Oleh : AdukaTaruna
Pendahuluan.
Setelah diterangkan konsep, relevan dalam N3 sebelum ini, gua masuk satu lagi contoh plan ini. Contohlah.
1. Kerusi harus parlimen bagi mengelak majority DUN terjejas.
2. Kerusi harus kawasan bandar bagi mengelak pengaruh media konvensional.
3. Kerusi harus di luar Kelantan bagi momentum penuh kepada Najib.
Kita ambil kerusi Khalid Samad. Shah Alam. Khalid mengugut mengadakan PRK seandainya 2 tahanan ISA 6 tahun tidak dibebaskan. PRK itu akan menjadi pungutan suara rakyat terhadap Najib dan ISA. Dia akan kaji keperluan itu dan mendapatkan pandangan pengundinya.
Ini sebenarnya memberi masa dan tekanan kepada Najib. UMNO akan bergolak. Penyelewengan undi di Bukit Gantang (separuh bandar) pun tidak dapat menyekat suara rakyat, inikan pula Shah Alam yang berstatus bandar.
1. Kalau Najib bebaskan tahanan, kemenangan besar buat semua. Khalid as hero. Kita akan menitis air mata bertemunya abah kepada anak, suami kepada isteri. Momentum yang besar untuk kerajaan memansuhkan ISA.
2. Kalau Najib terpaksa bertanding, karier politik Najib boleh musnah. Sabah dan Sarawak makin panas. Sentimen anti BN disuntik.
3. Kalau BN tidak bertanding, walau apa alasan, PAS menang free. Khalid tetap hero. Mangsa dan keluarga ISA berasa satu dunia bersamanya. Imej BN Najib rosak teruk. Diperlu pemimpin veteran.
Plan contoh.
- Khalid berkorban kosongkan kerusi.
- Calon PAS kita ambil Mat Sabu.
- PRU13 Khalid tidak boleh bertanding kerana 5 tahun.
- Khalid pilih sendiri calon untuk Shah Alam PRU13.
- Kalau dibolehkan undang2 dan situasi membenarkan, PRU13 lantik Khalid sebagai senator.
- Jika tidak boleh, calon pilihan Khalid tadi akan meletak jawatan seperti Wan Azizah kepada Anwar Ibrahim.
No comments:
Post a Comment