk imej besar...

Klik sini untuk imej besar...

Monday, August 24, 2009

Pengalaman "NGERI" sebagai tahanan ISA !!!!!

Abdul Malek Hussin, bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), tidak akan dapat melupakan buat selama-lamanya peristiwa buruk yang telah berlaku ke atas dirinya sembilan tahun yang lalu.

Abdul Malek, 51, telah menang dalam samannya terhadap kerajaan kerana menangkap dan menyeksanya pada tahun 1998. Mahkamah juga menganugerahkan gantirugi RM2.5 juta kepadanya. Beliau memfailkan saman tersebut pada Mac 1999, terhadap anggota cawangan khas, Borhan Daud; Ketua Polis ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan kerajaan Malaysia.

Abdul Malek yang juga pengerusi badan pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil Malaysia (Mafrel) ditahan di bawah ISA sembilan tahun yang lalu. Beliau menceritakan kepada Malaysiakini setiap saat pahit yang dilaluinya sewatku menjadi tahanan ISA.

Berikut adalah petikan temubual beliau dengan Malaysiakini:

Sudah sembilan tahun berlalu, bolehkah anda menceritakan apa yang berlaku, apakah yang telah mereka lakukan terhadap anda, dan perasaan anda ketika itu?

Apabila (bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dipecat oleh kerajaan kerana dituduh terbabit dalam aktiviti tidak bermoral, maka ramai rakyat yang tidak puashati dengan ketidakadilan (penangkapan Anwiar), dan sebagai seorang rakyat, saya menyokong pejuangan untuk menegakkan keadilan untuk Anwar. Saya adalah antara mereka yang tidak senang dengan cara kerajaan pimpinan Dr Mahathir mengguna dan menyalahgunakan kuasa ketika itu, untuk memecat Anwar dan saya mengambil keputusan untuk menunjukkan sokongan (kepada Anwar).

Saya terbabit dalam gerakan reformasi sejak hari pertamanya lagi pada 4 September 1998. Selepas penangkapan Anwar, saya telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran untuk menuntut pembebasan Anwar dan peletakan jawatan Dr Mahathir dan Ketua Polis Negara ketika itu, Abdul Rahim Noor. Saya kemudiannya mengetuai perhimpunan di Masjid Negara pada 25 September, lima hari selepas Anwar ditangkap.

Saya ditangkap di rumah saya di Ampang pada kira-kira jam 10-11 malam. Saya pulang (ke rumah) dengan menaiki kereta yang dipandu oleh seorang rakan. Dia menurunkan saya kira-kira 200 meter dari rumah saya dan polis menangkap saya ketika saya berada di pintu pagar. Saya digari dan dipaksa membuka pintu pagar rumah saya oleh pasukan polis yang diketuai oleh ASP Borhan Daud.

Mula-mula dia memaksa saya membuka (pintu rumah) dan tentunya saya bertanya, "Mengapa saya digari?" dan dia berkata, saya ditahan di bawah ISA. Saya kemudiannya bertanya, "Mengapa anda perlu menggari tangan saya?" dan saya bertanya kepadanya "Apakah sebab saya ditahan", (dan dia berkata) "ISA" dan dia menjawab seperti robot, semuanya adalah (di bawah) ISA. Dia kemudiannya berkata, dia mahu menggeledah rumah saya, dan saya bertanya mana warannya. Malah, saya bertanya waran untuk menangkap saya di bawah ISA. Dia berkata, ianya tidak perlu dan saya bertanya kepadanya mengapa, dan dia berkata, ISA, dan dia berkata, saya sepatutnya tahu.

Dia mahu menggeledah rumah saya dan saya bertanya di mana warannya, dan sekali lagi, dia berkata, ianya tidak perlu dan saya bertanya kepadanya mengapa dan dia berkata ISA. Saya memanggil anak-anak saya dan keluarga saya membuka pintu dan anggota polis masuk dengan memakai kasut, terus ke tingkat bawah dan tingkat atas rumah saya. Mereka kemudiannya masuk ke bilik mentelaah saya, serta menggeledah dan memeriksa semua dokumen saya. Mereka kemudian masuk ke bilik tidur saya di mana isteri dan anak-anak saya sedang tidur. Isteri saya terkejut dan bertanya kepada saya apa yang berlaku dan saya menunjukkan kepadanya (tangan yang bergari) dan apabila dia bertanya mengapa, saya menjawab "ISA".


Kemudian, mereka merampas beberapa dokumen dan mereka juga merakamkan dokumen-dokumen tersebut. Selepas 40 minit berada di dalam rumah saya, mereka mengarah saya mengikut mereka. Mereka kemudiannya bertanya di mana kereta saya. Borhan memaksa saya menunjukkan kepadanya di mana kereta saya dan saya berkata, saya dihantar pulang oleh seorang rakan dan saya turun kira-kira 200 meter (dari rumah). Saya menunjukkan kepada Borhan tempat saya turun dari kereta. Rakan saya sudah beredar dari situ. (Borhan) naik marah dengan jawapan saya sehingga dia bertindak menampar saya di situ juga dan sakitnya dapat dirasai hingga ke hari ini. Saya rasa saya telah kehilangan lebih 40-50 peratus deria pendengaran di telinga kiri saya. Apabila mahkamah diberitahu mengenai perkara itu, Borhan menafikannya.

Selepas itu, dia memaksa saya masuk ke dalam kereta, bukan kereta polis, ia kereta biasa. Saya diarah memakai (kacamata) tertentu bervisi kelabu, tetapi kemudiannya saya menyedari bingkai di sini (sebelah kiri) telah patah dan saya memberitahu mereka yang ianya telah patah dan mereka mengarahkan saya (menanggalkan) kacamata saya dan salah seorang pegawai (membuka) baju-t hitam yang dipakainya dan menyerkupnya menutup kepala saya. Anda bayangkanlah bau baju t-shirt itu yang agaknya telah dipakainya sejak pagi hingga tengah malam. Ia amat busuk dan mereka memaksa saya masuk ke dalam kereta. Saya melutut dan diarah supaya tidak melihat ke mana-mana kerana mereka tidak mahu saya tahu ke mana mereka membawa saya.

Kemudiannya mereka membawa saya pergi dari situ dan kira-kira beberapa minit kemudiannya, kereta tersebut berhenti. Saya tidak tahu di mana. Mereka kemudiannya membawa saya naik anak tangga sebuah bangunan yang kemudiannya saya mendapat tahu (Ibupejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur). Mereka membawa saya ke sebuah bilik dan saya diarah menandatangani (sekeping) kertas yang disediakan oleh Borhan yang menyatakan bahawa saya ditahan di bawah ISA, jadi Borhan adalah pegawai yang melakukan tangkapan.

Selepas itu mereka mengarahkan saya menanggalkan pakaian - menanggalkan baju dan seluar saya. Saya ingat ok kerana saya tahu tahanan ISA akan diberi pakaian tahanan khas (iaitu) berwarna biru. Jadi saya ingat saya akan diberi pakaian tersebut. (Selepas) saya menanggalkan kesemua pakaian, tiba-tiba seorang pegawai menggari tangan saya dari belakang dengan kuat sekali, dan di situ terdapat enam hingga lapan orang pegawai di depan saya dalam sebuah bilik kecil di tingkat satu. Saya digari dan mereka menutup mata saya dengan dua (keping) kain hitam dan saya bingung sepenuhnya. Saya tidak tahu siapakah mereka, jadi saya mengagak mereka semua adalah pegawai yang melakukan tangkapan yang diketuai oleh Borhan.

Kemudian Borhan menendang dan menumbuk saya dan saya boleh dengar suaranya betul-betul di depan saya kerana dia yang menangkap saya dan saya boleh kenal suaranya. Seorang pegawai akan mengambil satu objek keras dan memukul kaki kanan saya, seorang pegawai lagi akan memukul kaki kiri saya dan mereka kemudiannya menumbuk muka saya. Saya kemudiannya kena 'flying kick', 'side kick' dan mereka kemudiannya memaksa saya berdiri.

Sejurus kemudian saya terjatuh dan tidak sedarkan diri untuk pertama kali dan mereka menuangkan air dan memaksa saya berdiri lagi dan saya jatuh pengsan sekali lagi - semuanya sebanyak lima kali. Dan saya juga mengira dengan jari saya berapa kali saya dipukul [...] semuanya 63 kali. Selepas itu saya tidak tahan lagi dan tidak sedarkan diri. Itulah yang dapat saya ingat ketika masih sedar...

Salah satu pukulan itu amat kuat sekali dan tiba-tiba kain yang menutup mata saya terjatuh dan betul-betul di depan saya adalah (Abdul) Rahim Noor yang memakai sarung (tinju) berwarna merah. Dia memakai (baju) batik Indonesia, berseluar hitam dan kasut berkilat warna perang. Saya masih ingat dan saya menceritakannya secara terperinci di mahkamah. Dan kerana (kain penutup mata) terjatuh, saya terkejut dan dia juga terkejut kerana saya dapat mengenalinya dan dia terus beredar, begitu juga dengan semua pegawai lain yang turut beredar dari situ kerana tidak mahu mereka dikenali. Kemudian mereka pusing saya menghala ke dinding dan sekali lagi menutup mata dan saya terus dibelasah hingga tidak sedarkan diri.

Apabila saya sedar semula, waktunya masih belum jam 4 pagi. Mereka mengarah saya pergi ke bilik lain yang hawa dingin dibuka dengan kuat. Saya masih bertelanjang dan badan saya sakit akibat dipukul. Penghawa dingin itu terletak di tengah-tengah bilik dan setiap beberapa minit mereka mencurah air sejuk ke kepala saya. Dalam keadaan anda telah diseksa dan cedera, dicurahkan pula dengan air sejuk dan saya menggeletar kesejukan. Mereka bertanya sama ada saya sejuk dan saya menjawab iya dan mereka akan mencurah lebih banyak lagi air sehingga kira-kira jam 4.30 pagi. Mereka kemudian berhenti dan tidak lagi bertanya sebarang soalan.

Semasa diseksa mereka, Borhan bertanya kepada saya sama ada saya dahaga dan saya menjawab "tentulah dahaga". Kemudian secara tiba-tiba seseorang memegang saya dari belakang dan seorang lagi menggunakan jarinya untuk membuka mulut saya seluas-luasnya. Mereka kemudiannya menuang cecair yang rasanya hanyir dan kotor, ke dalam mulut saya. Ia adalah air kencing dan mereka memberitahu saya ia adalah air kencing. Air kencing mereka, bukan air kencing saya. Mereka bergilir-gilir kencing dan secara paksa menuang kira-kira dua tin air kencing mereka.

Bila mereka bertanya sama ada saya lapar atau tidak, saya jawab "Tentulah saya lapar". Borhan meminta pegawainya menyediakan tahi anjing untuk saya. Ia dekat dengan mulut saya, saya dapat menghidu baunya. Dan dia mengugut saya yang dia akan menggunakan penyuntik yang mengandungi virus HIV dan menyuntiknya ke badan saya kerana saya telah berkata kepadanya "Lebih baik awak bunuh saya. Apa gunanya? Apa yang awak cuba buktikan? Apa yang awak buat di sini? Mengapa awak begitu kejam," saya bertanya kepada mereka

(Dia berkata) "Oh awak mahu mati, oh jadi kita akan bunuh awak secara perlahan-lahan, kita akan masukkan virus HIV ke badan awak". Tentulah mereka tidak melakukannya.

Dan kemudiannya selepas kira-kira jam 5 pagi, mereka berhenti membelasah saya. Saya rasa mereka juga keletihan dan pulang ke rumah.

Pada 26 September, pada waktu tengahari, saya dibawa ke Bukit Aman dan dimasukkan ke tempat kurungan dan hanya dapat melihat matahari pada hari ke-28 penahanan saya. Maka, jika anda bertanyakan perasaan saya mengenainya, (ia) sangat kejam dan tidak berperi kemanusiaan. (Polis) bukan manusia. Saya rasa binatang ada rasa belas kasihan. Malah anjing pun kenal tuannya dan tidak menggigit orang lain. Mereka lebih terusk daripada anjing. Jika orang kata mereka adalah anjing kerajaan, saya rasa pada m masa itu, mereka lebih teruk daripada anjing.

Bagaimanakah anda dilayan di sana (di Bukit Aman)?

Saya tidak dibenarkan menghubungi sesiapa. Beberapa hari kemudiannya sebelum hari ke-28 (dalam tahanan) , mereka bertanya sama ada saya mahu berjumpa dengan keluarga saya. Sudah tentulah, sebelum berjumpa dengan keluarga, mereka akan mengatur satu sesi khas supaya saya tidak menceritakan apa-apa tentang apa yang terjadi pada diri saya, supaya tidak membayangkan yang saya telah diseksa dan supaya menunjukkan kepada keluarga saya yang semuanya ok dan supaya meyakinkan keluarga saya supaya (tidak memfailkan) permohonan habeas corpus atau saya tidak akan dibebaskan.

Dan saya memberitahu pegawai penyiasat saya di Bukit Aman bahawa saya telah diseksa di IPK dan saya mahu membuat laporan polis terhadap Borhan, mereka berkata, "Tidak, kamu tidak perlu berbuat demikian - kami telah mengambil tindakan terhadap Borhan". Sedangkan ianya tidak benar. Saya tidak diberi peluang untuk membuat laporan, tidak diberi peluang untuk bertemu peguam saya, tidak dapat hubungi keluarga dan saya hanya diberi rawatan perubatan beberapa hari kemudiannya di Bukit Aman.

Saya memberitahu doktor dan beliau memeriksa saya dan ia disahkan dalam laporan perubatan mengenai lebam-lebam di kaki kiri, kaki kanan, di bahagian perut dan terdapat kecederaan. Saya mengadu kepada Dr Vasantha Ponniah mengenai apa yang berlaku terhadap diri saya dan beliau telah memberi keterangan di mahkamah mengenai keadaan saya berdasarkan kepada kecederaan pada diri saya.

Metodologi cawangan khas ialah memberi layanan paling keras pada hari pertama sebagai satu ingatan kepada tahanan bahawa mereka akan berdepan dengan keadaan yang lebih teruk lagi sekiranya gagal memberi kerjasama. Ia lebih berbentuk psikologi. Dan sudah tentulah di Bukit Aman, ia telahpun diinstitusi dari segi bagaimana mereka mengendalikan tahanan. Saya dimasukkan ke dalam bilik kurungan seorang diri, tiada cahaya matahari, saya tidak tahu sama ada ianya pagi, saya tidak tahu langsung. Pada hari ke-28, ketika dikunjungi keluarga semasa saya dibawa dari Bukit Aman ke IPM, saya begitu menghargai cahaya matahari, ianya amat indah sekali. Cukup indah.

Bagaimanakan anda disoalsiasat?

Saya disoalsiasat selama 17 hari di tingkat tiga bangunan tersebut. Mereka bertanya soalan dari pagi, tengahari, petang, sehingga malam, dan kadang-kadang hingga lewat malam. Pada satu ketika apabila mereka tidak puas hati dengan apa yang berlaku di luar di mana orang ramai masih berkumpul di Jalan Tuanku Abdul Rahman (dan) di Kampung Baru, mereka tidak senang lalu, memanggil saya lewat malam untuk disoalsiasat hingga awal pagi.

Sewaktu disoalsiasat oleh pegawai Bukit Aman, soalan-soalan yang mereka tanya setiap hari, soalan mengenai gerakan reformasi, mengenai Anwar Ibrahim, hubungannya dengan orang ini dan orang itu. Kemudian Nurul Izzah menemui (Presiden Filipina ketika itu, Joseph) Estrada di Filipina dan (bekas Setiausaha Negara Amerika) Madeline Albright. Saya berada di dalam dan semua itu berlaku di luar sana, dan mereka bertanya mengenai Gerak yang ditubuhkan, dan mengenai pembaharuan politik, mengenai PAS, mengenai sama ada ISA patut dimansuhkan atau tidak.

Saya rasa tidak perlu anda menangkap saya di bawah ISA untuk bertanya soalan-soalan tersebut.

Mereka menafikan saya peralatan yang ada sekiranya mereka dapati saya tidak bekerjasama sepenuhnya. (Mereka akan) mengambil balik tilam atau bantal. Selepas dikunjungi keluarga, mereka bagi tahu saya yang saya hanya akan ditahan selama sebulan dan mereka akan membebaskan saya. (Mereka kata) jika saya tidak diberi perakuan untuk dibebaskan, maka mereka akan melanjutkan tahanan dan ianya berterusan sehingga hari ke-57.

Ada juga hari-hari di mana mereka tidak berbuat apa-apa. Mereka akan menghantar makanan dan pada masa itu, saya mendapat makanan, ia seperti nasi bungkus bersama ikan yang berulat. Itu bermakna, ianya dilakukan dengan sengaja. Maksud saya kami adalah tahanan dan makanan ini sepatutnya disediakan oleh kerajaan dan ini bermakna negara menyediakan makanan busuk kepada saya.


Apa yang berlaku selepas anda dibebaskan?

Saya dibebaskan pada 21 November dan tertakluk kepada pengawasan cawangan khas yang memantau aktiviti-aktiviti saya. Saya perlu melaporkan kepada mereka dan malah mereka mengugut bahawa saya boleh ditangkap semula, saya mesti bekerjasama dengan mereka dan psikologinya ialah mereka mempunyai kuasa untuk menangkap saya semula. Jadi, wujud rasa takut yang saya akan ditangkap semula. Saya mengambil masa yang lama untuk mengembalikan kekuatan dan keberanian untuk membuat laporan polis dan saya membuat keputusan tersebut pada bulan Mac (1999).

Apa yang mempengaruhi saya adalah apabila kerajaan mengambil keputusan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja (untuk menyiasat kes mata lebam Anwar) apabila kita membaca mengenai testimoni oleh Dr Vasantha Ponniah. Kemudian saya teringat, "Baiklah, itulah wanita yang merawat saya". Jadi, saya ingat adalah sedikit bantuan. Saya ingat dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja itu, akan wujud ruang untuk membuat aduan.

Sejak dari itu, semasa saya disoalbalas di mahkamah, mereka bertanya kepada saya mengapa saya mengambil masa yang begitu lama. Ini bukanlah satu kemalangan jalanraya. Ini adalah sesuatu di mana anda telah diseksa. Anda perlu untuk membina semula keberanian.


Adakah anda takut? Adakah anda pernah berasa seperti telah putus asa?

Saya cuba supaya tidak kelihatan takut walaupun (sebenarnya) saya amat takut sekali. Saya rasa (anggota) cawangan khas berada di mana-mana sahaja. (Saya rasa) terancam tetapi untuk pulih semula, anda perlu berjumpa dengan orang, anda perlu bercakap dengan orang. Lama kelamaan, saya mula menceritakan kepada orang apa yang berlaku ketika dalam tahanan.

Mereka amat terkejut. Kemudian rakan-rakan telah meyakinkan saya untuk bercakap mengenainya dan pada bulan Februari saya menceritakan pengalaman tersebut dalam satu majlis anjuran Gerak (Gerakan Rakyat Malaysia untuk Keadilan) oleh (bekas Presiden PAS) Datuk Fadzil Noor di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pada Februari 1999. Saya memperolehi semula keberanian saya. Dan anda perlu faham bahawa anda boleh dituduh membuat laporan palsu. Saya terpaksa menyediakan laporan polis yang panjang dan begitu terperinci serta satu afidavit untuk memfail saman sivil.

Bagaimanapun perasaan keluarga anda mengenai semua itu?

Mereka sudah biasa yang apa saya lakukan. Mereka menyokong aktiviti-aktiviti saya. Malah, isteri dan anak-anak saya sudah tahu mengenai keazaman saya untuk melaporkan aktiviti-aktiviti demi hak rakyat, aktiviti politik dan aktiviti sosial

credit malaysiakini

Tuesday, August 18, 2009

Malek dapat RM2.5 juta sbb salah tahan ISA !!!!!


Abd. Malek Hussin.


KUALA LUMPUR 18 Okt. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Abd. Malek Hussin dibayar ganti rugi sebanyak RM2.5 juta ekoran penderaan serta penahanan secara salah selama 57 hari kira-kira sembilan tahun lalu.

Keputusan tersebut menjadikan bekas Setiausaha Eksekutif Pas itu sebagai bekas tahanan ISA pertama yang berjaya menang dalam samannya terhadap polis dan kerajaan.

Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus memerintahkan kerajaan membayar RM1 juta kepada Abd. Malek bagi ganti rugi am kerana penahanan secara salah, RM500,000 bagi ganti rugi am kecederaan dan perubatan serta RM1 juta untuk ganti rugi teladan.

Ketika membacakan penghakiman setebal 41 muka surat itu, Hishamudin berkata, plaintif tidak pernah dimaklumkan dengan jelas tentang alasan penahanan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, defendan pertama iaitu Asisten Supritendan (ASP) Borhan Daud juga gagal mengemukakan bukti tentang aktiviti plaintif yang dijadikan alasan penahanan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 73(1) ISA 1960.

“Dakwaan defendan bahawa plaintif terlibat secara langsung dalam perhimpunan-perhimpunan haram yang diakhiri dengan kacau-bilau hanya dakwaan kosong tanpa bukti material.

‘‘Cara soal siasat (yang dibuat) jelas untuk tujuan politik dan tidak ada kena mengena dengan soal keselamatan negara. Dengan kata lain, penahanan Abd. Malek sejak dari awal adalah mala fide (dengan niat jahat),’’ katanya.

Abd. Malek, 51, ditahan di bawah ISA pada malam 25 September 1998 selepas menghadiri satu demonstrasi di Masjid Negara pada tengah hari sebelumnya.

Beliau yang kini merupakan Pengerusi Malaysians for Free and Fair Elections (MAFREL) ditahan selama 57 hari sebelum dibebaskan pada 21 November 1998.

Pada Mac 1999, Abd. Malek memfailkan saman untuk menuntut ganti rugi RM30 juta dengan menamakan ASP Borhan dari Cawangan Khas sebagai defendan pertama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor serta kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua dan ketiga.

Dalam saman itu, beliau mendakwa telah ditumbuk dan disepak termasuk oleh Abdul Rahim sehingga tidak sedarkan diri semasa dalam tahanan selain dipaksa minum air kencing serta didera secara seksual di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).

Berhubung dakwaan Abd. Malek didera semasa di dalam tahanan, kata Hishamudin, plaintif langsung tidak gentar semasa di kandang saksi dan memberi keterangan secara konsisten sebagaimana laporan polis dan dokumen lampiran.

Katanya, keterangan itu disokong laporan pemeriksaan perubatan oleh Dr. P. Vasantha bahawa plaintif mengalami kecederaan seperti lebam dan bengkak di beberapa bahagian badan seperti pergelangan tangan, betis, paha dan kaki.

Hakim itu turut memberi enam lagi alasan penghakiman termasuk kegagalan polis untuk memasukkan plaintif ke dalam lokap dari pukul 1.30 pagi sebelum dihantar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada kira-kira pukul 4 pagi.

Keterangan

Hishamudin berkata, keterangan mengenai kehadiran Abdul Rahim di IPKKL antara pukul 12 malam dan 3 pagi untuk bermesyuarat tanpa kehadiran Ketua Polis Kuala Lumpur tidak dapat diterimanya.

Dalam penghakimannya, hakim itu turut mempersoalkan tindakan pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang mengambil masa sembilan bulan untuk menolak laporan polis yang dibuat oleh plaintif tentang penderaan yang dialaminya selain plaintif tidak didakwa kerana membuat aduan palsu.

“Percanggahan keterangan defendan pertama dan saksi-saksi lain serta kegagalan meletakkan plaintif di dalam lokap membuktikan kemungkinan plaintif telah didera.

‘‘Saya kesal untuk menegaskan bahawa saya juga membuat kesimpulan penyiasatan yang dijalankan oleh Senior Asisten Komisioner Hadi Ho berhubung laporan polis oleh plaintif tidak ada apa-apa melainkan mere sham (penipuan semata-mata),’’ katanya.

Semasa membacakan keputusan berhubung ganti rugi teladan, Hishamudin turut membuat kenyataan tegas berhubung tindakan Abdul Rahim dalam mengendalikan kes Abd. Malek.

‘‘Kelakuan keji oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor amat memalukan dan mengaibkan. Beliau telah menunjukkan contoh yang buruk kepada ribuan anggota dan pegawai di bawahnya.

‘‘Ganti rugi teladan penting untuk menunjukkan kebencian mahkamah yang amat sangat terhadap penyalahgunaan kuasa oleh polis dan penyalahgunaan ISA,’’ tegas beliau.

Abd. Malek diwakili peguam R. Sivarasa dan M. Moganambal manakala semua defendan diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Iznan Ishak.

Abd. Malek semasa ditemui di luar mahkamah melahirkan rasa gembira dengan keputusan mahkamah hari ini.

Katanya, mahkamah akhirnya telah menghukum kerajaan atas penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pihak polis.

‘‘Ini bukan soal wang tetapi soal maruah atas penderitaan dan penderaan yang saya dialami semasa dalam tahanan.

‘‘Sudah tiba masanya untuk kerajaan menyemak dan memansuhkan ISA,’’ tambahnya.

Kata Abd. Malek, penghakiman itu bukan sekadar mengenai ganti rugi, tetapi juga membawa pegawai polis yang terlibat ke muka pengadilan sebagai pengajaran.


sumber

Friday, August 14, 2009

Kami tetap dianiaya - Norlaila Othman

Selasa 11 Ogos 2009

Ramadhan bakal menjelang beberapa hari lagi. Kebetulan hari ini aku tiada sebarang temujanji atau program di luar kawasan, lalu mengambil peluang ini untuk mengemas rumah supaya aku merasa lebih tenang ketika menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan nanti.

Selain mengemas rumah, aku juga sedang merancang untuk menziarahi Abah Suhaib yang masih dikurung tanpa bicara, di Kem Kamunting. Abah Suhaib (Mat Sah) terlalu rindu pada Suhaib kerana hampir dua bulan kami tidak menziarahi beliau di Kem.

Suhaib sibuk dengan pelbagai aktiviti sekolah dan aku pula selalu keluar daerah kerana membantu mobilisasi Himpunan Mansuhkan ISA yang masih lagi diperkatakan oleh ramai orang. Berita aku dan Suhaib ditahan serta disimpan dalam lokap polis ketika perhimpunan aman Mansuhkan ISA pada 1 Ogos lepas, menambah keinginan Abah untuk bertemu dengan kami.

Tiba-tiba sms di telefon bimbit berbunyi, "Kak, abang Mat Sah ada di PRC sekarang...," kata si pengirim iaitu seorang bekas tahanan ISA yang telah dibebaskan dua tahun lepas. Aku merenung sms itu dan berfikir seketika.

Aku merancang untuk pergi ke Kem pada hari Jumaat 14 Ogos. Nasib baik ada orang beritahu Abah berada di Police Remand Center (PRC) di Kuala Lumpur. Jika kami terus saja ke Kem pada hari Jumaat, mungkin kami tidak dapat berjumpa beliau....Walau apa pun, aku mesti mendapat kepastian daripada pihak Kemta sendiri bahawa Abah Suhaib benar-benar berada di Kuala Lumpur...

Warden Kem sahkan Mat Sah di Kuala Lumpur.

Rabu 12 ogos 2009

Aku menghubungi Kemta. Dialognya adalah seperti di bawah.

Aku: Boleh sambungkan saya ke pejabat rekod tahanan?

Warden: Apa yang boleh saya bantu puan?

Aku: Saya ingin menziarahi Mat Sah. Beliau ada di kem atau tidak?

Warden: Puan, Mat Sah di PRC, Kuala Lumpur. Dia dibawa ke sana sejak Ahad lepas. Dia akan berada di K.L sampai Ahad akan datang.

(Aku mencongak. Ahad lepas 9 Ogos, Ahad depan 16 Ogos)

Aku: Bagaimana saya boleh hubungi dia?

Warden: Puan cubalah telefon PRC, Bukit Aman dan minta jumpa di sana (KL).

Aku: Boleh bagi no telefon PRC?

Warden: Maaf puan, kami tak ada nombor PRC Bukit Aman.

Aku: Macam mana saya nak hubungi suami kalau awak tak beri nombor telefon Bukit Aman?

Warden: Maaf puan. Itu saya tak tahu.

Aku memang rasa marah dengan jawapan warden Kemta. Tetapi aku menyedari, "polisi kerja warden kemta" sememangnya begitu. Kalau dikatakan mereka itu bodoh bagai lembu dicucuk hidung, nanti mereka marah. Tetapi memang begitulah cara mereka berurusan dengan mangsa ISA seperti aku, amat jelas memperlihatkan bahawa mereka yang bertugas sebagai warden Kemta, adalah petugas kerajaan yang tidak bertanggungjawab langsung!

Akhirnya aku teringat nombor telefon seorang Polis Cawangan Khas (SB) yang masih aku simpan di telefon bimbit. Aku hubungi SB yang bernama "S" itu. Inilah dialognya.

Aku: "S", Mat Sah ada di PRC ke?

SB "S": Ye kak. Dia dibawa ke sini sejak Ahad lepas dan akan dihantar semula ke Taiping pada hari Sabtu ni.

Aku: Boleh tak kami nak jumpa dia di PRC?

SB "S": Maaf kak, tak boleh. Program di sini padat sangat. Kalau nak jumpa dia, akak pergilah ke Taiping hari Ahad atau minggu depan.

Aku: Tak kanlah nak jumpa kejap pun tak boleh?

SB "S": Maaf kak. Tak sempat untuk pertemuan keluarga. Akak jumpa di Kemta (Kamunting) saja nanti.

Sekali lagi aku rasa amat-amat dianiaya oleh polis, tak kira samada yang beruniform atau yang berpakaian biasa. Semua jawapan berselindungkan kata-kata "Kami hanya menurut perintah". Malang. Memang amat malang pada sesiapa saja yang dipilih untuk di labelkan dan dijadikan mangsa ISA.

Tahanan ISA 7 tahun:
"Alat mainan" KDN dan Menteri

Tahanan ISA 7 tahun boleh dipindahkan ke mana sahaja tanpa perlu memberitahu ahli keluarga mereka. Polis bebas memperlakukan apa saja yang tergerak di hati mereka terhadap tahanan tersebut.

Inilah hakikat nasib tahanan ISA 7 tahun. Mereka diperlakukan lebih teruk dari banduan yang telah terbukti kesalahan mereka, dan dijatuhi hukuman oleh hakim di mahkamah. Mereka tiada nilai sebagai manusia. Mereka seolah-olah suratkhabar lama yang boleh diangkut dari satu tempat ketempat lain, pada bila-bila masa saja mengikut selera KDN. Mereka boleh dicampak, dipijak dan ditenyeh mengikut suka Menteri Dalam Negeri.

Mereka akan bernilai pada KDN untuk dijadikan bahan cercaan dan fitnah jika berlaku sesuatu rusuhan awam atau letupan di negara lain. Mereka juga bernilai jika ada seorang menteri yang baru dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri atau jadi PM!

Sesi pemulihan = perbicaraan di mahkamah?

Entah berapa puluh kali Mat Sah telah dibawa ke PRC untuk sesi "brain wash" yang kononnya diadakan untuk memulihkan perangai tahanan...Ini bukanlah kali pertama Mat Sah dilarikan dari Kem Kamunting untuk sesi siasatan atau "brain wash” atau pemulihan.

Beliau dituduh sebagai Ahli Jemaah Islamiyyah (JI) yang didakwa mengancam keselamatan negara tetapi tidak pernah dibicarakan di mahkamah terbuka. Tuduhan yang begitu berat dilemparkan oleh Menteri Dalam Negeri, hanya perlu pada pemulihan saja? Aneh bukan?

KDN dibantu oleh beberapa institusi kerajaan seperti JAKIM, ILIM bersusah payah mengadakan sesi pemulihan itu kepada tahanan ISA seperti Mat Sah? Kenapa KDN sanggup bersusah payah mengambil masa tujuh tahun lebih untuk memaksa Mat Sah mengaku sesuatu perkara yang dia tidak lakukan? Bagaimana institusi agama seperti JAKIM dan ILIM boleh bersekongkol dengan KDN menghidupkan akta tahan tanpa bicara ini?

Bukankah ada jalan yang lebih mudah untuk menyelesaikan masalah ini? Kenapa tidak bicarakan saja dia di mahkamah? Bukankah polis dan KDN sering berkata "mereka punya bukti lengkap" untuk terus menahan mangsa ISA itu?

Penguasa ISA sengaja menyusahkan Suhaib

Anak saya Suhaib (gambar kanan) terlalu ingin bertemu dengan bapanya. Beliau berada di PRC, Kuala Lumpur yang jaraknya cuma 15 minit memandu dari rumah kami di taman Keramat. Suhaib hanya perlukan satu jam untuk bersama bapanya, adakah permintaan itu terlalu berat untuk ditunaikan?

Kenapa aku dan Suhaib terpaksa menunggu bapanya habis sesi "brain wash" itu, menunggu beliau dipulangkan ke Kemta, Kamunting dan hanya dibenarkan melawatnya di sana? Bukankah ini satu lagi diskriminasi terhadap aku dan Suhaib?

*Norlaila Othman ialah Pengerusi Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuh ISA (GMI), isteri kepada Mat Sah Satray, tahanan ISA sejak tahun 2002.

Lagi Kisah Benar Pada 1 OGOS Lalu - Risalah Merah ? Tangkappp!!!!!

oleh: Puspawati Rosman

Sebagai Ketua Projek Jawatankuasa Kesedaran Undang-undang Pusat Bantuan Guaman (PBG) Kuala Lumpur, saya bertanggungjawab mengetuai mana-mana projek, program serta aktiviti kesedaran undang-undang yang dianjurkan oleh PBG Kuala Lumpur di bawah Jawatankuasa Kesedaran Undang-undang. Antaranya adalah penghasilan dan pengedaran risalah-risalah yang mengandungi maklumat dan pendidikan untuk orang ramai supaya mereka sedar akan hak mereka dari segi undang-undang.

Risalah-risalah berwarna-warni yang banyak itu disusun dengan kemas di sebuah rak di depan pintu masuk pejabat PBG di tingkat 9 Wisma Kraftangan, bersebelahan Masjid Jamek. Adakalanya, kami (peguam-peguam sukarela PBG) akan mengedarkan risalah-risalah tersebut apabila kami menghadiri program-program luar seperti di sekolah, kolej, pasar malam, bahkan di tepi jalan pun akan kami edarkan apabila ada kesempatan.

Ditahan kerana mengedar risalah

Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya, bahawa suatu hari nanti saya akan ditahan dan digari di hadapan orang ramai kerana mengedarkan risalah-risalah PBG tersebut.

Semata-mata kerana ia berwarna merah.

Dan, semata-mata kerana ia diedarkan pada 1 Ogos 2009.

Pada hari bersejarah rakyat Malaysia itu, kami, peguam-peguam sukarela sudah berada di pejabat PBG seawal pukul tujuh pagi. Kami datang awal sebagai persediaan, kerana berdasarkan amaran yang diberikan oleh polis dan pihak berkuasa beberapa hari sebelum itu, kami sudah menjangka bahawa akan ramai orang ditangkap pada hari itu kerana menyertai atau cuba untuk menyertai perhimpunan besar-besaran Mansuhkan ISA.

Tekaan kami tepat, pada kira-kira pukul 10 pagi, kami mula menerima panggilan-panggilan daripada orang ramai, memaklumkan kepada kami bahawa operasi tangkapan sudah bermula di sekitar Kuala Lumpur.

Pada waktu itu, kami mula memaklumkan kepada peguam-peguam sukarela yang sudah bersedia di sekitar Kuala Lumpur untuk pergi ke balai-balai polis yang berkenaan. Di samping itu, beberapa orang daripada kami telah diminta bersedia di pejabat PBG untuk memberikan nasihat guaman melalui telefon kepada orang-orang yang ditangkap dan berjaya menghubungi kami, termasuk saya.

Walau bagaimanapun, selepas satu jam, kami mula gelisah kerana di bawah pejabat kami, orang ramai sudah mula ditangkap secara rawak oleh berpuluh-puluh polis yang menjadikan Masjid Jamek sebagai 'stesen' mereka dengan kehadiran beberapa buah 'black maria' dan trak kecil polis. Justeru itu, kami mengambil keputusan untuk terus mengedarkan risalah 'Polis dan Hak Anda' kepada orang ramai secara langsung, supaya sekiranya mereka gagal mendapatkan akses kepada peguam apabila ditangkap, sekurang-kurangnya mereka akan tahu apa yang harus dilakukan.

Buku dirasmikan menteri

Risalah "Polis dan Hak Anda" itu sebenarnya adalah "Buku Merah" versi risalah yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam. Tiga tahun yang lalu, Majlis Peguam telah menerbitkan sebuah "Buku Merah" yang mengandungi hak-hak dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh seseorang sekiranya ditangkap oleh polis. Ironinya, majlis pelancaran "Buku Merah" itu dirasmikan oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri, Mohd. Nazri Aziz. Disebabkan kekurangan dana untuk mengulang-cetak 'Buku Merah' tersebut, Majlis Peguam telah meringkaskan isi kandungannya dan menerbitkannya dalam bentuk risalah kerana ia lebih murah. Disebabkan itu, risalah itu berwarna merah.

Ketika saya mengedarkan risalah di hadapan bangunan HSBC di Jalan Melayu, tiba-tiba datang beberapa orang polis meluru ke arah saya dan tanpa memberi salam, salah seorang anggota polis itu bertanya apa yang saya sedang lakukan. Saya cuba memberikan penjelasan kepada mereka sambil menunjukkan tag 'Peguam' yang saya pakai. Akan tetapi, nampaknya mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan saya dan meminta saya mengikut mereka berjumpa pegawai di balai polis. Saya enggan.

Cuba malukan saya

Seseorang yang ditahan oleh polis tidak mempunyai kewajipan untuk mengikut polis itu ke mana-mana sekiranya beliau tidak ditangkap. Maka itulah yang saya lakukan. Setelah melihat keengganan saya, polis-polis tersebut mula berkasar dan mengugut untuk menangkap saya. Maka saya pun bertanya soalan wajib "Kalau nak tangkap, tangkaplah, tapi sekarang adakah saya ditahan?"

Polis-polis di keliling saya tidak menjawab. Pada waktu itu, saya yakin bahawa mereka sendiri sebenarnya tidak tahu apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Tiba-tiba, datang seorang polis pertengahan umur yang terus memekik "Tangkap dia! Gari!" Yang paling menyakitkan hati, mereka sempat memalukan saya dengan menyuruh beberapa orang polis berpakaian biasa mengambil gambar saya yang telah digari.

Saya dibawa masuk ke sebuah trak yang diletakkan di hadapan Masjid Jamek. Sepanjang perjalanan ke trak tersebut, saya tidak diberi sebab tangkapan oleh polis-polis tersebut. Nampak sangat mereka ini sebenarnya tidak tahu apa yang mereka sedang lakukan, tetapi hanya sekadar mengikut arahan dari langit (orang atas).

Beberapa orang peguam sukarela yang berada di tempat kejadian cuba berdiplomasi dengan polis, diketuai oleh Saha. Saya yang tidak berpuas hati dengan penangkapan, mula membuat bising di dalam trak.

Di dalam trak tersebut, terdapat dua orang lagi tahanan perempuan. Tahanan lelaki ada lebih kurang 10 orang. Mereka hanya diam melihat "drama" yang berlaku di antara saya dan polis-polis di hadapan trak. Saya sempat berpaling ke arah mereka dan berkata, "Sekejap lagi saya berikan nasihat guaman".

Saya meminta supaya gari saya ditanggalkan, kerana pergelangan tangan saya rasa sakit. Tapi permintaan saya tidak diendahkan. Lalu, saya cuba leraikan sendiri dan mungkin kerana saiz pergelangan tangan saya yang kecil, percubaan saya berjaya.

Mempersoalkan kebiadapan polis

Saya mula mempersoalkan cara tangkapan dan sikap polis-polis yang kurang ajar itu. Mereka cuba mempertahankan tindakan mereka tapi saya tahu yang mereka sendiri sedar bahawa tindakan mereka itu tidak berasas. Saha mula menjelaskan sekali lagi isi kandungan risalah merah. Pada waktu ini, barulah salah seorang anggota polis itu membuka risalah tersebut dan membacanya.

Ketika itu, saya mula sedar bahawa kebanyakan tangkapan yang dibuat oleh polis adalah tanpa usul periksa. Contohnya ketika penangkapan saya, polis-polis tersebut tidak mengendahkan penjelasan saya dan tidak cuba membaca risalah tersebut. Hanya selepas tangkapan dibuat dan selepas didesak oleh Saha, mereka mula membacanya.

Saya telah dibebaskan daripada tahanan kira-kira 10 minit selepas itu.

Perhimpunan 2R : Double Standard

Jangka waktu yang singkat itu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diriku. Rasa sakit hati dengan cara pihak polis menangani hari perhimpunan tersebut yang sangat mengecewakan. Apa sudah jadi dengan hak berhimpun secara aman yang kononnya dilindungi di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan?

Kira-kira seminggu sebelum kejadian, sebenarnya terdapat satu lagi perhimpunan besar-besaran yang diadakan di tempat yang sama. Perhimpunan itu dinamakan 2R (kempen Ragut dan Rogol) yang dianjurkan oleh kerajaan. Jalan-jalan ditutup seawal jam 8 pagi. Beribu-ribu peserta meniup wisel dan melintasi jalan raya dengan baju merah jambu dan menyebabkan kesesakan lalu lintas dari empat arah bertentangan menuju ke Dataran Merdeka.

Saya tidak kisah dengan tujuan dan matlamat perhimpunan itu. Apa yang mahu saya tekankan di sini ialah, sekiranya pihak polis berjaya mengawal dengan baik perhimpunan 2R tersebut, mengapa tidak lakukan perkara yang sama untuk perhimpunan Mansuhkan ISA? Kerana ia bukan dianjurkan oleh kerajaan persekutuankah? Mengapa perlu ada "double standard" dalam menangani isu keselamatan dan keamanan orang awam? Dan, apabila kami sebagai peguam sukarela cuba menghulurkan bantuan guaman akibat kerja-kerja polis yang tidak mengikut prosedur, kami juga ditahan?

Bayangkan, segala-gala yang tertulis di atas adalah luahan hati saya yang hanya ditahan selama 10 minit.

101 kisah semasa ditahan

Bayangkan, orang-orang yang ditahan sehari semalam di dalam lokap tanpa mengetahui hak-hak mereka, dan ada yang dipukul.

Bayangkan, 11 orang anak guam wanita kami yang ditangkap pada waktu tengahari dan tidak diberi makan sehingga pukul 11 malam, mengadu sakit kepala dan berpenyakit asma, tidak diberikan ubat yang diminta walaupun peguam sudah membelikan dan memberikannya kepada polis bertugas. Mereka juga diherdik dan dicaci oleh polis-polis yang memanggil mereka bodoh, dungu dan sebagainya.

Bayangkan, tiga orang kanak-kanak berusia 13, 16 dan 17 tahun yang ditangkap pada siang hari, tidur di dalam lokap, disuruh pakai baju lokap, dan tidak diberi makan sehinggalah mereka diberi akses untuk berjumpa dengan peguam pada pukul 10 malam dan makanan dibelikan oleh peguam-peguam mereka. Yang lebih mengejutkan, ibubapa mereka dan pegawai dari Jabatan Kebajikan tidak dimaklumkan mengenai penangkapan mereka sehingga berlaku kekecohan apabila seorang bapa panik selepas beliau diberitahu anaknya sudah tidak lagi berada di dalam balai polis, tetapi dibawa ke "tempat lain".

Akhirnya bapa kanak-kanak tersebut membuat laporan polis atas "kehilangan" anaknya, dan selepas melihat bapa kanak-kanak tersebut membuat laporan, barulah polis-polis bertugas bersungguh-sungguh membantu lelaki itu mencari anaknya. Rupa-rupanya, kanak-kanak tersebut telah dibawa ke balai polis yang lain.

Bayangkan, seorang wanita berusia hampir 50 tahun yang mengidap sakit jantung tidak dibenarkan dibawa ke hospital, tetapi polis berkeras untuk mereman wanita tersebut bagi "siasatan lanjut". Beliau juga tidak diberikan ubat yang sepatutnya diberikan.

Sekarang, berhentilah bayang-membayangkan ini. Anda sebenarnya boleh mengalaminya sendiri, kerana realitinya di Malaysia, tidak ada yang mustahil.

*Puspawati Rosman ialah Ketua Projek Jawatankuasa Kesedaran Undang-undang Pusat Bantuan Guaman (PBG) yang ditangkap pada 1 Ogos 2009.

Wednesday, August 12, 2009

AL Jazeera , People & Power - Malaysia's Internal Security Act [ Penampilan Khas Puan Norlaila !!!!! ]





*Sahabat-sahabat,sebarkan banner di atas. 1 Ogos belum berakhir lagi.

[ Mesti Tonton U Tube ] Zaid Ibrahim VS Khairy Jamaluddin Mengenai ISA & 1 OGOS Di Al-Jazeera !!!!!

Part One




Part Two




*Penulis bangga dengan Zaid Ibrahim kerana sama-sama disembur air asid dan tear gas pada 1 ogos yang lalu.Lihat catatan beliau di sini.Kepada Zaid Ibrahim, welcome to the club.

[MESTI TONTON U TUBE] WS Rendra Tak Mati. Ribuan Telah Dilahirkan Pada 1 OGOS Yang Lalu !!!!!





Dengarkan "Sajak Pertemuan Mahasiswa" Dari WS Rendra



*Bagi penulis,ini adalah antara sajak terbaik yang pernah didendangkan oleh WS Rendra.

Monday, August 10, 2009

Himpunan Mansuh ISA 1 OGOS - Catatan Suhaib Anak Puan Laila serta U TUBE Penahanan Mereka Anak Beranak Dan lain-lain Di SOGO !!!!!

(Ammar dan Suhaib dalam keadaan tidak pasti.....)
1 Ogos 2009 Pusat Gerak Am FRU Cheras. Jam 6.30pm.

Siapa sangka..

Lets the talk begin..

Siapa sangka budak berumur 16 tahun di humban ke dalam penjara. Tiada otak ke pegawai polis yang **** lagi *****? Aku sangka "moto" polis melambangkan sikapnya. Rupanya sekadar bahan lawak kepada generasi akan datang. Ibarat kata pepatah yang agak celupar

Padi mengharapkan pagar,
Pagar tak boleh diharap.

Polis sentiasa tipu, menipu dan akhirnya dia juga tertipu. Permainan dunia sentiasa berputar dan akhirnya kembali kepada si penciptanya. Barangsiapa yang ingin bertugas sebagai anggota polis disarankan agar janganlah sesekali jadi polis. Jikalau pihak polis mengatakan ianya untuk keadilan bagi ramai pihak sudah semestinya orang yang bermain bola di zaman serba moden ini tidak memerlukan pengadil.

Maaf fellas, intronya agak menggaru kepala dan cerita baru hendak bermula di bawah malayadistro.blogspot produksi.

Pada hari sabtu bersamaan dengan 1 ogos, aku dan ibuku menuju ke pertama kompleks untuk menunggu ketibaan org ramai di sogo. Tup tap tup tap. Jam menunjukkan pukul 11.50 am dan kalau nak ikut kepala otak aku yang bijaksana ni lebih baik aku berjalan dulu. Aku dan ABL bergerak masuk ke dalam pertama kompleks, perkara pertama terlintas di kepala ialah kedai kasut.

Come on la, kasut sekolah pun dah uzur tak kemas la nanti cara pakaian aku di sekolah. Bila ada satu kasut yang sudah pun dah berkenan di hati dan ingin juga terus membeli tapi kekeringan duit. Tak pa, apa pun jumpa mak aku dulu. Bila nak jumpa mak aku, sudah ku perasan ade polis menunggu di situ dan aku tak de la nak syak apa-apa tetapi disebabkan otak aku yang lampi ni last2 kena cekup jugak dengan mak aku.






Prh! Apa punya nasib la hari ini aku katakan. Berharap agar tak kena tangkap nampaknya harapan tak di kabulkan dan terpaksa la tempuhinya dengan hati yang masih basah. Bila polis dah depan mata tak boleh nak toleh balik. Beberapa saat kemudian headchief dia datang dengan otak tak berapa betul terus provokasi ABL yang pada waktu itu dia memakai baju 2 lapis. Bahagian luaran kuning dan bahagian dalam merah hitam. Headchief tadi memaksa dia membuka baju luaran, mak dia begitu naik angin dan menegaskan bahawa pihak polis tidak ada hak untuk melakukan provokasi. Yeah! Keep it real. Bukan sebarangan wanita yang boleh dipermainkan.

Last2, Black Maria datang dan aku sudah agak perkara dramatik seperti ini akan berlaku. Pada jam 12.40 aku di bawa pergi dan terasa sungguh panas di dalam Black Maria. Sedar tak sedar, aku dah pun berada di FRU cheras. Laju betul dia bawa trak tu. Mentang2 polis sesuka hati je nak langgar trafic light dan plaza tol. Come on la, orang awam semua lalu plaza tol berbayar. Polis lalu situ free je. Orang atasan tak bagi duit untuk bayar tol ka? Ish!! Kena buat laporan ni.

Hurm... Ada cerita best ke di FRU cheras? Ada kot. Sebaik saja tiba di Cheras, polis meminta kami menyerahkan kad pengenalan dan mahu memeriksa beg serta plastik Guardian .Namun, usaha untuk menjaga barang-barang peribadi tersebut telah mengundang kemarahan polis yang bertindak telah mengunci pintu trak dari luar selama lebih dua jam. Hoi! Tak berpeluh pulak aku kat dalam tu. Kalau ade baldi, penuh baldi tu dengan air peluh aku yang menitis melalui jambang2 yang ade pada diri ku.


Last2, polis mengalah jugak. Yeah! Nampaknya mereka sudah kalah di medan fikiran. Apa pun oksigen mampu menyegarkan tubuh badan semula.

Skip,skip

Hoi! Lapar la wahai anggota polis ****. Pandai tangkap tak pandai bagi makan ka? Nasib baik sikap ukhwah yang kuat sanggup berkongsi dengan orang lain. Pukul 5 lebih, sudah mula polis menipu dan org yang ditipunya. Ada beberapa anggota polis datang dan kemudiannya mengatakan "puan, ada org nak ikat jamin puan di balai polis dang wangi." Hoi! Puan je yang di ikat jamin. Anaknya takkan di biarkan terkial2 kat situ. Lepas dah beradu fikiran dan lain-lain. Secara tak langsung, adegan seorang wanita yang di rentap beg nya dengan cara paksaan oleh koperal supaya naik ke atas trak dengan kadar segara. Come on la, wanita pun nak kena buat mcm tu, tak de hati perut? Mentang2 suami tiada di sisi berani kau buat mcm tu. Last2 paksaan polis dan tipuannya berkesan.

Ya Allah. Kau bagi la hukuman setimpal pada mereka yang menipu. Waktu on the way ke dang wangi tetibe polis ubah haluan menuju ke Balai Polis Bukit Jalil. Aduh! Tertipu lagi kami. Berapa banyak dosa orang yang berkerja polis ni. Ni bukan untuk menjaga keharmonian negara tapi untuk menutup kesalahan pemimpin. Kotor sungguh mereka ni. Agak2 da masuk maghrib aku, mak aku, ABL, mak dia, dan Puan Aiman Athirah di suruhnya kami turun utk menunaikan solat. Kami ikut je laa. Pastu mak aku di suruh polis supaya pergi solat dan aku dah agak satu penipuan lagi akan berlaku. Lepas dah hantar mak aku ke lokap, polis tadi mengajak kami beredar dari tempat tu.



Aku pun melawan la. Lawan tetap lawan. Yeah! Lihat dialog ini...

Prebet polis: Sila ikut kami.
Suhaib: Bagaimana dengan mak saya?
Prebet polis: Sila berikan kerjasama.
Suhaib: Saya nak tunggu mak saya!
Prebet polis: Mak kamu tengah solat!
Suhaib: Saya nak tunggu mak saya habis solat!
Prebet polis: Sila beri kerjasama.
Suhaib: Saya ingin bersama mak saya atau saya di hantar balik rumah!
Prebet polis: Kamu dah bersalah, kenapa perlu saya hantar kamu pulang!
Suhaib: Saya salah atas sebab ape?!
Prebet polis: !@#$%^&*( Tergamam )

Last2 dengan cara paksaan, prebet tadi menyuruh orang bawahan dia memaksa aku supaya naik van rusa milik kerajaan. Hush! Pusing kawasan sungai besi berkali-kali, last2 humban aku kat Balai Polis Petaling.



Pengalaman masuk lokap paling tidak di gemari oleh orang ramai tapi apakan daya? Ini bukan pilihan sendiri. Buat pertama kali aku tanggalkan pakaian dihadapan khalayak ramai, yang tinggal pada tubuh badan ini ialah boxer. Gambarannya seperti diatas. Ketika ini aku berada di Balai Polis Petaling. Sewaktu berada di dalam lokap, aku teringatkan bapa aku di Kamunting.

Aku meringkuk didalam tu baru semalam dah rasa teringatkan rumah. Cuba bayangkan bapa aku yang sudah LEBIH 7 tahun berada di Penjara Kamunting, apa akan jadi padanya bila sudah keluar? Ish... Aku masuk lokap dalam pukul 10 lebih dan mata ni asyik pejam celik, pejam celik. Ku sangkakan sudah pukul 3 pagi, seketika aku sedang berjumpa lawyer, ku menanyakan pukul berapa waktu sekarang ini. Beliau mengatakan baru pukul 12.40 malam. Wah! Lambat sungguh masa bergerak. Actually, aku terasa lapar sebelum dihumban ke dalam penjara tersebut. Come on la, dari jam 12 tengah hari aku tak makan satu ape pun.

Bila malam menjelma, polis tersebut mengatakan akan memberikan aku makan. Tapi janji melayu nak katakan mcm mane. Polis disitu menganggap kami seperti penjenayah yang tidak mengaku kesalahan. Mulai saat itu, aku takkan pernah bagi muka pada mana-mana anggota polis pun. Sewaktu lawyer datang, mereka banyak memberikan sokongan dari belakang. Aku pun menyemarakkan semangat juang demi ayah ku. Lawyer mengajarkan ku banyak perkara dan mereka juga berikan ku makan nasi goreng panas dan milo panas. Ianya banyak membantu aku. Lepas tu, aku dimasukkan semula ke dalam lokap tersebut.

Tahukah kamu semua bahawa dalam tandas penjara pun memiliki cctv? Prh! Bila ternampak cctv tu, aku tak berselera nak kencing ataupun buang air besar. Tapi ape kan daya untuk tahan lelama. Sewaktu berada dlm lokap tu, susah sesgt nak tentukan waktu solat. Kekadang tu tembak je waktu solat. Bila tanyakan polis, mereka tak nak bagi petunjuk masa. Paling tak sangka polis pun tak solat subuh. Betapa banyak dosa orang berkerja polis ni. Membenci dengan hati selemah2 iman. Nak katakan pada kamu semua. Lokap petaling ni paling mengerikan, dah lah rakan lokap aku, seorang yang "disyaki membunuh". Prh! Tak takut pulak aku dengar. Parah! Parah! Pastu aku tersedar ade seorg budak bernama Faizuddin Hazman. Budak ni umur dia sama mcm aku, kes dia pun sama mcm aku. Apa yang best pasal citer dia ni. Dia di tangkap di jalan brickfields, dah la datang dari Perak jauh sana. Ish! Tak de belas kasihan langsung polis ni. Sabarlah wahai sahabat, kita sama2 dianiaya.


Pada pagi Ahad tu, disuruhnya kami menyanyikan negaraku dan bersenam dalam lokap tu. Shit! Come on la, dalam lokap pun kena bersenam ke? Dah la tempat di tutup habis sehingga matahari pun tak dapat menembusi celahan udara. Selepas settle semua tu, kami diberi makan roti dan air teh 'o'. Pada mulanya memang tak selera tapi nak tunggu perut bunyi dulu ke baru nak makan. Maaf la Suhaib, ni bukan rumah tapi lokap. Lepas tu tunggu punya tunggu sampai jam 11.15 baru kami di bebaskan, lalu dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil seperti gambarrajah diatas. Dah la tangan aku di gari dengan ketat. Apabila aku suruh dia longgarkan. Polis tadi asyik mengatakan sebentar,sekejap dan sebagainya.


Come on, make it fast boleh tak? Lepas tu kami dapat berjumpa dengan lawyer, lalu menceritakan segalanya dari 'a-z'. Lepas air liur habis menyembur, pastu aku dihadapkan kepada majistret. Mula sudah perbicaraan bagi ABL terlebih dahulu. Lepas dah habis kata-kata lalu, majistret membuat konklusi mengatakan "Perintah reman selama 4 hari ditolak serta merta." Alhamdullilah ABL. Ops!! Hold on. Itu baru ABL. Aku belum lagi. Aku bertawakal bersungguh2 dan aku sudah fikir mcm2 kalau aku kena tidur di Lokap Petaling tu lagi. Saat yang aku nantikan akan tiba dengan majistret tu mengatakan bahwa "Perintah reman ditolak"." Hoah! Gembira dan cukup berterima kasih. Aku dan ABL pun meninggalkan tempat tersebut dengan rasa gembira akan tetapi ibuku belum lagi di bebaskan. Oh! Come on, released la cepat. Apa pun aku cukup berterima kasih kepada Bar Council dan rakan-rakan yang meyokong aku dengan menanya khabar aku.




Sunday, August 2, 2009

Gambar Himpunan Mansuh ISA (5) : Bila dah pening (2.45 pm)


Sebab dah di serang segenap penjuru, terpaksa undur utk regroup.
Sessi takbir n solat


Tengah2 solat tetiba kene attack dr belakang.

Lepas dari ni polis mmg all out dr segenap penjuru. Wa teringat cam kat perang jek beb.Org mcm2 tgh jln.Selamber ramai yg terjun gaung yg agak tinggi gak.Gila betul.

Gambar gua stop takat nih, tak mampu nak tangkap gamba dah sbb wa pon da pening.Cite wa lebih kurang sama cam zaid ibrahim nyer citer.Lu bleh baca kat sini. Luka kat bontot wa pon sama jek cam die.haha


Disklaimer : Penggunaan bahasa adalah dari blog peribadi penulis.Ia tidak melambangkan identitti blog ini - xenan

Gambar Himpunan Mansuh ISA (4) : Serangan Polis Bermula (2.35 pm)


Belah kanan kene attack ngn bom asap n chemical



Kiri pon ada FRU



Cam kool seberang roundbout.Lari gi sane ler.



Tgh lari2 kene tembak gas pemedih mata la plak.
Patah balik belakang



Lari!!Reksakse kat blakang nuh!!



Cepat!!Resakse dah nampak kite tuh!!

Gambar Himpunan Mansuh ISA (3) : Rempuh Merempoh (2.30 pm)


Atas Flyover
Org A: Terusss..teruss!!
Org B : Undur..Undur!!
Gua : Okeh2..wa undur..hee


Belah kanan Flyover.
Unit Amal : Huttt..Hut,hut.hut!!!
Polis : Pushh!!..Push!!



Polis tergolek .Unit Amal lagi power



Howyeahh!!



Dr Hatta : Oit hangpa gi main rugby kat bawah ni pasai apa?
Org soh gi jalan kat atas nuh!!



Jalan jek laa!!



Polis : Kuang3..saja ja pancing hangpa kasi turun bawah.Siap la
aku laukan hangpa

Gambar Himpunan Mansuh ISA (2) : Jalan Kinabalu (2.15pm)


Jalan Kinabalu - depan gua



Jalan Kinabalu - blakang gua



Naik Flyover


200 org jer dtg ni


Helikopter yg mengiringi kitorng sbg VIP.Mehal kitaorg bayar
ni.

Oleh : xenan

Gambar Himpunan Mansuh ISA : Masjid Negara - Dataran sekitar 2.00 pm


Perhimpunan Bermula




Bergerak ke dataran (Kanan - dayabumi)

Oleh : xenan