Friday, July 31, 2009

Jangan Ragu-Ragu Sertai Kami. Jumpa di KL Esok. Dengarkan Mesej Kami Yang Terakhir Ini !!!!!




mari kita ubah dunia ini.
mari kita ubah negara ini.
mari kita ubah masyarakat kita.
mari kita ubah keluarga kita.
tapi perubahan takkan berlaku jika kita tidak berubah.
mulakan dengan diri yang berdiri di depan cermin itu !!!!!


Jom sertai kami demi masa depan anak cucu kita untuk Malaysia Baru yang kita dirikan pada hari ini.

Wednesday, July 29, 2009

Catatan Anak Seorang Tahanan ISA - Oleh Suhaib Mat Sah. Anda wajib BACA !!!!!

Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......

Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...

Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....

Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....

7 tahun telah berlalu

Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.

Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...

Bagaikan binatang di zoo

Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur... Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.

Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....

Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.

Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.

Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...


*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.

**Ibu Suhaib adalah Puan Norlaila pemilik laman web http://lailagmi.blogspot.com/ @ merah hitam.

***credit kepada merdekareview







Tolonglah Baca Artikel daripada Ustaz Hasrizal ini !!!!!



Source: Amnesty

Terdiam seketika.

Sejarah memutarkan skripnya dengan lakonan kaum-kaum yang bersilih ganti. Tetapi dek kerana segalanya datang dari akal, hati dan nafsu makhluk yang sama bernama manusia, perbezaan zaman tidak membezakan kelakuan.

Hati saya terasa pedih semasa mengulas kisah Yusuf ‘alayhi al-Salam, tatkala tiba ke tafsiran ayat ke-35.

Kemudian timbullah fikiran bagi suami perempuan itu, serta orang-orangnya hendak memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak tanda-tanda (yang menghendaki supaya Yusuf dijauhkan) hingga ke suatu masa. [Yusuf 12: 35]

Biar pun telah nyata segala pembuktian, bahawa segala kejadian berpunca dari isteri al-’Aziz dan wanita bangsawan yang bersama, Yusuf jua yang akhirnya dihumban ke penjara. Bahkan Yusuf lebih merelakan dirinya untuk dipenjara bersama kesucian prinsip berbanding hidup bebas tetapi memikul kekotoran nafsu wanita-wanita kelas tinggi itu.

Segalanya ditunjukkan Allah… suami yang menjadi Menteri Utama, bacul dan dayus hingga tiada upaya mengawal kelakuan isteri. Nafsunya pula disokong oleh ‘datin-datin’ yang ber’makar’ untuk menundukkan Yusuf kepada kehendak mereka… segalanya adalah skrip yang sama. Kejelekan golongan bangsawan di sepanjang zaman, hingga akhirnya Yusuf dan figura seperti baginda itu jua yang menelan padah.

Bukanlah penjara itu kemuncak segala derita. Sakitnya hukuman itu ialah pada dua realiti yang ada:

  1. Yusuf tidak bersalah
  2. Pemenjaraannya tanpa had masa.

Dipenjara tanpa kesalahan adalah suatu kezaliman. Ia jadi lebih zalim apabila tiada perbicaraan sempurna yang dijalankan. Pensabitan hanya atas budi bicara manusia pemegang cemeti lagak al-’Aziz dalam kisah Yusuf. Dan segala kezaliman itu disempurnakan dengan hukuman tanpa had masa.

Tatkala Allah SWT mengungkapkan di dalam ayat itu, bahawa hukuman tahanan ke atas Yusuf adalah ‘hingga ke suatu masa’, saya tidak dapat lari dari tersungkur di hadapan segala keperitan yang ditanggung oleh tahanan ISA di negara kita. Yusuf dan mereka yang terkurung atas nama ISA, bukan dipenjara tetapi mereka ditahan. Ia bukan hukuman, tetapi suatu bentuk penyeksaan.

Masakan tidak?

Ditahan tanpa bicara.

Ditahan tanpa had masa.

Biar pun pemenjaraan berlangsung dengan ketetapan 30 tahun, sekurang-kurangnya 30 tahun itu boleh dihitung. Setiap satu hari berlalu, memendekkan tempoh 30 tahun yang telah ditentu. Tetapi tatkala penahanan berlaku tanpa had masa, ia membunuh segala harapan.

Tanpa harapan tiada kekuatan.

Tanpa kekuatan, manusia mati sebelum mati.


Al-Marhumah Aina Mardiah Shahrial [sumber: Harakahdaily]

Perasaan saya yang sungguh berkecamuk tatkala menelaah Surah Yusuf ditimpa lagi oleh rasa sedih, marah, panas dan membara tatkala menatap pemergian al-marhumah Aina Mardiah Shahrial yang kembali ke Rahmatullah semalam (3 Julai 2008). Anak gadis ini koma di Hospital Kajang selepas terjatuh di rumahnya.

Sungguh memilukan, Aina Mardiah sudah sejak sekian lama tidak menatap wajah ayahnya, Shahrial Sirin yang ditahan di Kem Kamunting sejak 7 tahun lalu! Beliau kembali kepada Allah dalam kerinduan. Membesar tanpa ayah, yang ditahan, bukan dipenjarakan.

Usaha Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (ISA) untuk mendapatkan pelepasan Shahrial Sirin berdepan dengan birokrasi Napoleonik yang sungguh luar biasa. Shahrial akhirnya tiba di rumah pada jam 9 malam dan hanya dibenarkan oleh pihak polis bersama jenazah anaknya serta ahli keluarga yang lain selama satu jam!

Sesungguhnya setiap titis air mata yang mengiringi pemergian adik Aina Mardiah Shahrial, adalah minyak yang menyalakan kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla terhadap kezaliman yang sudah menjadi pakaian al-’Aziz dan regimnya.

Demi Allah, saya tidak dapat melihat di manakah bezanya antara regim yang mempertahankan kem Guantanamo Bay dan kem ISA Kamunting di negara kita. Jika al-’Aziz dan empayar Mesir serta sekalian yang mengikut jejak kezaliman mereka tumbang di dalam sejarah, mengapa harus kezaliman hari ini, rasa aman dan terkecuali dari hukuman-Nya?

Saya tidak berpendapat bahawa kezaliman ini terbit dari apa-apa ideologi yang menjadi pegangan kuasa yang memerintah. Sama ada kezaliman itu datang dari kelakuan seorang yang ‘muslim’ atau pun ‘kristian’, hakikatnya ia hanyalah kehendak hawa nafsu manusia durjana yang sanggup melakukan apa sahaja demi survival dan kelangsungan kuasa mereka.

Dari Abi Dzar al-Ghifari –semoga Allah meredhainya- dari Nabi saw., menyampaikan apa yang diterimanya dari Rabbnya, bersabda, “Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas diri-Ku dan Aku menjadikannya haram di antara kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi.” (H.R. Muslim)

Semoga kematian yang menimpa adik Aina Mardiah menjadi kerehatan buat diri al-marhumah daripada kepenatan dunianya yang penuh kesedihan dan penindasan itu.

Kepada pembaca budiman yang sedia menyumbang, silakan hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

biodata penulis boleh dilawat di http://saifulislam.com/?page_id=2

penulis juga adalah tokoh yang selalu diundang khas ke segmen-segman tv astro dan tempatan.

Kenyataan terkini Dr.Maza ex-Mufti Perlis dari UK. Majlis Fatwa Kebangsaan Kena Keluarkan Fatwa Isa !!!

http://drmaza.com/home/wp-content/mohdasrizainulabidin_may2.jpg

Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa mengenai ISA. Ini kerana isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama. Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa. Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan.

Penilaian adil perlu untuk panduan kerajaan. Malanglah jika isu-isu pinggiran dibincangkan sedangkan isu-isu besar yang membabitkan kepentingan umat ditinggalkan. Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas. Mesyuarat yang biasanya berlangsung di hotel-hotel yang hebat itu perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang hebat untuk kemaslahatan umum.

Hari ini rakyat berbagai pendapat tentang ISA, berikan pandangan para mufti pula. Masakan mungkin mereka tidak peka, sedangkan semua rakyat berbicara. Saya secara peribadi semasa menjadi mufti telah mengeluarkan pandangan dalam Bulan Ramadhan lepas di Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur dan berbagai tempat. Media tempatan telah berulang kali menyiarkannya. Kali ini kita menuntut pandangan rasmi agensi agama kerajaan pusat pula.

- Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Lampeter, UK.

http://drmaza.com/home/?p=683



Tuesday, July 28, 2009

TG Nik Aziz seru semua rakyat Malaysia ke Himpunan Mansuh ISA pada 1 OGOS ini !!!!!





http://himpunanmansuhisa.files.wordpress.com/2009/07/handbill.jpg

Mufti Perlis: ISA tidak diperlukan untuk bela ajaran Islam !!!!!

Oleh: ZIEMAN

Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini menegur tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam isu agama dan mengheret pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok yang masih ditahan di bawah peruntukan akta itu.

Ketika ditemui di Damansara Kim sebentar tadi, Dr Asri berkata, Islam dibina dari hujah dan dasar yang jelas, dan Islam juga tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya.

Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.

Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.

Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya,” kata Mufti yang terkenal dengan kelantangannya mengeluarkan idea yang berani dan telus itu.

Kata Dr Asri lagi, “Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia.”

Beliau juga turut mengingatkan betapa bahayanya tindakan ISA.

Sekiranya ada aliran-aliran tertentu dalam kerajaan yang tidak setuju dengan pendapat satu aliran yang lain, adakah ruang ISA juga akan digunakan? Pernah berlaku dalam kerajaan Abbasiyah yang berpegang pada aliran Muktazilah ketika itu. Dia menghukum orang daripada aliran lain termasuk Imam-imam besar seperti Imam Ahmad juga turut dihukum.

Kalau di zaman ini, mereka yang kendalikan agama itu dari aliran lain maka mereka yang dari aliran lain itu akan dihukum tanpa memberi peluang membela diri. Ini juga tidak sejajar dengan konsep keadilan dalam Islam,” kata Dr Asri lagi.

Dari segi politik Islam atau siasah, kata beliau, kerajaan berhak menahan orang dan beri tempoh siasatan (14 hingga 30 hari) bergantung pada keperluan. Tapi kita tidak boleh hukum 2 tahun tanpa diadili. Ini zalim.

Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?,” jelas beliau.

Kata Dr Asri, isu agama turut membabitkan sensitiviti agama lain. Tapi dari segi mempersoalkan identiti Islam seperti laungan azan, itu tidak boleh.

Namun jika ada sungutan tentang bacaan-bacaan yang panjang sehingga menganggu orang awam, ulamak Islam juga tidak benarkan. Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama dengan menggunakan pembesar suara sehingga menganggu ketenteraman awam, itu tidak perlu. Itu sudah diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi.

Agama itu terhad. Azan itu azan. Begitu juga kuliah agama untuk diperdengarkan di pembesar suara, berpada untuk sidang yang mendengar sahaja,” jelasnya.

Dr Asri juga menyentuh tentang peranan Jakim.

Jakim berperanan menjelaskan isu-isu agama dan juga yang menyeleweng dari agama. Bukan sekadar menyokong seseorang dihadapkan tanpa bicara. Badan itu juga hendaklah bebas dari percaturan politik. Perjelaskan ketentuan peruntukan orang yang menghina Islam seperti isu Raja Petra. Itu bersifat politik, biarlah diuruskan oleh orang politik.

Kalau hendak diikutkan yang menghina Islam, ramai lagi yang patut dibuat aduan. Jelaskan dulu apa yang perlu dilakukan?,” soal Dr Asri.

Beliau juga meminta kerajaan memikirkan soal ISA ini sedalam-dalamnya.

Seandainya satu hari nanti kerajaan bertukar rupa dan kalau berlaku pertukaran kuasa. Terlalu ramai nanti yang tidak boleh bersuara dan ISA mungkin diguna seluas-luasnya. Besok, bila kena pada kita, apa kita nak buat?,” kata Dr Asri yang akan menghadiri Tazkirah Tarawih di Stadium Kota Bharu pada hari ini.

Beliau yang juga akan memberi ceramah di Kompleks Islam Lundang esok, sempena pelancaran Tabung Serambi Mekah yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, juga mempersoalkan bagaimana pemimpin yang gagal kendalikan parti yang kecil mampu kendalikan negara yang besar.

Takkan nak tunggu ada rusuhan atau kekacauan. Ketika itu sudah tidak boleh dipulihkan lagi. Sekali kekacauan tercetus, susah untuk dipulihkan.

Menurut pengamatan beliau, keadaan ini berlaku kerana pemimpin politik menganggap kedudukan politik itu seperti harta rompakan.

Mereka bermati-matian untuk mendapatkannya sekalipun terpaksa menggunakan belanja yang besar kerana pulangan atau keuntungannya juga besar,” kata beliau.

Jelas beliau, saluran politik digunakan untuk membina kekayaan diri. Inilah hasilnya bila kerakusan ini berlarutan. Tidak ada setiakawan dalam politik, musuh memusuhi, berpuak-puak kerana fikirkan survival politik masing-masing bukan survival rakyat yang dipertanggungjawabkan.

Yang paling ketara sekarang, pemimpin politik bukan sahaja gagal membawa rakyat keluar dari kemelut yang sedang dihadapi malah menjadikan keadaan lebih rumit.

Bukan sahaja mereka gagal menyelesaikan masalah tapi mereka pula yang menimbulkan lebih banyak masalah lain,” kata Dr Asri.

*Dr. Asri atau lebih dikenali sebagai MAZA sekarang adalah mantan mufti Perlis dan kini berada di England kerana sabatikal.

*Artikel didapati dalam web beliau di http//:drmaza.com/home/



Monday, July 27, 2009

Bacalah artikel Maszlee Malik ini tentang perihal ISA. Anda tidak akan rugi!!!

Kafka’s Castle

Pada awal dan pertengahan 90an, membicarakan soal jihad bukanlah sesuatu yang tabu. Malah, menjadi kebanggaan bagi sesiapa yang pernah menyertai jihad samada di Afghanistan mahupun di Bosnia, samada bagi keluarga mereka mahupun di mata masyarakat. Rambo III pun tidak lepas dari menggambarkan kebaikan dan perjuangan para mujahidin. Malangnya peristiwa 9/11 telah merubah segalanya. Jihad menjadi satu perkataan yang mempunyai konotasi buruk dan kejam. Gelaran ‘Mujahidin’ menjadi sinonoim kepada pengganas. Lebih malang lagi, mereka yang terlibat juga memberikan reaksi yang lebih negatif untuk pihak yang menuduh mengiyakan tindakan mereka.

Syeikh Fawwaz, pemilik kedai buku (maktabah) al-Aqsa di Bandar Mafraq amat dikenali oleh para pelajar Malaysia di Universiti Al al-Bayt, Jordan. Sebagai mantan mujahidin yang pernah berjihad di Afghanistan, beliau amat memahami erti kata jihad. Malangnya sistem autokratik di Jordan telah menjadikan kehidupan beliau dan manusia seumpamanya menjadi begitu sukar. Beliau bukanlah seorang pengganas, malah dari akhlaknya yang lembut dan fikirannya yang rasional jauh seklai terbayang manusia seumpamanya akan melakukan kerja-kerja gila yang dilakukan oleh sesetengah golongan yang mendakwa menjadi mujahidin di Iraq dengan menggadaikan nyawa orang awam yang tidak berdosa. Beliau memahami jihad dalam erti kata yang sebenar, dan melihat setiap tempat mempunyai suasana, realiti dan keutamaan yang berbeza. Keadaan inilah yang menjadikan beliau agak tidak bersetuju dengan hala tuju golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai al-Qaedah. Beliau juga tidak bersetuju kumpulan tersebut memonopoli ruangan ‘jihad’, lantas memberikan konotasi stereotaip pada makna ‘jihad’.

Saya pernah menghadiahkan beliau siri kuliah al-Marhum Syeikh Ibn Uthaymin mengenai bab Jihad dari kitab ‘Zaad al-Mustaqni’. Beliau amat menyukainya, tetapi mempunyai satu kesimpulan yang amat menarik. Katanya, “Persoalan perjuangan hanya akan menjadi manis jika diperkatakan oleh para pejuang, bagi para ilmuan, mereka hanya ada teori tetapi kekurangan pengalaman...”. Hipotesis beliau ada benarnya. Jika dibaca bab jihad di dalam karya klasik para ulama silam seperti buku al-Minhaj karangan al-Nawawi, Hashiyaat karya Ibn Aabidin, Mughni karya Ibn Qudamah ataupun al-Mudawwanah karya Shahnun tidak akan sama seperti tulisan-tulisan Ibn Taymiyyah. Bezanya, Ibn Taymiyah pernah berjihad, malah mengepalai tentera Muslim melawan Tartar dan telah berjaya di dalam peperangan tersebut. Maka ‘bisa’ tulisan Ibn Taimiyah tiada tandingan dengan karya-karya lain yang dihasilkan oleh para ulama yang tidak pernah merasai kehangatan matahari di medan perang, dan juga tidak pernah mendengar desingan pedang-pedang yang berlaga di medan pertempuran. Begitu juga halnya dengan para pembaca. Bagi para pembaca yang pernah terlibat di dalam kancah peperangan tidak akan sama dengan mereka yang hanya menjadikannya sebagai bahan ilmiah dan latihan minda semata-mata.

Hal yang sama ketika saya mengkhatamkan karya Kafka, samada ‘The Trial’ mahupun ‘The Castle’. Bukan Kafka yang saya maksudkan, tetapi para pembaca yang menghayati kedua-dua novel tersebut. Watak Joseph K, dan juga K akan hanya dapat dihayati oleh mereka yang pernah menjadi mangsa kekejaman apparat para diktator. Ditahan tanpa bicara, dinafikan hak asasi sebagai rakyat malah sebagai individu, dikenakan hukuman yang zalim...seperti yang dialami oleh Joseph K dan K hanya dapat difahami oleh mereka yang pernah merasainya. Sesiapa yang berpeluang mengkhatamkan buku ‘Suara dari Kemunting’ karya Saari Sungip, wakil rakyat DUN Hulu Kelang, Two Faces oleh Syed Husin Ali, dan juga buku-buku yang mencoretkan pengalaman para mangsa ISA akan dapat merasaikan aura ruh perjuangan menentang kezaliman yang hendak disampaikan. Mungkin para tahanan ISA yang dizalimi oleh akta draconian tersebut akan lebih dapat menghayati isi kandungan karya Kafka si Yahudi Czech.

Amat simpati kita melihat bilamana ada di kalangan para ulama dan juga individu Muslim yang bersetuju dengan kezaliman akta zalim bernama ISA. Bukan hanya ianya bertentangan dengan konsep ‘Rule of Law’ yang diakui seluruh manusia di dunia, malah ISA juga bertentangan dengan ruh Islam, al-Quran, Sunnah dan juga Objektif Syariah Islam (Maqasid al-Shariah). Manusia Muslim (Homo-Islamicus) wajib menjalankan amar makruf nahi munkar. Manusia Muslim wajib menjalankan peranan untuk menasihati para pemimpin seperti yang diseru oleh Nabi Muhammad SAW, Manusia Muslim wajib juga menyatakan kebenaran walau apapun konsekuensinya, dan kepada siapa sahaja. Perkara tersebut telah dijamin oleh al-Quran, para pemimpin Muslim sepatutnya lebih bersedia untuk ditegur, dibetulkan dan ditukar jika mereka berlaku zalim dan mengkhianati amanah yang telah rakyat berikan kepada mereka.

Malangnya akta zalim ini menghalang Homo Islamicus untuk melakukan ibadat dan amal salih tersebut. Kejumudan melihat amal salih hanya pada aktiviti ritual sahaja harus diperbetulkan. Aktiviti akauntabiliti juga merupakan amal salih, malah mungkin lebih utama ganjarannya, kerana ianya bukan untuk diri individu, malah untuk kesejahteraan manusia yang lebih ramai. Aktiviti keterlibatan politik juga merupakan amal salih, aktiviti masyarakat sivil juga merupakan amal salih, aktiviti untuk memastikan ‘good governance’ sekaligus memastikan amanah yang diberikan oleh rakyat dijalankan juga merupakan amal salih. Malangnya, akta zalim ISA berterusan menghantui para manusia Muslim dari terus melakukan amal salih.

Salut diberikan kepada para pejuang kebenaran. Salut diberikan kepada para penentang kezaliman. Salut diberikan kepada mereka yang tidak jemu berusaha agar akta zalim yang menghalang manusia Muslim dari melakukan amal salih dimansuhkan. Salut juga diberikan kepada para agamawan yang menyedari kezaliman akta tersebut dan berusaha mengharamkannya. Salut juga kepada mereka yang berterusan memastikan agar ruang untuk manusia Muslim dapat melakukan amal salih lewat keterlibatan politik, tidak kiralah mereka itu Muslim ataupun tidak...

Tiada salut untuk pihak oligarki yang berusaha menjadikan manusia semua seumpama Sancho Panza yang bertaklid buta kepada kegilaan Don Quixorte!

* Salut juga bagi mereka yang pernah disumbat ke dalam bilik ‘101’ para apparat diktator. dari 'Ministry of Love' (Sekadar meminjam istilah-istilah Orwell lewat novel ‘1984’ beliau.)

Maszlee Malik,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBj16HThJGqMXl6nxnFXmlPdbhEZj6LEogpiWtJ4ydE9Qm9Md40mugAdsvK14CaadrHP19KSKxnNN1ofpARZhO7kzzC3c7KMx5AL0npEXav-3gIm7kjJKJjdFZKgq4cC0is8ZaWl5sZXXz/s400/n1591032465_30025064_206.jpg

Tutor and PhD researcher

School of Government and international Affairs,

University of Durham, UK.

penulis juga adalah pejuang isu kemanusian di Palestin.

penulis boleh dilawati di
http://maszleemalik.blogspot.com

Sunday, July 26, 2009

Teoh Beng Hock, ISA dan politik semasa di Pentas Wanita.

Walaupun berada di Padang Terap Kedah, satu kawasan yang boleh dikatakan sudah agak hampir ke sempadan Thailand, dimana liputan internet "broadband' dan talipon bimbit amat rendah sekali, namun suratkhabar berbahasa China telah menyiarkan berita itu secara meluas dan akhbar itu boleh di perolehi dengan mudah oleh penduduk di kawasan ini. Saya tidak dapat membaca akhbar tersebut, sekadar melihat gambar Teoh yang begitu besar di dalamnya, namun Dr Joyce Lee, Exco Wanita PKR telah secara sukarela membacakan semua berita mengenai tragedi yang menimpa mendiang Teoh. Sepertimana rakan-rakan yang lain, kami dapat merasakan kehilangan yang begitu cepat dan tentunya sukar bagi keluarganya untuk menerima hakikat kematian ini dalam masa terdekat.

Sebelum ditemui mati di tingkat 5 Plaza Masalam,mendiang Teoh telah disoalsiasat oleh pegawai SPRM, tanpa kehadiran peguam selama lebih 8 jam!!!!Dalam hati tertanya-tanya, kebelakangan ini, penggunaan ISA agak terhad, namun tindakan soal-siasat yang dijalankan oleh pegawai SPRM keatas orang awam nampaknya sama sepertimana kelakuan pegawai penyiasat (IO) keatas tahanan 60 hari seksyen 73 ISA!!!!Adakah ini bermakna, prosedur dalam ISA telah diambil oleh pasukan SPRM dan digunakan secara berleluasa keatas ahli politik Pakatan Rakyat???Adakah ini bermakna ISA ada peluang untuk dikajisemula tetapi isikandungannya telah diambil dan di berikan pada SPRM yang berselindung atas nama "mencegah rasuah"? Walaupun turut diselubungi rasa tidak puas hati diatas kematian yang amat trajis ini, program Pentas Wanita di Padang terap,tetap diteruskan. Program ini diadakan disebuah kawasan lapang di tepi jalanraya dan dikelilingi rimbunan pokok getah. Tiada kelihatan perumahan manusia disekitar tempat tersebut yang juga merupakan pejabat Keadilan Padang Terap, namun bila tiba masanya, dua buah khemah saiz 20ka x 20ka kelihatan penuh dengan manusia.
Program Pentas Wanita dimana semua penceramahnya terdiri dari kaum wanita, adalah program seumpamanya yang julung kali diadakan di Negeri Kedah.Walaupun namanya adalah "Pentas Wanita" namun, dari kehadiran penonton yang datang pada malam itu, memberi satu isyarat bahawa penduduk kampung kini sudah berfikiran terbuka dan sedia menerima sesiapa saja yang datang kedaerah mereka untuk berkongsi kisah benar mengenai isu politik semasa, yang sukar mereka perolehi melalui akhbar terbitan kerajaan.

Saya bersyukur kerana turut diberi peluang untuk berkongsi pengalaman sebagai mangsa ISA yng paling lama di abad ke 21 ini disamping mempromosikan Himpunan MANSUH yang bakal menjelang 1 ogos kelak.


Saya bersama Puan Norsham Timbalan KW PKR Malaysia dan YB Zuraidah, Ketua Wanita PKR Pusat. Inilah kali pertama kami berpeluang berkongsi pentas untuk bercerita mengenai pelbagai kezaliman yang sedang dilakukan oleh kerajaan BN keatas rakyat Malaysia.
Kedua-dua mereka, YB Zuraidah dan Pn Norsham menyatakan persetujuan untuk hadir di perhimpunan aman MANSUH 1 ogos kelak.Tahniah pada Pn Salma KW PKR Kedah dan Timbalannya, Puan Nurin yang telah menjadikan program ini satu kenyataan.

http://lailagmi.blogspot.com/

*Harap artikel kak laila di atas dapat menjawab persoalan apa kaitan antara Teo beng Hock dan ISA.Bagi saya, ianya berkongsi satu maksud yang jelas iaitu KEZALIMAN !!!

Friday, July 24, 2009

Lokasi Dan Waktu Himpunan Mansuh ISA Pada 1 OGOS 2009.Sahabat-Sahabat, Jangan Silap Lokasi & Waktu Ye!!!



credit to malaysiakini

Mari tandatangani petisyen untuk keadilan bagi mendiang Teo Beng Hock !!!!!

We, the undersigned, hereby demand :-
(1) The establishment of a Royal Commission of Inquiry to independently and thoroughly investigate this tragic incident.
(2) The immediate resignation of the Malaysia Anti-Corruption Commission (MACC) National Director.
(3) The unconditional apology by Minister in the Prime Minister Department Mohd Nazri Abdul Aziz over his remarks on Beng Hock’s death.




Kami, yang menandatangan di sini, dengan sebulat suara:-
(1) Menyeru penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian Beng Hock secara bebas dan teliti.
(2) Menggesa Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) meletakkan jawatan segera atas tragedi Beng Hock.
(3) Mendesak Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri meminta maaf atas kenyataan beliau terhadap kematian Beng Hock.

Sincerely,

The Undersigned




Sahabat-sahabat, terima kasih kerana klik gambar di atas bagi menandatangai petisyen untuk saudara Teo Beng Hock.

Thursday, July 23, 2009

Nik Aziz, Anwar sertai demo anti-ISA pada 1 OGOS ini. Jom kita turun beramai-ramai bersama pemimpin yang berjiwa RAKYAT ini !!!!!



Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut serta dalam himpunan besar-besaran mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos ini.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata perhimpunan itu juga turut disertai pimpinan atasan Pakatan Rakyat, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin lebih 83 NGO dalam gabungan tersebut.

Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang media selepas menyerahkan surat pemakluman kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung hasrat GMI menyerahkan “deklarasi rakyat” pada tarikh tersebut.

Surat tersebut diserahkan kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Mohd Khairi Abdul Rahman di pondok pengawal, kira-kira jam 11.50 pagi tadi.

Syed Ibrahim diiringi Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzzaman Mohamad.




malaysiakini

Surat Tuan Guru Nik Aziz Kepada Family Mendiang Teo Beng Hock.

Warkah Takziah Daripada TGNA Kepada Keluarga Mendiang Teoh Beng Hock
27 Rejab 1430 / 20 Julai 2009


Ibu bapa kepada
Mendiang Teoh Beng Hock
D/a Pejabat YAB Menteri Besar Selangor
Tingkat 21, Bangunan SSAAS
40502 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

Warkah Takziah

Saya cukup tergamam apabila menerima berita penuh misteri di hari pemergian mendiang Teoh Beng Hock pada awal petang 16 Julai 2009. Lebih tragik apabila bencana yang menimpa mendiang, berlaku sewaktu beliau sedang menjadi tetamu kepada SPRM; ketika beliau sedang memberikan kerjasama ke atas sebuah kes dalam siasatan.

Dalam Islam, tidak syak lagi tetamu wajib dihormati, bahkan dilindungi. Tidak boleh sekali-kali timbul sebarang syak akan status keselamatan tetamu dalam apa jua keadaan kerana sebaik-baik tetamu diterima sebagai tetamu maka Islam secara otomatik mewajibkan jaminan perlindungan diberi oleh tuan rumah. Jaminan perlindungan ini meliputi soal maruah, air muka, keturunan, harta benda dan nyawa. Ini soal hak asasi yang dijamin oleh Islam. Ini konsepnya.

Bagaimanapun, apa yang berlaku di Plaza Masalam di Shah Alam pada Khamis yang sugul itu cukup-cukup membuatkan saya menjadi terkejut. Hati saya sebak, enggan menerima dan tidak dapat menahan kesedihan. Saya sungguh-sungguh tidak dapat membayangkan bagaimana ini semua boleh terjadi. Saya cukup yakin, untuk dilantik ke jawatan Setiausaha Politik, sudah tentu mendiang adalah seorang yang terdidik, telah melalui liku-liku pengalaman, dan terdedah dengan pelbagai rancah kehidupan. Bukan senang untuk melahirkan satu-satu bakat, kebolehan dan ketokohan.

Kepada kedua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga mendiang, saya mohonlah berpesan supaya teruskan bersabar. Tabahkan hati sewaktu mengharungi ujian yang segenting ini. Di sisi Islam, jika Allah menguji kita dengan sesuatu musibah nescaya di sana akan ada kebaikan yang akan menanti kita. Terus bersangka baiklah. Sementara menantikan sebuah Suruhanjaya Bebas di Raja yang perlu di lantik dalam tempoh terdekat, izinkan saya mengangkat sekawat nota takziah buat Tuan , Puan serta seluruh ahli keluarga. Insya-Allah, kita akan dapat mengetahui punca sebenar yang telah meragut nyawa mendiang melalui siasatan yang sehabis telus dengan pembentukan Suruhanjaya yang sangat diperlukan ketika ini. Jika dalam banyak hal kita sering bercakap tentang integriti dan ketelusan , maka inilah ketika untuk membuktikannya.

Dari siasatan Suruhanjaya itu, rakyat berhak untuk mendapat maklumat penuh tentang apa yang sebenarnya telah terjadi. Sudah tentu andaian-andaian longgar yang sekadar mengesahkan, “mendiang mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi” tidak boleh diterima. Saya berharap, jangan ada satupun fakta biarpun sejarum patah, yang sengaja ditinggalkan di dalam peti siasatan sewaktu mengendalikan pos mortem ke atas tragedi ini.

Dalam hal ini, semua pihak harus sedar bahawa melakukan siasatan dan bercakap benar adalah menjadi kewajipan. Jika tidak, di akhirat kelak, dari segi Islam semua orang akan tetap diheret juga untuk dipaksa bercakap benar.


Ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud,

“pada hari (itu) dibukakan segala rahsia. Maka sekali-kali tidak ada bagi manusia itu satu kekuatanpun dan tidak (pula) seorang penolong”- [ on the day when men’s consciences are searched (for belief, intention etc.) (at the moment) men shall have no power (to defend himself) and no helper.”] - ( Surah Ath Thaariq : Ayat 9 dan 10).


Sementara itu, teruskan bersabar dan kuatkanlah kesabaran.


Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS merangkap
Menteri Besar Kelantan



Blog Tok Guru

Wednesday, July 22, 2009

Promo Youtube Untuk Himpunan Mansuhkan ISA dan Solidariti Untuk Teo Beng Hock Pada 1 OGOS 2009 Hari Sabtu. Mari Kita Bersama Sebarkan !!!









Anti ISA protest in Jakarta


Terima Kasih kerana sudi sebarkan demi menghapuskan kezaliman penguasa.

*Dalam Perhimpunan ini mari kita pakai baju merah hitam.Jika boleh jangan pakai baju putih.Kerana pada hari yang sama,mereka yang pro-ISA atau lebih jelas lagi mereka yang pro kezaliman akan berbaju putih juga hadir untuk berhimpun dan mahu ke istana negara.

**Himpunan kita adalah himpunan aman.Mari tunjukkan kepada DYMM Yang DiPertuan Agong bahawa kita cintakan KEDAMAIAN dan amat bencikan KEZALIMAN.

Tuesday, July 21, 2009

Tunjukkan Solidariti anda kepada Teo Pada 1 OGOS ini !!!!!






Hanya tahanan ISA tahu derita teknik soal siasat

Ia Sah Aniaya



Tumpuan huraian saya adalah di segi persamaan teknik yang digunakan oleh SB semasa soal-siasat ISA dengan teknik yang digunakan di Guantanamo Bay. Apa yang telah saya lalui dua kali dan apa yang dapat saya kumpulkan daripada rakan-rakan tahanan saya yang lain, teknik-teknik tersebut pada dasarnya ada banyak persamaannya.

Teknik-teknik yang telah saya jelaskan termasuklah:

� " Rapid-fire"
� "Direct"
� "Incentive/removal of incentive"
� "Emotional love"
� "Emotional hate"
� "Fear up harsh"
� "Fear up mild"
� "Reduced fear"
� "Pride and ego up"
� "Pride and ego down"
� "Futility"
� "We know all" � "Repetition approach"
� "File and dossier"
� "Mutt and Jeff"

Selain daripada teknik-teknik di atas, seperti di Guantanamo Bay, SB-SB Malaysia juga menggunakan teknik-teknik:

� "Silence"
� "Change of scenery up"
� "Change of scenery down"
� "Dietary manipulation"
� "Environmental manipulation"
� "Sleep adjustment"
� "False flag"
� "Isolation"

Mereka yang telah melalui penahanan ISA sudah pasti akan tahu bagaimana deritanya melalui lapan teknik di atas terutamanya "isolation".

Daripada laporan beberapa orang isteri, teknik "false flag" kerap digunakan terhadap tahanan yang dituduh sebagai KMM dan JI.

Sejauh mana yang saya tahu, teknik ini tidak digunakan terhadap aktivis Reformasi dan terhadap TAPOL (tahanan politik) di kalangan pemimpin-pemimpin pembangkang di negara ini.

Teknik "false flag" adalah satu teknik yang melibatkan proses manipulasi berterusan yang dilakukan oleh IO-IO bagi meyakinkan bahawa tahanan sedang dikehendaki oleh agensi risikan luar negara seperti FBI atau CIA!

Saya tidak bercadang untuk menghuraikan lapan teknik di atas satu persatu kerana memadailah anda menyelami lima belas teknik yang telah saya huraikan dalam siri-siri sebelum ini.

Dalam enam lagi siri seterusnya sebelum saya melabuhkan tirai menutup siri "Tarbiyyah dari Penjara", saya akan cuba berkongsi apakah aspek-aspek pentarbiyyahan yang telah saya lalui sepanjang ditahan di bawah ISA.

Jika ada kebaikan daripada perkongsian saya ini, maka manfaatkanlah ia bagi melonjakkan perjuangan anda dalam menegakkan kebenaran.

Apa yang saya faham sejak terlibat dalam gerakan pelajar Islam bermula pada tahun 1976, tarbiyyah adalah satu proses pembinaan diri yang berterusan.

Dalam konteks haraki, tarbiyyah terdiri daripada aspek-aspek jamaie dan fardi.

Kekuatan tarbiyyah jamaie secara haraki sewajarnya melahirkan aktivis mas'ulin yang murabbi. Kekuatan tarbiyyah jamaie juga pasti akan melahirkan aktivis yang mantap dan kukuh penghayatannya terhadap tarbiyyah fardi.

Lanjutan daripada ini, tarbiyyah fardi yang dihayati oleh setiap aktivis mas'ulin murabbi akan terus melonjakkan kekuatan jamaie sesebuah gerakan Islam.

Dalam konteks gerakan Islam, pengalaman dalam penjara di mana sahaja, sama ada di Palestin, Mesir atau Iraq mahupun Malaysia, jika ditinjau dari perspektif tarbiyyah semuanya sama.

Kehidupan seorang aktivis gerakan Islam meniti mehnah dalam penjara sewajarnya mengukuhkan keyakinan jatidirinya. Bukan sebaliknya.

Pengalaman dalam penjara juga pasti akan mengukuhkan lagi asas-asas tarbiyyah setiap aktivis gerakan Islam yang peka tentang pentingnya penghayatan terhadap tarbiyyah.

Dianugerahkan Allah peluang dan kesempatan menempuh menhah dan tribulasi sebagai TAPOL di Kem Kamunting, telah membantu saya untuk:

� Mengukuhkan tarbiyyah ruhiyah
� Memantapkan tarbiyyah fikriyah
� Memantapkan tarbiyyah jasadiyah
� Meningkatkan tarbiyyah siyasiyah
� Memantapkan tarbiyyah anak-anak dan keluarga

Dalam enam siri berikutnya saya akan cuba menghuraikan aspek-aspek pengukuhan tarbiyyah dari penjara ini.




Saari Sungib | abuurwah@gmail.com

Monday, July 20, 2009

ISA : Mansuh bukan Pinda - Ketua Pemuda Pas





















1. ISA tidak lagi relevan ! begitulah ungkapan Tun Abdullah Ahmad Badawi . Buat pertama kalinya saya bersetuju dengan Tun Abdullah dengan pengakuan ini .

2. ISA yang diwujudkan sejak 1 ogos 1960 [ 1 ogos 2009 kelak genap 49 tahun beroperasi ] adalah bertujuan untuk mencegah golongan subversif dan komunis yang mengancam keselamatan negara .

3. Menurut bekas Presiden Majlis Peguam Haji Sulaiman Abdullah , Majlis Peguam membantah akta ini [ ISA ] kerana berpagang kepada sebab - sebab yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Kedua [ Tun Abdul Razak ] ketika beliau membentang ISA di Parlimen satu ketika dulu atas ancaman subversif dan pengganas komunis . [ Mingguan Malaysia , 25 Jun 2000 ]

4. Rasionalnya , apabila pergerakan dan ancaman subversif atau komunis telah tidak lagi wujud dalam negara kita , maka akta ini mestilah dimansuhkan terus oleh parlimen .

5. Sungguh ! bahawa keselamatan negara mestilah dikawal dan dipelihara . Persoalannya ialah negara kita telah merdeka sejak sekian lama . Bukankah Negara memiliki PDRM , SPRM , institusi kehakiman , Jabatan pendakwaraya , peguam negara dan institusi mahkamah yang sangat terhormat dalam negara kita . Apakah segala institusi yang ada ini belum memadai untuk menjaga keselamatan negara dan menegakkan keadilan ? sehingga memaksa akta seperti ISA dikekalkan ? tidak masuk aqal !

6. Apa yang dituntut ialah supaya ISA yang memberi kuasa kepada menteri [ orang politik ] untuk menahan sesiapa sahaja yang disyaki mengancam keselamatan negara di mansuhkan kerana ia membuka ruang untuk menteri selaku orang politik bertindak zalim ke atas musuh politiknya .

7. Apa yang dituntut ialah supaya ISA yang menahan dan memenjara mangsa tanpa mendatangkan bukti serta di adili di mahkamah di mansuhkan kerana ia zalim dan menafikan hak individu membela diri atau mendapat hak pembelaan di mahkamah .

8. Apa yang dituntut ialah supaya ISA yang banyak digunakan untuk menangkap musuh politik tidak terus dijadikan mesin hayat pemerintah yang zalim berselindung pula disebalik undang - undang yang zalim dan primitif .

9. ISA tidak demokratik . Bahkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 5 Fasal 4 bahawa undang - undang perlembagaan tidak membenarkan seseorang warganegara ditahan tanpa arahan majistret melebihi tempoh 24 jam [ tidak termasuk perjalanan yang perlu ] dan orang itu tidak boleh ditahan selanjutnya dengan tiada kuasa majistret itu .

10 . Kerana saya tidak setuju ! ISA mesti dimansuhkan ! Anda setuju ?



Nasarudin Tantawi

Sunday, July 19, 2009

Kronologi penahanan Mat Sah Satray .

Ini gambar Mat Sah Satray .

1-Beliau telah ditahan dibawah ISA pada 18 April 2002.

2-Beliau dituduh sebagai seorang Ahli Jemaah Islamiyyah(JI) yang boleh memberi ancaman kepada negara.

3-Beliau telah diletakkan di Pusat Reman Polis(PRC) selama 54 hari( dari 18 April – 10 June 2002) dan tidak dibenarkan bertemu peguam.

4-11 June 2002 beliau dihantar ke Kem Kamunting untuk di tahan selama 2 tahun bermula pada tarikh 12 June.

5-13 June 2004, cukup 2 tahun, penahanan disambung lagi 2 tahun berikutnya oleh Menteri Dalam Negeri (Abdullah Badawi) hingga tahun 2006.

6-13 June 2006, cukup 2 tahun, penahanan disambung lagi dua tahun berikutnya oleh Menteri Dalam Negeri (Abdullah Badawi) hingga tahun 2008.

7-13 June 2008, sebaik saja cukup 2 tahun , penahanan disambung lagi dua tahun berikutnya oleh Menteri Dalam Negeri (Syed Hamid Albar) hingga tahun 2010.

8- Sehingga ke hari ini, beliau tidak pernah di kenakan sebarang caj(charge) oleh polis.

9- Beliau tidak pernah di jamin oleh sesiapa.

10-Beliau tidak pernah dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan. Tiada pendakwaraya yang terpaksa mengemukakan bahan bukti seperti orang, gambar, barang2 dsb untuk menyokong tuduhan keatas beliau.

11-Beliau telah dikurung di Kem Kamunting hampir 8 tahun !!!.

12-Beliau tidak tahu apa kesalahannya dan bila akan dibebaskan…………


credit kpd inksensei

Saturday, July 18, 2009

Selepas GENEVA tumpuan jayakan Himpunan Mansuh 1 OGOS !!!

Norlaila Othman
Fri | Jul 17, 09 | 11:40:34 am MYT

"AKAK cerita kisah kejahatan ISA hingga ke Geneva, rasa rugi pula kalau tak ada peluang nak berkongsi dengan penduduk yang tinggal di Malaysia, terutamanya yang tak dapat akses internet dan Harakah," kataku kepada Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi yang aku kenali empat tahun lalu. Aku telah bercakap dengan orang Johor untuk merealisasikan niatku itu.

Hatiku berbunga riang kerana akhirnya Faizi berjaya juga menciptakan peluang untukku bercakap tentang penahanan tanpa bicara abah Suhaib (anakku) yang masuk tahun kelapan (Norlaila adalah isteri tahanan ISA, Mat Sah Satry), kepada penduduk negeri Johor negeri kelahiran ISA yang juga terkenal dengan parti bersimbol keris.

Ketika menjejakkan kaki di stesen bas Larkin, aku menyangka, mungkin majlis yang bakal diadakan itu hanya dihadiri oleh beberapa orang saja, namun sebaik saja tiba di Surau Istiqomah di Masai, aku terperanjat dengan kehadiran para aktivis tempatan yang datang dalam jumlah yang agak besar ke program tersebut.

'Program Bersama Aktivis GMI - Puan Norlaila' terpampang di skrin membuatkan hatiku terharu dengan usaha yang dilakukan oleh Faizi dan Norhayati, salah seorang pimpinan Muslimat di Pasir Gudang.

Semasa di luar negara, ramai yang bertanya, "what is the charge of your husband?" Aku tidak dapat menjawab soalan itu kerana selama tujuh tahun dikurung di Kem Kamunting, beliau tidak pernah didakwa di mahkamah. Selama tujuh tahun itu ditahan dibawah ISA, beliau cuma dituduh sebagai ahli Jemaah Islamiyyah (JI).

Aku pernah ditahan polis kerana menyertai majlis 'vigil' (peringatan) di Dataran Merdeka awal tahun ini. Aku telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi. Aku dituduh bersalah kerana menyertai perhimpunan haram. Aku juga telah disoal siasat oleh seorang pegawai polis wanita. Tetapi sehingga hari ini, aku tidak pernah didakwa oleh polis dan aku menjalani kehidupan sebagai seorang yang bebas.

Sekiranya seseorang itu bersalah, dia mesti didakwa di mahkamah. Orang itu boleh mendapatkan khidmat peguam, boleh dijamin dan sementara menunggu hari perbicaraan, mereka hidup bebas. Proses pendakwaan mesti disokong oleh bukti-bukti yang jelas dan perbicaraan itu ada proses kaji semula. Semua ini tidak diberikan kepada tahanan ISA. Inilah kezaliman ISA yang paling jelas sekali.

Selain mengupas mengenai beza ISA dan akta lain, aku juga menekankan bahawa, ISA bukan saja bertentangan dengan Deklarasi Hak Asasi Sejagat (UDHR) yang menetapkan bahawa 'seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan di mahkamah' dalam bahasa Inggerisnya 'innocent until proven guilty'.

Malahan ia juga bercanggah dengan keadilan Islam sepertimana yang disebutkan dalam surah an-Nisa ayat 58 menyebutkan: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil."

7 tahun ulang-alik Kamunting

Perkongsian tidak akan lengkap jika aku tidak menceritakan tujuh tahun pengalaman berulang-alik ke Kem Kamunting. Aku dan Suhaib boleh menziarahi abahnya setiap minggu tetapi ada ketikanya terpaksa mengalah kepada perbelanjaan harga minyak dan tol serta masa yang panjang terpaksa dibazirkan dalam perjalanan.

Aku terpaksa memandu sejauh 700 kilometer pergi balik dari KL ke Taiping dan sebaliknya, yang memakan masa lapan jam perjalanan hanya untuk satu pertemuan selama 45 minit. Sebelum pertemuan, kami terpaksa melalui tiga laluan iaitu pintu utama, pintu kedua dan pintu ketiga dan akhir sekali kami di'scan' oleh warden yang bertugas.

Pada akhir proses itu, kami hanya dibenarkan bercakap di sebalik cermin kaca menggunakan interkom!

Kalau ikutkan hati, ingin saja aku menceritakan secara lengkap setiap kesedihan, penderitaan, penderaan dan trauma yang telah terjadi ke atas aku dan Suhaib angkara ISA. Ingin sangat untuk aku beritahu isi hatiku bagaimana aku terpaksa menahan perasaan dalam menghadapi saat-saat getir membesarkan Suhaib selama tujuh tahun sendirian diikuti gangguan yang tidak henti daripada SB, kepada wajah-wajah baru yang jarang mendengar tentang ISA.

Namun aku terpaksa akur bahawa masa 90 minit yang disediakan, dengan gambar-gambar di power point yang aku susun khas untuk program itu, sudah jauh daripada memadai untuk mendedahkan kejahatan ISA selama ini.

Aku hanya meminta mereka memberi sokongan dengan membeli buku 'Dunia Tanpa Suami Jilid 2' yang juga memuatkan isi hati mangsa ISA yang lain, demi untuk menguatkan hujah dan penerangan bahawa ISA telah digunakan terhadap ramai orang daripada lapisan kaum dan bangsa.

"Dalam mana-mana sistem perundangan, jika orang didakwa melakukan kesalahan, orang itu akan dibawa ke mahkamah. Di mahkamah ada peguam yang membela tertuduh, ada pendakwa raya yang akan menuduh pesalah lengkap dengan segala bukti-bukti dan ada hakim yang akan mendengar perbicaraan.

"Tetapi mangsa ISA, mereka tidak pernah diberi hak untuk dibicarakan. Peguam, pendakwa raya, hakim dan mahkamah semuanya dipegang oleh Menteri Dalam Negeri. Sebab itu, ada tahanan ISA yang ditahan sehingga lapan tahun kerana hukuman dijalankan mengikut pertimbangan menteri itu.

"Ini adalah satu perkara yang amat zalim yang dilakukan oleh seorang manusia kepada manusia yang lain," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat. Beliau adalah salah seorang penceramah yang bercakap tentang ISA dalam satu majlis 'roadshow' sempena Himpunan Aman MANSUH peringkat negeri Johor.

Altantuya tidak dapat pembelaan

.
Dari kiri baju putih Sdra Suhaizan Kaiat, Ustaz Azman Shafawi dan Khairul Faizi.


"Rakyat Malaysia pernah dikejutkan dengan kes pembunuhan kejam Altantuya. Dua anggota polis telah mengaku membunuhnya walaupun mereka bersungguh-sungguh menyatakan tidak pernah mengenali wanita itu dan tidak pernah berurusan dengannya. Pembunuhan itu dilakukan kerana mereka diarahkan berbuat demikian.

"Di mahkamah Malaysia, Altantuya tidak mendapat pembelaan sewajarnya, oleh itu isu tersebut telah dibawa ke peringkat antarabangsa. Kes Altantuya hampir sama dengan nasib tiga orang tahanan ISA yang telah ditahan masuk lapan tahun.

"Tiga tahanan ISA itu telah ditahan tanpa bicara selama lapan tahun, maka jalan terakhir adalah membawa isu itu ke peringkat antarabangsa ke Geneva, supaya ia didengar oleh masyarakat negara lain bahawa di Malaysia ini ada undang-undang yang zalim seperti itu." Demikianlah sedikit sedutan daripada ucapan Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Azman Shapawi dalam majlis yang sama. Program 'roadshow' ini diadakan di setiap negeri di Semenanjung Malaysia dalam masa tiga minggu ini. Orang ramai dijemput hadir ke semua program tersebut.

Kini, tinggal 12 tahanan ISA di Kem Kamunting. Mereka itu enam orang rakyat tempatan dan enam orang lagi rakyat asing. Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri sebenarnya boleh membebaskan mereka bila-bila masa sahaja, namun kenapa mereka masih juga ditahan?

Pada suatu ketika, jumlah tahanan ISA pernah menjangkau sehingga 150 orang. Tetapi kini tinggal 12 orang. Bagaimanapun, ia tidak sepatutnya mengendurkan semangat dan komitmen rakyat Malaysia, yang bencikan kejahatan akta zalim ini supaya menyatakan kebencian mereka melalui himpunan MANSUH yang akan diadakan pada 1 Ogos kelak.

Jika ramai yang datang, mudah kerajaan tahu bahawa rakyat Malaysia mahukan ISA segera dimansuhkan! Rakyat harus tunjukkan mesej jelas kepada kerajaan bahawa akta lapuk dan zalim ini mesti dimansuhkan segera.

Oleh sebab itu, sesiapa yang membaca artikel ini, harap dapat sebarkan kepada orang lain supaya datang ke Kuala Lumpur; ke tiga tempat iaitu di Masjid Jamek, Masjid Negara dan Sogo pada Sabtu 1 Ogos 2009, jam 2.00 petang.

Berita terkini mengenai himpinan MANSUH selain daripada Harakah, boleh didapati di blog berikut: http://himpunanmansuhisa.wordpress.com dan http://lailagmi.blogspot.com.

Pembaca yang ingin membeli buku 'Dunia Tanpa Suami Jilid 2', boleh hubungi e-mel berikut: laila6306@yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya atau hubungi pejabat Suaram di talian 03-77843525.




Harakahdaily

Friday, July 17, 2009

GMI mahu MB Pakatan Rakyat bantu Himpunan MANSUH, 1 Ogos depan



KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kedah dan Selangor setelah bertemu Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, 2 Julai lalu bagi menggerakkan Himpunan MANSUH yang akan dianjurkan 1 Ogos depan, lapor Nyza Ayob.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, selain mendapatkan sokongan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, pertemuan tersebut juga supaya setiap negeri dapat mengerah seluruh rakyat daripada negeri masing-masing untuk turun pada perhimpunan tersebut.

Beliau yang dihubungi Harakah, berharap negeri-negeri ini dapat membantu mempromosi perhimpunan tersebut dengan memasang papan tanda serta kain rentang sebagai sokongan memansuhkan ISA.

Tambahnya lagi, jelajah ceramah ke seluruh negara telah bermula di Kuala Lumpur pada 28 Jun lalu dan akan diteruskan di negeri-negeri lain sehingga menjelang perhimpunan 1 Ogos itu.

Program tersebut merupakan kempen awal menjelang Himpunan MANSUH bagi meningkatkan daya kesedaran di kalangan rakyat tentang kezaliman ISA, membela nasib tahanan dan keluarga, dan mendesak kerajaan membebaskan tahanan.

Menyentuh mengenai sekretariat MANSUH, Syed Ibrahim menjelaskan, sekretariat terdiri daripada pimpinan PAS, DAP dan KeADILan, kalangan pimpinan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta pelajar-pelajar.

Beliau juga menyeru seluruh rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat memberikan sokongan agar kerajaan memansuhkan ISA dengan menyertai perhimpinan tersebut.

"Kita tidak boleh membiarkan lagi ISA ini berpanjangan demi untuk menjaga masa depan generasi akan datang. Saya mengajak rakyat untuk memberikan satu mesej yang jelas kepada kerajaan untuk mengambil tindakan segera iaitu bukan mengkaji ISA tetapi memansuhkan terus akta zalim ini," tegasnya.

Pak Lah saran mansuhkan ISA

Dua minggu sebelum demonstrasi besar dirancang bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mantan perdana menteri meminta kerajaan menimbangkan untuk memansuhkannya.

Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan, lapor Bernama.

"Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.

"Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan
kerajaan mengambil tindakan pencegahan," beliau dipetik berkata.

Abdullah mengulas isu ISA sewaktu berucap sempena majlis konvokesyen khas penganugerahan ijazah kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepadanya di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.

Abdullah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk
melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.

Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya "kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA" sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.

"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.

"Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya seperti dilaporkan.

Kelmarin, PAS menyeru ratusan ribu ahlinya agar menyertai demonstrasi membantah akta kontroversi untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara, 1 Ogos ini.

Parti itu juga mengarahkan semua ketua penerangan negeri dan peringkat kawasan menganjurkan ceramah dan mengedar risalah menggalakkan orang ramai menyertai Himpunan MANSUH.

Pada 13 Julai, Pemuda Gerakan secara terbuka menyatakan sokongan terhadap - dan turut serta dalam - demonstrasi itu yang dianjurkan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang disertai pembangkang dan NGO hak asasi.

Pada 22 Jun lalu, GMI secara rasmi mengumumkan perhimpunan itu dengan mensasarkan jumlah "sekurang-kurang menyamai jumlah mereka yang menyertai perarakan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih)", dua tahun lalu.

Pada perarakan ke Istana Negara pada November 2007, kira-kira 40,000 ribu orang turun bersama-sama dengan tokoh-tokoh pembangkang.

Tarikh 1 Ogos dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal sejak 1 Ogos tahun 1960.

malaysiakini

Wednesday, July 15, 2009

PAS seru ahli sertai demo anti-ISA

PAS menyeru ratusan ribu ahlinya agar menyertai demonstrasi besar membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara, awal bulan depan.

Tinggal lagi dua minggu sebelum program 1 Ogos itu, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad juga mengarahkan semua ketua penerangan negeri dan peringkat kawasan menganjurkan ceramah dan mengedar risalah menggalakkan orang ramai menyertai Himpunan MANSUH.

"Sehubungan dengan itu semua ahli PAS diminta untuk hadir memberikan sokongan terhadap perhimpunan ini," katanya hari ini.

"Semua ketua-ketua penerangan negeri dan PAS kawasan diminta mengadakan siri-siri ceramah dan edaran risalah penerangan berhubung kezaliman akta ISA serta mengajak lebih ramai rakyat untuk menghadiri Himpunan ini."

Dalam kenyataan yang sama, Idris turut mengajak semua NGO dan individu yang prihatin untuk hadir bagi memastikan kerajaan memansuhkan akta kontroversi tersebut "yang sering dijadikan alat politik segelintir pihak berkepentingan untuk menakutkan rakyat."

Kelmarin, Pemuda Gerakan secara terbuka menyatakan sokongan terhadap - dan turut serta dalam - demonstrasi anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang disertai pembangkang dan NGO hak asasi.

"Pemuda Gerakan akan menggerakan sekumpulan ahli (Pemuda) untuk menyokong perhimpunan aman MANSUH pada 1 Ogos ini bersempena ulang tahun ke-49 (pelaksanaan) ISA," kata ketua biro khidmat guaman dan aduan awamnya Andy Yong.

Pada 22 Jun lalu, GMI secara rasmi mengumumkan perhimpunan itu dengan mensasarkan jumlah "sekurang-kurang menyamai jumlah mereka yang menyertai perarakan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih)", dua tahun lalu.

Pada perarakan ke Istana Negara pada November 2007, kira-kira 40,000 ribu orang turun bersama-sama dengan tokoh-tokoh pembangkang.

Tarikh 1 Ogos dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal sejak 1 Ogos tahun 1960.

Jumaat lepas, mesyuarat jawatankuasa induk Himpunan MANSUH yang dianggotai pemimpin parti politik, NGO, mahasiswa sepakat menetapkan perhimpunan tersebut jam 2 petang di tiga lokasi utama di Kuala Lumpur - tempat-tempat itu belum diputuskan.

Menurut kenyataan GMI, mesyuarat itu juga memutuskan untuk menghantar satu "deklarasi rakyat" kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ia juga menggalakkan orang ramai yang ingin menyertai perhimpunan tersebut agar memakai pakaian warna tema merah hitam.

Himpunan MANSUH diadakan sebagai kesinambungan kempen GMI untuk membela nasib tahanan dan keluarga, dan juga menutup Kem Kamunting, Taiping.

Maklumat berhubung demonstrasi itu boleh diperolehi di blog himpunanmansuhisa.wordpress.com, kain rentang, poster dan risalah di seluruh negara.

malaysiakini

Monday, July 13, 2009

Jangan LUPA Sertai Kami Pada 1 OGOS 2009 ini

APAKAH ITU ISA?

Norlaila Othman

logo-isa1APAKAH ITU ISA?

ISA atau Internal Security Act (Akta keselamatan Dalam Negeri) ialah undang-undang yang membolehkan kerajaan menahan sesiapa saja tanpa perlu didakwa atau dibawa ke mahkamah.

ISA bersumberkan Undang-undang Darurat yang berkuatkuasa dari tahun 1948 – 1960 Apabila Darurat telah diisytiharkan tamat pada 30 Julai 1960 selepas 24 jam, pada 1 Ogos 1960, Undang-undang Darurat itu ditukar nama sebagai Internal Security Act(Akta keselamatan Dalam Negeri).ISA berpaksikan pada Peraturan 17 yang terkandung dalam Undang-undang Darurat 1948-1960.

ISA atau Akta keselamatan Dalam Negeri sepatutnya dimansuhkan sebaik saja darurat tamat, tetapi kerajaan telah mengekalkan nya kerana ia adalah senjata yang amat berguna untuk menangani pelbagai keadaan “darurat” terutama yang bersifat politik.


Penulis adalah HERO saya.

Penulis boleh dilawati di laman web ini :

http://lailagmi.blogspot.com/

Pemuda Gerakan sertai demo anti-ISA

Dalam satu tindakan yang berani, Pemuda Gerakan secara terbuka menyatakan sokongan terhadap - dan turut serta dalam - demonstrasi besar membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) awal bulan depan.

"Pemuda Gerakan akan menggerakan sekumpulan ahli (Pemuda) untuk menyokong perhimpunan aman MANSUH pada 1 Ogos ini bersempena ulang tahun ke-49 (pelaksanaan) ISA," kata ketua biro khidmat guaman dan aduan awamnya Andy Yong.

Perhimpunan besar anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) turut disertai parti-parti pembangkang dan NGO hak asasi.

Menurut satu kenyataannya hari ini, Yong berkata keputusan itu dimaklumkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat kebangsaan Gerakan.

Beliau juga berkata parti komponen BN itu beriltizam melindungi dan mempertahankan hak-hak asasi manusia dan kebebasan asas seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia (UHDR) 1948.

"Keputusan kami telah dimaklumkan kepada pengerusi GMI Syed Ibrahim (Syed Noh) dan beliau menyambut baik," kata Yong lagi.

Pada 22 Jun lalu, GMI secara rasmi mengumumkan perhimpunan besar-besaran dengan mensasarkan jumlah "sekurang-kurang menyamai jumlah mereka yang menyertai perarakan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih)", dua tahun lalu.

Pada perarakan ke Istana Negara pada November 2007, kira-kira 40,000 ribu orang turun bersama-sama dengan tokoh-tokoh pembangkang.

Demonstrasi besar itu pernah ditangguhk sebanyak dua kali, pada Mac dan Jun, bagi menghadapi beberapa pilihanraya kecil - menjelang pilihanraya parlimen Bukit Gantang dan DUN Penanti.

Tarikh 1 Ogos dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal sejak 1 Ogos tahun 1960.

Jumaat lepas, mesyuarat jawatankuasa induk Himpunan MANSUH yang dianggotai pemimpin parti politik, NGO, mahasiswa sepakat menetapkan perhimpunan tersebut jam 2 petang di tiga lokasi utama di Kuala Lumpur - tempat-tempat itu belum diputuskan.

Menurut kenyataan GMI, mesyuarat itu juga memutuskan untuk menghantar satu "deklarasi rakyat" kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Surat memohon temujanji dengan pihak Istana Negara akan dikirim tidak lama lagi," kata Syed Ibrahim.

"Rakyat digalakkan untuk memakai pakaian warna tema merah hitam bagi menunjukkan solidariti ketika perhimpunan."

Menurutnya lagi, Himpunan MANSUH diadakan sebagai kesinambungan kempen GMI untuk membela nasib tahanan dan keluarga, dan juga menutup Kem Kamunting, Taiping.

"Siri ceramah umum sedang giat dijalankan di seluruh negara hinggalah menjelang 1 Ogos 2009," tambahnya.

Maklumat berhubung demonstrasi itu boleh diperolehi di blog himpunanmansuhisa.wordpress.com, kain rentang, poster dan risalah di seluruh negara.

mkini

Friday, July 10, 2009

Wanita JIM pembuka tirai MANSUH 2009.

Nazirah salah seorang skretariat Wanita JIM yang "organise" perkongsian kisah perjuangan dalam menuntut hak yang ditindas ISA yang bertajuk "Dari Kamunting Ke Geneva"
MerahHitam bersama "team" Wanita JIM, NGO pertama yang telah membuka tirai perkongsian sempena MANSUH 1 Ogos 2009.
Esok,Sabtu 11 Julai, MerahHitam akan berkongsi pengalaman sebagai keluarga mangsa ISA di Jalan Bacang 13, Taman Kota Masai ,Pasir Gudang, Johor.... jam 5 petang. Sesiapa pembaca blog yang tinggal berhampiran, silalah datang kesana untuk meramaikan program anjuran Pemuda PAS Johor ini.
Jumpa disana ya.

Sumber dari blog Srikandi GMI, Puan Norlaila Othman
.

Nik Aziz: ISA lebih teruk daripada 'binatang'

Menjawab serangan terhadap ucapannya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pemimpin lebih teruk daripada istilah "binatang".

"Kezaliman Umno menggunakan ISA ke atas pembangkang yang tidak bersalah lebih teruk daripada perkataan itu," kata menteri besar Kelantan kepada Bernama hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan media yang menyebut beliau mengeluarkan kata-kata kesat, termasuk binatang atau "menate" dalam loghat Kelantan dalam satu majlis ceramah di Manek Urai dua malam lalu.

Nik Abdul Aziz, yang juga mursyidul am PAS, juga berkata beliau tidak berminat menjawab cabaran dan persoalan yang ditimbulkan oleh timbalan perdana menteri berhubung isu dasar Islam PAS.

Menurut laporan agensi berita itu lagi, beliau tidak mahu melayan sebarang cabaran termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin selagi Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab surat rasmi beliau mempelawa perdana menteri berdebat dengannya secara terbuka.

"Saya tak (berminat) nak jawab segala cabaran dan persoalan yang ditimbulkan oleh timbalan presiden Umno (Muhyiddin) itu kerana surat pelawaan saya untuk berjumpa dan mengadakan perdebatan dengan PM tidak dijawab," Nik Aziz dipetik berkata.

Beliau diminta mengulas kenyataan Muhyiddin yang mencabarnya membuktikan dakwaannya bahawa Umno tidak memperjuangkan Islam.

Ketika menyampaikan ceramah dalam kawasan pilihanraya kecil DUN tersebut dua malam lalu, Muhyiddin dipetik berkata, fakta membuktikan bahawa Umno sejak penubuhannya pada 1946 terlebih dahulu memperjuangkan Islam daripada PAS dengan mengusahakan
kemerdekaan negara, yang juga tuntutan fardu kifayah.

"Ambo (saya) tak akan jawab selagi dia tak jawab surat ambo, lagipun apa yang dia faham lain, apa yang ambo faham lain," kata Nik Abdul Aziz lagi.


malaysiakini

Monday, July 6, 2009

GMI edar risalah perhimpunan anti-ISA 1 Ogos

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini mengedarkan risalah untuk mengingatkan orang ramai mengenai perhimpunan besar-besaran anti-ISA yang dijadual berlangsung di ibungara pada 1 Ogos depan.

Mereka mengedarkan risalah tersebut di kompleks membelibelah SOGO dan kawasan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman petang tadi.

gmi leaflet demonstration anti isa 040709 syed ibrahim (in blue)Program itu bermula dengan sidang akhbar oleh pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh di depan pintu masuk SOGO.

Beliau disertai oleh ahli exco Pemuda PAS, Mohd Sani Hamzan dan juga setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad, yang juga timbalan pengarah sekretariat perhimpunan anti-ISA tersebut.

Kira-kira 19 anggota polis berpakaian seragam dilihat memantau keadaan di situ.

Pada mulanya pada kira-kira jam2.15 petang, Kamaruzaman menggunakan pembesar suara untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai program mereka hari ini.

Tuntut pembebasan tahanan

Bagaimanapun, seorang pegawai polis menghampirinya dan meminta beliau jangan menggunakan pembesar suara tersebut.

Mereka akur sebelum mengadakan sidang akhbar di situ. Terdapat kira-kira 20 wartawan dan jurugambar yang membuat liputan progaram tersebut.

gmi leaflet demonstration anti isa 040709 leafletDalam sidang akhbar tersebut, Syed Ibrahim berkata, risalah itu diedarkan hari ini bagi memaklumkan dan mengingatkan orang ramai mengenai perhimpunan anti-ISA itu.

Selain menggesa supaya ISA dimansuhkan, perhimpunan itu diadakan untuk menuntut pembebasan semua tahanan ISA dan menutup kem tahanan Kamunting.

Syed Ibrahim mengajak rakyat keluar beramai-ramai untuk menyatakan dengan lantang kepada kerajaan supaya memansuhkan ISA.

Katanya, walaupun di peringkat permulaan Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik perdana menteri, ada tahanan ISA yang dibebaskan tetapi selepas itu, berlaku lagi penahanan di bawah ISA.

Penahanan terbaru

Beliau berkata, yang terbaru ialah pada 25 Jun lalu di mana tiga orang ditahan di bawah ISA dan menurutnya, ia turut disahkan oleh ketua polis negara.

Kamaruuzaman pula berkata, pihaknya menganggar perhimpunan tersebut mampu menarik 150,000 hinggaa 200,000 orang.

Manakala Mohd Sani pula menggesa anak-anak muda supaya turun memberi sokongan kepada perhimpunan tersebut.

Selepas mengdakan sidang akhbar tersebut, mereka berpecah kepada dua kumpulan untuk mengedarkan risalah berkenaan.

Selain SOGO mereka juga berjalan di sekitar kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahaman dan kawasan masjid India untuk mengedarkan risalah tersebut.

Mereka beredar kira-kira setengah jam kemudiannya dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini dilaporkan berlaku.

sumber malaysiakini