Quote:
"ISA tu baru 1% dari segala perjuangan....sedangkan 99% lagi perjuangan masih berbaki...tak kan sebab 1% dah nak ugut letak jawatan?.....apakah mereka dilantik jadi ADUN dan MP semata-mata untuk ISA?....ini khianat kepada kepercayaan rakyat la cam nie...orang undi bukan sebab ISA ooiiii...sebab nak suruh bela rakyat...ISA tu baru 1% je dari segakla perjuangan membela nasib rakyat.....berpijak la di bumi nyata dan jangan buat keputusan mengecewakan rakyat oooiiii..."
AdukaTaruna menjawab:
Memang benar ISA hanya 1% dari perjuangan. Tapi, ini teknik tawar-menawar. Dalam peperangan memerdekakan negara, perlu dapatkan persen demi persen. Ini seni peperangan. Kita lihat bagaimana bangsa cerdik berperang. Israel menakluk Palestine persen demi persen. British menakluk Tanah Melayu persen demi persen.
Tak pernah pulak bangsa cerdik Inggeris membantah penaklukan Melaka kerana Melaka hanyalah 1% daripada Tanah Melayu. Tidak pernah pula bangsa cerdik Belanda membantah penaklukan orang2 besar istana Melayu kerana itu hanyalah 1% dari motif penaklukan Melaka.
Bila kita dapat sekat ISA, bayangkan betapa besarnya laluan dan peluang kita untuk terus gandakan asakan. Seni peperangan tu rumit dan luas. Kita tidak meminta seluruh ADUN / AP meletak jawatan. Hanya 2 ditempat yang sesuai.
Semua ini teknik dan seni peperangan. Peluang sekarang terbuka dan terbukti oleh DAP.
No comments:
Post a Comment