Wednesday, May 27, 2009

Ibu Tahanan ISA Meninggal Dunia

Penantian seorang ibu selama lapan tahun yang ingin melihat anak yang amat di kasihinya bebas dari pada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri , tidak kesampaian apabila beliau menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi.

Allahyarhamah Sauda Abdul merupakan ibu kepada tahanan ISA Mat Sah Mohamed Satry yang di tahan di Pusat Tahanan Kamunting, Taiping sejak 2001.

Ibu berusia 71 tahun itu meninggal dunia akibat sakit tua di rumanya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Menurut suami beliau kali terakhir allahyarhamah bertemu Mat Sah adalah pada Ahad lepas setelah beliau dibenarkan pulang buat seketika untuk bertemu ibunya yang sakit tenat.

"Pertemuan antara ibu dan anaknya itu berlangsung dalam suasana yang gembira dan beliau tidak mengetahui apa perbualan mereka tetapi beliau sempat mendengar isterinya bertanya bilakah agaknya anaknya itu akan kembali ke pangkuan keluarga seperti dulu,” kata beliau.

Mat Sah tiba jam 3.00 petang dengan di iringi kawalan ketat lapan anggota polis yang berpakaian preman.

Beliau ditahan tanpa bicara di bawah ISA kerana dituduh terlibat dalam kegiatan kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah.

Pertemuan antara anak dan ibu berlangsung dalam suasana yang cukup pilu apabila Mat Sah diberi peluang menatapi dan mengucup wajah ibunya buat kali terakhir.

Bapa Mat Sah merayu pihak kerajaan mentimbangkan pembebasan anaknya kerana sudah terlalu lama beliau di tahan tanpa sebab yang munasabah.

“Saya juga amat berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan hukuman pada anaknya kerana setahu beliau, anaknya tidak pernah melakukan apa-apa perkara yang boleh menggugat keselamatan negara,” kata Mohamed Satry.

Antara yang sempat menziarahi jenazah Sauda ialah Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo’lo’ Ghazali dan Ketua Muslimat PAS Pusat Ustazah Nuridah Salleh .


Sumber

No comments: