Minggu lalu najib berjaya menyekat prk di dun kota alam shah dengan membebaskan yb manoharan dari tahanan ISA.Kini najib sekali lagi menghalang prk untuk negari Perak.
Wow!!!bertapa takutnya najib dengan prk.Lihat banyak pihak yang mendesaknya untuk mengadakan prk untuk Perak.Kali ini bukan Ngo dan Pakatan Rakyat(PR).Tapi parti komponen BN sendiri MCA dan Gerakan,Negarawan Tengku Razaleigh,badan berkanun kerajaan sendiri iaitu SUHAKAM. Najib langsung tak mengendahkan mereka semua.
Situasi terkini di Perak membuat rakyat semakin benci dengan najib.Keadaan krisis yang melanda ekonomi dunia semakin meleset.Rakyat semakin tersepit.Dalam keadaan terjepit begini,najib berfikir di luar kotak lalu keluar dari mentaliti playsafenya dengan mengumumkan bahawa harga pertrol akan naik lagi dalam tempoh 4 bulan lagi melalu sabri.Inilah julung kalinya Perdana Menteri(PM) Malaysia yang baru ini menaikkan harga petrol.
Apa muslihat najib?Rakyat mengamuk setiap kali harga petrol naik.Tidak kira berapa sen sekali pun.70 sen,30 sen,20 sen, peduli apa.Ia tetap naik.Rakyat tidak peduli RON 95,RON 97 hatta RON 295 sekalipun.Apa yang rakyat peduli,petrol naik berkadar terus dengan harga barang keperluan seperti susu,roti canai,gula,minyak dan sebagainya yang melambung berkali ganda.Petrol turun,haraga barang keperluan takkan turun.This is definitely very wrong equation.But it's happened every time when petrol price hike.Lihat u tube poll NTV 7 di atas pada saat ke 57.Seratus peratus menolak harga petrol naik.Hamba rakyat akan terus tertekan.Gila jika mereka mengundi BN dalam mana-mana prk.Lihat gambar di bawah.
SEBAHAGIAN daripada pencari kerja termasuk lepasan universiti, lepasan sekolah dan penganggur yang menghadiri temuduga terbuka Kementerian Pelajaran Malaysia hari ini, yang ditawarkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi. Difahamkan, kira-kira 8,000 menghadiri sesi temuduga yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 18 (1), Putrajaya dan kebanyakan mereka datang seawal jam 5 pagi lagi. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor.ehsan berita harian online.
Kita tak tahu apa muslihat najib menaikkan harga petrol lagi 4 bulan dalam keadaan rakyat merana kerana kebanyakan mereka tidak bekerja dan tidak berduit.Tapi yang kita tahu najib sedaya upaya mengekalkan status quo.Buktinya,najib elak prk di dun kota alam shah dan negeri Perak.Jika berlaku prk,najib tahu dia kalah seperti di bukit gantang dan bukit selambau.Dengan harga petrol naik tak lama lagi,najib kalah teruk triple time.Najib tahu fenomena ini,kerana implikasinya akan membawa BN menjadi oposisi buat pertama kalinya selepas PRU-13.
Jadi ini bukan masa yang sesuai untuk mana-mana prk buat najib.Semalam adalah hari yang muram bagi Umno walaupun ia sedang merayakan harijadinya ke-63.Najib tahu imejnya makin merosot.Dia perlu pertahankan status quo ini.Waktu dalam status quo ini penting buat najib untuk pecahbelahkan Pakatan rakyat sebelum PRU-13,bermula dengan muktamar Parti PAS bulan 6 ini.Barang diingat,najib mesti menang besar dalam PRU-13 supaya imejnya sebagai Perdana Menteri Malaysia kembali pulih setelah hebat dikritik media antarabangsa kerana kes altantuya dan kapal selam scorpene.
Masa yang tak sesuai bagi najib mengadakan prk sebenarnya adalah masa yang paling sesuai kita mengugut najib dengan mengadakan prk untuk melepaskan tahanan ISA yang masih bermukim di Kamunting.Inilah masanya.Now or never.Ini juga masa yang sesuai bagi mana-mana adun atau ahli parlimen pakatan rakyat yang ikhlas mencurahkan bakti untuk meleburkan kerusi mereka bagi diadakan prk untuk pembebasan tahanan ISA yang tinggal.Inilah masanya.Mari tandatangani petisyen yang disediakan kami bagi menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi untuk membebaskan tahanan ISA.Mari.
Petisyen Kami
*prk=pilihanraya kecil.
IUS
Kerajaan dan Sekolah: Dari Era ‘Laissez Faire’ ke Sentralisasi
-
Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat dan
memastikan kesinambungan pembangunan sebuah negara. Namun, cara pendidikan
diurus dan d...
12 hours ago
No comments:
Post a Comment