Sunday, May 10, 2009

Desak PAS / PKR sediakan 2 penjihad kerusi.

Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Jangan malu belajar dari sesiapa. Terbaru, kita telah mendapat satu pelajaran berguna dari DAP. Mereka telah berjaya membebaskan bukan sahaja ahli mereka dari ISA, tetapi 13 orang semuanya. Tahniah.

Keadaan sekarang kritikal. Peluang hanya sekali. Lewat bermakna rugi. Ini sahaja peluang kita membantu seorang isteri yang sensara 6 tahun, digantung tidak bertali. Anak yang dari lahir tidak mengenali ayah sendiri. Tomahan dan maruah keluarga yang diinjak-injak. Kita tidak rasa penderitaan seorang ibu dan anak kecil. Cukup-cukuplah penderitaan mereka.

Kita tidak boleh mengharapkan Barisan Rakyat serius mengambil segala kesempatan kelemahan BN untuk membantu kita. Mereka terlalu sibuk dengan politik.


Apa yang boleh kita buat?

Kita bersatu dalam satu kumpulan pendesak. Turunkan sokongan di thread ini dan sign petition yang dikemukakan.

1. http://www.petitiononline.com/mujahid/petition.html

Kita akan keluar dari alam maya bersama-sama menyerahkan memorandum dan petition itu kepada 2 pejabat. Satu pejabat PAS dan satu lagi pejabat PKR.

Kita mendesak, kedua-dua parti menyediakan satu kerusi ‘ugutan’ untuk satu tahanan ISA yang belum dibebaskan. Jika 2, maka 2 kerusi ‘ugutan’ untuk 2 tahanan ISA.


Siapa tahanan yang dimaksudkan?


http://lailagmi.blogspot.com/

Gambar 2 dari kanan adalah bapa kepada anak dan suami kepada isteri yang tidak mendapat perbicaraan. Tidak dituduh salah di mahkamah. Ditahan hanya berdasarkan persepsi pemerintah. Sudah mencecah 6 tahun. Dapatkah anda membayangkan penderitaan mereka?

Jadi, PAS atau PKR perlu menyediakan 2 penjihad kerusi untuk kita sebagai rakyat. Kita desak mereka kerana mereka berjuang untuk kita, BUKAN kita berjuang untuk mereka. Najib sekarang sangat takut kepada fenomena rakyat menolaknya. Bayang-bayang peralihan kuasa Paklah kepada Najib menghantui kemungkinan ada desakan peralihan kuasa Muhyiddin kepada dia pula.


2 penjihad kerusi.

1. 2 penjihad kerusi hendaklah terletak di negeri selain Kelantan. Kerana kerusi Kelantan tidak mempunyai momentum yang kuat terhadap penolakan Najib. Kelantan sudah lama menolak BN.

2. 2 penjihad kerusi hendaklah bersedia menerima risiko tidak boleh bertanding PRU13 kerana larangan 5 tahun.


Penutup.

Wa akan menjawab soalan dari thread ini secara terkumpul. Kita tidak boleh lewat sehingga peluang ini berlalu. Tamatkanlah penderitaan mereka. Mereka adalah kelompok kita. Kelompok rakyat yang menjadi mangsa permainan politik orang politik.

Sekali lagi ditegaskan. Kita perlu tahu dan gigit. Ahli politik menjadi ahli politik kerana kita (rakyat). Mereka perlu berjuang kerana kita. Bukan kita yang berjuang kerana mereka.

Turunkan sokongan anda!

1. Di thread ini
Kita akan serahkan desakan ini secara bersama nanti. Tarikh akan dibincang dalam thread ini.

2. Petition.
http://www.petitiononline.com/mujahid/petition.html


3. Blog khas misi ini.
http://bebaskanmereka.blogspot.com

4 comments:

Isa said...

Salam,

Aku dah link blog dan publishkan kempen ini dalam ruang pengumuman kat blog aku.

War-warkan pada umum... Takbir...

Ahmad Isa Mahmud. (Isa)
http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/

Evelyn said...

Trima kasih atas sokongan anda bro..
Teruskan perjuangan!

Justice for all..

Ampun Tuanku said...

kalau desak semua ahli parlimen pakatan rakyat derma elaun dan pendapatan sebulan gaji kepada "tabung Isteri dan anak anak tahan ISA lagi baik dari desak letak jawatan. dapat hilangkan sedikit derita. tak releven langsung

Evelyn said...

I hormat ur opinion, tho i might add, that is mighty stupid of you to think that money could replace love of a father.

Ini bukan soal duit. Ini soal keadilan lah bro. You think anak isteri itu rela dapat duit daripada tgk suami atau anak2 mereka bebas. Have a little sympathy and empathy.

Thanks for visiting. Cheers