Monday, May 11, 2009

Najib gentar hilang status quo



lelaki_ini said...

Wa nak cetuskan isu sket ttg projek ni.

1. PRK b'laku.

Dgn segala kekuatan & penyelewengan yg ada, BN b'jaya kalahkan PR dlm kedua2 PRK. Andai b'laku, apa tindakan PR seterusnya? Ugut dgn PRK lg ke? Smpi bila?

2. Kuasa SPR.

Wa bkn background undang2, so nak tnya, ada x dlm bidang kuasa SPR utk m'isytiharkan p'letakan jawatan seseorg ADUN/MP sbgi x sah? Kuasa p'batalan p'letakan jawatan.

Kalo ada, tu bole jd senjata bg BN. Selagi x mati, jgn harap la kerusi tu SPR isytihar kosong.


Bro Islam4All menjawab:

kekandaku lelaki_ini,

soklan pertama sudahpun disimulasikan dgn cubaan perletakkan jawatan yb manoharan tanpa ugut.yb manoharan jujur dan dilihat jujur oleh semua pihak.Sepatutnya Bn kekalkan je dia dlm sel kamunting supya PRK berlaku.Bila PRK berlaku,BN mesti konfiden dia boleh menang dan jadi hujah mereka boleh menang besar dalam PRU-13.Tapi ia tak berlaku,kenapa?? krn BN mmg takut kalah.kalah bererti Najib mmg ditolak rakyat.dan implikasinya besar utk PRu-13.

Dalam situasi terkini,buy the time is the most important.Nizar baru shj diisytihar sbg MB Perak yg sah.Inilah masanya,ugutan kita akan bertambah besar double time.Mahkamah tidak menyebelahi najib.Najib tentu nak jaga air muka sekurang-kurangnya maintain status quo.JikA ada prk, dan dalam prk najib kalah.Najib dan gomen BN hilang status quo itu.Ia beralih menjadi status quo utk hadapi kekalahan besar PRU-13.semua bajet nak jadi warganegara ostalia.Lihat shj Menteri wanita MCA Ng Yen Yen,dia dah lama ada PR ostalia.Dia pk panjang maa.Cerdik wanita cina ni.Itu sebab Najib dan Bn sanggup jatuh air muka utk melepaskan yb manoharan dari ISA utk elak PRK krn isu status quo ni lah.

Satu-satunya kecerdikan Najib ialah playsafe.Sejak dia jadi mb pahang smpi skrang dia playsafe.Dan dia cerdik lepaskan manoharan.Dia dapat maintain status quo.Disamping dia sdg menangguk air keruh ttg perbalahan erdogan-ulamak dalam PAS.Kemuskilan berlaku,Utusan menjadi pro ulamak dalam PAS.Suka diingatkan,Utusan adalah versi Harakah untuk umno.Memang paper umno pun.

Gagasan kita ialah menambahkan tekanan kpd BN dan najib dgn mengadakan mana-mana PRK dgn harapan semua tahanan ISA dilepaskan tanpa syarat.Paling tidak pun dibicarakan dimana-mana mahkamah di dalam persekutuan Malaysia.Najib tak mahu PRK utk kekalkan status quo dgn harapan di masa depan dia dapat pecahbelahkan PR,tapi kita nak ugut dia adakan PRK sebagai galang ganti kerana tidak membebaskan tahanan ISA.Ia seolah2 kita menggeletak atau mencucuk pinggang najib tanpa ia mengenali sapa yg mencucuknya.Najib cuma dapat menoleh ke kanan mencari siapa mencucuknya lalu menjerit,"Don't poke me laah".Pandang ke kiri mencari lagi tangan-tangan sembunyi yg baru menggelikannya dipinggang kiri lalu berkata perlahan,"Pliss don't poke me laaah".Lalu menangis.

Untuk menghilangkan kegeletekn dari kita,Najib akan memilih untuk maintain status quo lalu membebaskan the remaining detainees.Insya allah.Inilah timing yang cantik utk kita mulakan gagasan kami.Mari sokong kami.Pliss rasailah penderitaan keluarga tahanan ISA.

Untuk soklan 2,maaf kekandaku lelaki_ini.Saya tak tahu ttg undang2.YAng saya tahu,mana2 yb boleh letak jawatan dan boleh lompat parti.benda tu jelas.lagi satu SPR tidak mempunyai kuasa pape.Ia cuma organ pelaksana.Perlaksanaannya pula tertakluk pada undang2.SPR tak boleh buat undang2 sendiri.Ia cuma boleh tambah dan kurangkan peraturan kecil dalam rangka misinya utk melaksanakan peranannya sbg suruhanjaya pilihanraya msia.Tak lebih ,tak kurang.Cuma sedikit janggal bila SPR boleh ada kuasa menolak order dari Sivakumar speaker Perak utk mengadakan 3 PRK utk adun lompat.Tanpa argue 'niat malafide' terhadap surat2 perletakkan jawatan sbg adun bagi ketiga2 mereka itu,SPR wajib patuh kpd Speaker.Speaker adalah ketua bagi House of Lord.SPR kena patuh sebab dia organ pelaksana shj sifatnya.Mmg pelik.

Yang pasal boleh bawa 5000 penyokong semasa hari penamaan calon,itu mmg bidang kuasa SPR.Isu tu kita tak boleh nak argue.Dia nak memudahkan kerja dia utk melaksanakan visinya.Cuma tak logik bagi kitalah.

Islam4all

May 11, 2009 8:56 PM



2 kerusi dicaturkan. (4)

Oleh : AdukaTaruna

Isunya ialah ugutan. Jika tahanan ISA sekian nama tidak dibebaskan, saya, ADUN sekian / AP sekian, akan meletak jawatan, dan menjadikan pilihanraya itu sebagai pungutan suara rakyat terhadap Najib.

Kes yang sama Zaid Ibrahim ugut Paklah kerana gunakan ISA. Cuma bezanya Zaid letak jawatan tiada pungutan suara rakyat yang dapat dibuktikan. Paklah pun tak takut. Keadaan terkini, dan sementara tidak berubah ini, Najib disahkan takut terhadap pungutan suara rakyat.

Pembebasan tahanan ISA bukan kerana PRK, tetapi ekonomi.

ISA tidak ada kena-mengena dengan ekonomi bagi BN. Ketika zaman Mahathir, ISA berleluasa, dan ekonomi agak rancak. Kalau kesungguhan Najib nak tarik kepercayaan pelabur, mengapa tidak diselesaikan pergolakan Perak, dengan menyokong pembubaran DUN?

Jadi, gua percaya Najib takut terhadap pungutan suara rakyat terhadap kepimpinannya. Ianya boleh memusnahkan kerjayanya sebagai PM PRU13 kalau gelombang pungutan suara itu berterusan. Dan ianya juga boleh menyebabkan UMNO sendiri mempertikaikan kewibawaannya.

Percaturan BN-Najib.

Mari berfikir secara Najib. Kalau PAS/PKR menyahut seruan ini. Sudah pasti Najib akan memainkan isu pembaziran. Isu suka-suka letak jawatan. Pada gua, jika Penanti, isu pembaziran, suka-suka letak jawatan relevan, walau PKR tetap akan menang. Kerana Penanti sudah mengalami 2 pilihanraya terdekat sebelum ini.

Tetapi, jika PAS/PKR menyediakan kerusi jihad yang sesuai, isu pembaziran dan suka-suki letak jawatan tidak relevan. PRK bermakna jalan tar baru, bermakna ekonomi setempat meriah, etc.

Motif PRK juga kuat. Sentimen anti BN juga kuat. untuk sementara inilah. Ketakutan Najib terhadap kekalahan juga kuat.

Seandainya Najib melakukan propaganda media atau peristiwa yang menunjukkan ISA itu wajib ada, maka, Najib telah tersilap langkah apabila membebaskan tahanan ISA dan mengumumkan mengkaji ISA di awal sumpahnya sebagai PM.

Dan mustahil Najib mahu dilihat flip-flop kerana baru sahaja membebaskan Hindraf yang dikaitkan dengan Pembebasan Harimau Tamil Eelam, dan dibenci UMNO itu. Kanan salah, kiri pun salah.

1. Kalau Najib takut dan sedaya upaya mengalihkan alasan takut kepada membuktikan Najib 'ada telinga' mendengar suara rakyat, PAS/PKR mendapat 3 keuntungan.

  • Imej yang superb ikhlas kepada rakyat.
  • Imej cerdik.
  • Kebebasan / kebahagian satu-dua keluarga.
  • Media dunia kecoh melaporkan pilihanraya ugutan membebaskan mangsa ISA.
2. Kalau Najib terpaksa PRK juga, di kerusi PAS/PKR sudah kaji kompom menang (selain Kelantan), tetap terdapat keuntungan.

  • Imej superb ikhlas kepada rakyat.
  • Imej cerdik.
  • Keluarga mangsa tidak berasa keeorangan. Satu Malaysia bersamanya.
  • Media dunia kecoh melaporkan pilihanraya ugutan membebaskan mangsa ISA.
  • Menghancurkan lagi imej Najib (menang)
  • Meningkatkan lagi gelombang rakyat (menang)
Untuk semua ini, sanggupkah Najib berhadapan dengan PRK atau terpaksa membebaskan mereka? Kiri menang, kanan pun menang. Bijaklah berpolitik wahai orang Melayu.

MARI DESAK PAS UNTUK CERDIK!




Wajah2 ceria kerana cerdik.




Bagaimana dengan muslim kita? Wajah2 sayu isteri dan anak mereka? Sampai bila kita harus barada dalam kepompong kebodohan berpolitik ala Melayu?

MARI DESAK PAS UNTUK CERDIK!

Hakikat dan Tindakan

RUJUKAN: Hakikat Dan Tindakan
By: Bro Xenan

Menerima Hakikat


"Aku dah tak percaya kepada sistem..kerana sistem itu telah dirogol dan perkosa oleh Umno dan Barisan Nasional. Bukan setakat UBN…cabang eksekutif juga bertindak menjadi perogol dan peliwat sistem. Dan aku juga sudah tidak mengharapkan cabang kehakiman dapat bertindak secara rasional. Kerana kehakiman juga telah dirogol dan diperkosa oleh UBN"

Kebelakangan ini suara kekecewaan pada Malaysia makin kedengaran.Bertambah dengan krisis di Perak dan rentetan peristiwa membawa pertanyaan pada rakyat "Adakah Malaysia menuju kepada "a failed state"?. Sila lah jawab sendiri berdasarkan fakta2 yg ada sekarang.Mohon jgn jawab dengan keinginan dan nafsu anda walaupon nafsu berbaik sangka sekalipon.

PRU13

Ada juga yang menjawab " Tunggu la PRU13 nanti.Rakyat akan membalas".Persoalanannya,

1.Benarkah pada PRU13 PR akan membentuk Kerajaan?

Harapan :
PRU13 akan berjalan dengan adil.
1. Kita akan tuntut penggunaan dakwat jari.
2. Kita tuntut penghapusan undi pos.
3. dll tuntutan yg rata2 dah berumur lebih dari 20 tahun.
Dengan kuasa rakyat, kerajaan PR akan dapat membentuk Kerajaan.

Hakikat :
1. Dakwat jari telah pon diisytihar akan diguna pd PRU12 tetapi di mansuh pada saat2 akhir dengan alasan kelakar.
2. Dah 50 tahun pilihanraya, undi pos tak pernah dimansuh.
3. Kerajaan BN wajib akan membuat persempadanan baru pilihanraya untuk memecah2kan sokongan rakyat.Telah pon dibuat pada PRU11.
4. Rampasan kuasa di Perak membuktikan UBN akan melakukan apa sahaja demi memenangi PRU13 nanti.Tiada halal haram dalam kamus UBN

Masih percaya PR akan menang?Menang PRK mungkin boleh tetapi menang PRU13 bolehkah?

Paling penting bagaimanakah adun PR mampu membela nasib anda dalam situasi sekarang, tambahan di negeri2 bukan pakatan?Sila perhati perkataan "situasi sekarang" supaya tidak salah faham.

Masih mahukah kita menunggu PRU13 untuk bertindak?

Berita Ajaib

Di kala begitu banyak keburukan UBN dilakukan, muncul pula tindakan ajaib dari UBN.Sila turuti berita ini

3/5/09 Kota Alam Shah assemblyman M. Manoharan will decide whether he will quit after meeting party chairman Karpal Singh on May 19.

Reaksi UBN

6/5/09 "Saya tidak ikut ugutan, dia ditahan di bawah ISA atas sebab-sebab tertentu, kerana pilihan raya kecil nak bebaskan dia, (ugutan itu) tak makan dengan Menteri Dalam Negeri sekarang, pertimbangan saya ialah asas-asas yang telah pun dibina selama ini perlu dihormati," katanya

Tetapi hasilnya,

9/5/09 Tiga baki pemimpin Hindraf yang dibebaskan ialah K. Vasantha Kumar, 36, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan, 48, penasihat undang-undang pertubuhan itu, P. Uthayakumar, 47.


Adakah manoharan sudah didapati tidak berbahaya? Atau dibebaskan kerana takutkan pilihanraya? Ini kah yg dinamakan tektik tawar menawar dr rakyat kepada UBN?Taktik yg dicari2 selama ini?

Sila lah nilaikan sendiri.


Tahanan ISA yg lain

Siapa pula yang nak membela nasib tahanan yang lain.Manoharan mungkin bertuah punyai kerusi Adun untuk diugut-ugut.Bagaimana kah dengan yang lain?Mungkin kah PAS/PKR boleh mengorbankan kerusi adun untuk mengugut2 bagi pembebasan tahanan2 ini?

Masih mahukah kita menunggu PRU13 untuk bertindak?

Sekali lagi, sila jawab berdasarkan fakta dan rekod..bukan harapan.

Kalau sudah menjawab mohon masuk ke sini untuk beri pandangan.

Xenan

Sunday, May 10, 2009

http://bebaskanmereka.blogspot.com/

Laman web di atas di bangunkan atas kesedaran bahawa terdapat tahanan ISA melayu muslim yang meringkuk di kamunting lebih dari 6 tahun.Tujuan laman web ini juga diwujudkan sebagai desakan kepada Pakatan Rakyat[PR] untuk menyediakan 2 kerusi sebagai permulaan untuk dileburkan demi tahanan ISA yang kini sedang menderita.

Mungkin bagi sesetengah orang ini ide gila,tetapi tidak bagi kami.Dengan senario politik semasa yang menekan ulil amri DS Najib,inilah masa dan ketikanya kita mendesak Najib membebaskan tahanan ISA tanpa syarat.Jika tidak akan berlaku lagi pilihanraya kecil di mana kekalahan di pihak parti ulil amri di dalam pilihanraya kecil[PRK] itu nanti bakal menjatuhkan imej Najib dan parti pemerintah.Ini dapat dibuktikan bahawa BN masih berteka-teki di Penanti dan pembebasan Manoharan untuk elak PRK di DUN Kota Alam Shah.Pembebasan 13 orang tahanan ISA baru-baru ini dilihatkan sebagai bermotifkan serampang 2 mata.Satu kerana gambar Speaker DUN Perak A.Sivakumar diseret keluar DUN dan Kedua ,untuk elak PRK di Kota Alam Shah.

DS Najib tahu,kekalahan mana-mana PRK akan menggelapkan masa depannya sebagai ulil amri malizia.Kalah PRK bererti rakyat malizia keseluruhannya menolaknya sebagai ulil amri malizia.Maka 2 kerusi ugutan ini penting bagi pembebasan tahanan melayu muslim yang amat lama meringkuk di Kamunting.Mari kita pejamkan mata,bayangkan penderitaan isteri dan anak-anak tahanan terbabit. Ada anak yang dari lahir tidak mengenali ayah sendiri.Ada anak tahanan,yang ayah dapat mengusap dan membelai manja wajah anak kesayangannya sejurus sebelum dikafankan.Mana pergi kemanusian!!! Tandatangani petition yang disediakan kami sebagai tanda sokongan dan desakan kepada Pakatan Rakyat untuk menyediakan sekurang-kurangnya 2 kerusi jihad sebagai tekanan kepada kerajaan DS Najib bagi pembebasan tahanan melayu muslim.

Jika HINDRAF Hindu boleh,mengapa melayu muslim tidak boleh?tunjukkan tekanan saudara-saudara sekalian terhadap ulil amri muslim kita DS Najib dengan tandatangai petition kami.Sepatutnya dia lepaskan tahanan melayu muslim dulu sebab merekalah yang paling lama meringkuk dan ditahan.Tunjukkan bahawa kita masih ada nilai manusiawi dalam diri melayu muslim dengan menandatangani petition kami.Lawat dan sebarluaskan laman web kami http://bebaskanmereka.blogspot.com/
Dilaman web kami juga punyai link untuk menandatangai petition yang dimaksudkan.

Terima kasih kerana sudi melawat web kami dan menandatangani petition kami.Semoga usaha kecil kami dan saudara-saudara sekalian mendapat pengiktirafan langit dan memberi tekanan besar kepada kerajaan yang dipimpin oleh DS Najib untuk membebaskan tahanan ISA melayu muslim ,insya allah. Semoga Rahmat Allah S.W.T ke atas kita semua.

Terima kasih sekali lagi.
IUS

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=147051&ez=2%20target=_top

artikel ini dipetik tanpa edit dari www.al-ahkam.net


Desak PAS / PKR sediakan 2 penjihad kerusi.

Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Jangan malu belajar dari sesiapa. Terbaru, kita telah mendapat satu pelajaran berguna dari DAP. Mereka telah berjaya membebaskan bukan sahaja ahli mereka dari ISA, tetapi 13 orang semuanya. Tahniah.

Keadaan sekarang kritikal. Peluang hanya sekali. Lewat bermakna rugi. Ini sahaja peluang kita membantu seorang isteri yang sensara 6 tahun, digantung tidak bertali. Anak yang dari lahir tidak mengenali ayah sendiri. Tomahan dan maruah keluarga yang diinjak-injak. Kita tidak rasa penderitaan seorang ibu dan anak kecil. Cukup-cukuplah penderitaan mereka.

Kita tidak boleh mengharapkan Barisan Rakyat serius mengambil segala kesempatan kelemahan BN untuk membantu kita. Mereka terlalu sibuk dengan politik.


Apa yang boleh kita buat?

Kita bersatu dalam satu kumpulan pendesak. Turunkan sokongan di thread ini dan sign petition yang dikemukakan.

1. http://www.petitiononline.com/mujahid/petition.html

Kita akan keluar dari alam maya bersama-sama menyerahkan memorandum dan petition itu kepada 2 pejabat. Satu pejabat PAS dan satu lagi pejabat PKR.

Kita mendesak, kedua-dua parti menyediakan satu kerusi ‘ugutan’ untuk satu tahanan ISA yang belum dibebaskan. Jika 2, maka 2 kerusi ‘ugutan’ untuk 2 tahanan ISA.


Siapa tahanan yang dimaksudkan?


http://lailagmi.blogspot.com/

Gambar 2 dari kanan adalah bapa kepada anak dan suami kepada isteri yang tidak mendapat perbicaraan. Tidak dituduh salah di mahkamah. Ditahan hanya berdasarkan persepsi pemerintah. Sudah mencecah 6 tahun. Dapatkah anda membayangkan penderitaan mereka?

Jadi, PAS atau PKR perlu menyediakan 2 penjihad kerusi untuk kita sebagai rakyat. Kita desak mereka kerana mereka berjuang untuk kita, BUKAN kita berjuang untuk mereka. Najib sekarang sangat takut kepada fenomena rakyat menolaknya. Bayang-bayang peralihan kuasa Paklah kepada Najib menghantui kemungkinan ada desakan peralihan kuasa Muhyiddin kepada dia pula.


2 penjihad kerusi.

1. 2 penjihad kerusi hendaklah terletak di negeri selain Kelantan. Kerana kerusi Kelantan tidak mempunyai momentum yang kuat terhadap penolakan Najib. Kelantan sudah lama menolak BN.

2. 2 penjihad kerusi hendaklah bersedia menerima risiko tidak boleh bertanding PRU13 kerana larangan 5 tahun.


Penutup.

Wa akan menjawab soalan dari thread ini secara terkumpul. Kita tidak boleh lewat sehingga peluang ini berlalu. Tamatkanlah penderitaan mereka. Mereka adalah kelompok kita. Kelompok rakyat yang menjadi mangsa permainan politik orang politik.

Sekali lagi ditegaskan. Kita perlu tahu dan gigit. Ahli politik menjadi ahli politik kerana kita (rakyat). Mereka perlu berjuang kerana kita. Bukan kita yang berjuang kerana mereka.

Turunkan sokongan anda!

1. Di thread ini
Kita akan serahkan desakan ini secara bersama nanti. Tarikh akan dibincang dalam thread ini.

2. Petition.
http://www.petitiononline.com/mujahid/petition.html


3. Blog khas misi ini.
http://bebaskanmereka.blogspot.com

Antara Kamunting dan Guantanamo Bay


Source: Amnesty

Terdiam seketika.

Sejarah memutarkan skripnya dengan lakonan kaum-kaum yang bersilih ganti. Tetapi dek kerana segalanya datang dari akal, hati dan nafsu makhluk yang sama bernama manusia, perbezaan zaman tidak membezakan kelakuan.

Hati saya terasa pedih semasa mengulas kisah Yusuf ‘alayhi al-Salam, tatkala tiba ke tafsiran ayat ke-35.

Kemudian timbullah fikiran bagi suami perempuan itu, serta orang-orangnya hendak memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak tanda-tanda (yang menghendaki supaya Yusuf dijauhkan) hingga ke suatu masa. [Yusuf 12: 35]

Biar pun telah nyata segala pembuktian, bahawa segala kejadian berpunca dari isteri al-’Aziz dan wanita bangsawan yang bersama, Yusuf jua yang akhirnya dihumban ke penjara. Bahkan Yusuf lebih merelakan dirinya untuk dipenjara bersama kesucian prinsip berbanding hidup bebas tetapi memikul kekotoran nafsu wanita-wanita kelas tinggi itu.

Segalanya ditunjukkan Allah… suami yang menjadi Menteri Utama, bacul dan dayus hingga tiada upaya mengawal kelakuan isteri. Nafsunya pula disokong oleh ‘datin-datin’ yang ber’makar’ untuk menundukkan Yusuf kepada kehendak mereka… segalanya adalah skrip yang sama. Kejelekan golongan bangsawan di sepanjang zaman, hingga akhirnya Yusuf dan figura seperti baginda itu jua yang menelan padah.

Bukanlah penjara itu kemuncak segala derita. Sakitnya hukuman itu ialah pada dua realiti yang ada:

  1. Yusuf tidak bersalah
  2. Pemenjaraannya tanpa had masa.

Dipenjara tanpa kesalahan adalah suatu kezaliman. Ia jadi lebih zalim apabila tiada perbicaraan sempurna yang dijalankan. Pensabitan hanya atas budi bicara manusia pemegang cemeti lagak al-’Aziz dalam kisah Yusuf. Dan segala kezaliman itu disempurnakan dengan hukuman tanpa had masa.

Tatkala Allah SWT mengungkapkan di dalam ayat itu, bahawa hukuman tahanan ke atas Yusuf adalah ‘hingga ke suatu masa’, saya tidak dapat lari dari tersungkur di hadapan segala keperitan yang ditanggung oleh tahanan ISA di negara kita. Yusuf dan mereka yang terkurung atas nama ISA, bukan dipenjara tetapi mereka ditahan. Ia bukan hukuman, tetapi suatu bentuk penyeksaan.

Masakan tidak?

Ditahan tanpa bicara.

Ditahan tanpa had masa.

Biar pun pemenjaraan berlangsung dengan ketetapan 30 tahun, sekurang-kurangnya 30 tahun itu boleh dihitung. Setiap satu hari berlalu, memendekkan tempoh 30 tahun yang telah ditentu. Tetapi tatkala penahanan berlaku tanpa had masa, ia membunuh segala harapan.

Tanpa harapan tiada kekuatan.

Tanpa kekuatan, manusia mati sebelum mati.


Al-Marhumah Aina Mardiah Shahrial [sumber: Harakahdaily]

Perasaan saya yang sungguh berkecamuk tatkala menelaah Surah Yusuf ditimpa lagi oleh rasa sedih, marah, panas dan membara tatkala menatap pemergian al-marhumah Aina Mardiah Shahrial yang kembali ke Rahmatullah semalam (3 Julai 2008). Anak gadis ini koma di Hospital Kajang selepas terjatuh di rumahnya.

Sungguh memilukan, Aina Mardiah sudah sejak sekian lama tidak menatap wajah ayahnya, Shahrial Sirin yang ditahan di Kem Kamunting sejak 7 tahun lalu! Beliau kembali kepada Allah dalam kerinduan. Membesar tanpa ayah, yang ditahan, bukan dipenjarakan.

Usaha Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (ISA) untuk mendapatkan pelepasan Shahrial Sirin berdepan dengan birokrasi Napoleonik yang sungguh luar biasa. Shahrial akhirnya tiba di rumah pada jam 9 malam dan hanya dibenarkan oleh pihak polis bersama jenazah anaknya serta ahli keluarga yang lain selama satu jam!

Sesungguhnya setiap titis air mata yang mengiringi pemergian adik Aina Mardiah Shahrial, adalah minyak yang menyalakan kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla terhadap kezaliman yang sudah menjadi pakaian al-’Aziz dan regimnya.

Demi Allah, saya tidak dapat melihat di manakah bezanya antara regim yang mempertahankan kem Guantanamo Bay dan kem ISA Kamunting di negara kita. Jika al-’Aziz dan empayar Mesir serta sekalian yang mengikut jejak kezaliman mereka tumbang di dalam sejarah, mengapa harus kezaliman hari ini, rasa aman dan terkecuali dari hukuman-Nya?

Saya tidak berpendapat bahawa kezaliman ini terbit dari apa-apa ideologi yang menjadi pegangan kuasa yang memerintah. Sama ada kezaliman itu datang dari kelakuan seorang yang ‘muslim’ atau pun ‘kristian’, hakikatnya ia hanyalah kehendak hawa nafsu manusia durjana yang sanggup melakukan apa sahaja demi survival dan kelangsungan kuasa mereka.

Dari Abi Dzar al-Ghifari –semoga Allah meredhainya- dari Nabi saw., menyampaikan apa yang diterimanya dari Rabbnya, bersabda, “Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas diri-Ku dan Aku menjadikannya haram di antara kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi.” (H.R. Muslim)

Semoga kematian yang menimpa adik Aina Mardiah menjadi kerehatan buat diri al-marhumah daripada kepenatan dunianya yang penuh kesedihan dan penindasan itu.

Kepada pembaca budiman yang sedia menyumbang, silakan hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

biodata penulis boleh dilawat di http://saifulislam.com/?page_id=2

penulis juga adalah tokoh yang selalu diundang khas ke segmen-segman tv astro dan tempatan.