Rujukan: 2 Kerusi Dicaturkan (2)
Najib hanya takut Cina dan India.
ADa yang memberi pandangan, tahanan ISA Melayu tidak dibebaskan kerana Melayu masih menyokong UMNO. Tetapi Najib (UMNO) hanya takut Cina dan India.
Pada gua, kerana parti lawan UMNO, PAS, tidak bergerak seefektif Cina dan India. Sebab, UMNO tahu, walau apa pun UMNO buat terhadap Melayu, PAS tidak mampu menyampaikan kepada Melayu.
1. UMNO ISAkan pejuang Melayu, PAS hanya bercakap di ceramah. Hadirin hanya ahli totok.
2. UMNO roboh kampung Melayu, PAS hanya menulis di Harakah. Pembeli hanya ahli totok.
Kalau PAS berbangsa cerdik, persempadanan semula itu adalah satu senjata. Keadaan semasa juga adalah satu senjata.
Kalau PAS menggugut kerusinya demi tahanan ISA muslim, di sinilah cerdiknya PAS menggunakan situasi pengundi Cina dan India yang tidak menyokong BN untuk keadilan tahanan muslim itu.
Kalau kita cerdik dan laju, apa sahaja yang berguna dalah senjata yang perlu dimanfaatkan segera, sebelum peluang itu berlalu begitu sahaja. Tapi sebab PAS berbangsa majority Melayu, maka UMNO tidak takut. Sudah 50 tahun lebih begini.
Perbezaan kes Penanti.
Perletakan jawatan Penanti adalah hal peribadi, bukan hal rakyat. Ia tiada kena-mengena. Penanti punya isu kacau-bilau. Sambung study kata PKR negeri, jasa dan prestasi hebat kata Anwar, disabotaj dan akan saman kata Fairuz sendiri.
Tetapi, dalam kes ugutan ini, ini semua untuk rakyat. Seni tawar-menawar dalam peperangan. Walau Georgia bukan wilayah Russia, tak sampai 1% dari matlamat perjuangan mereka, tetapi mengapa US dan Russia berebut?
Kerana mereka bangsa cerdik. Seni peperangan dalam tawar-menawar.
Kerajaan dan Sekolah: Dari Era ‘Laissez Faire’ ke Sentralisasi
-
Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat dan
memastikan kesinambungan pembangunan sebuah negara. Namun, cara pendidikan
diurus dan d...
12 hours ago
No comments:
Post a Comment