"tidak bersetuju mendesak pimpinan pas/pkr meletak jawatan adun/parlimen atas dasar ugutan pada kerajaan.suatu langkah yang bodoh.pelbagai cara dan masih banyak ruang bagi maksud tersebut.pas/pkr jangan sesekali terperangkap dengan golongan orang orang yang lemah fikiran sebegini.amati dan teliti apa yang tersirat didalam petition jzk ini.memang kita ingin bebaskan mereka tapi bukan dengan cara yang bodoh dan diperbodohkan ini."
Baiklah mari kita jadi org bijak pandai dan sama2 fikirkan.Sila fikirkan soalan dan pernyataan ini:-
Ruang Parlimen
Setakat ini pernah kah Akta ISA berjaya di mansuhkan dengan debat atau undi di parlimen?(ini ruang yg paling effective dan pilihan org bijak pandai setakat ini)
Contoh lain ,dapat kah isu IPP dipatahkan dengan hujah dan undi di Parlimen?
Dan pelbagai contoh2 parlimen yg membuktikan pilihan org bijak pandai ini tak berkesan.
Ruang NGO
Ambil contoh untuk pilihanraya, kita ada MAFREL yg serasa saya tak pernah dipedulikan oleh Kerajaan langsung.
Kita ada GMI yg berjuang untuk memansuhkan ISA,tapi pernahkah kerajaan peduli?
Ruang Demo
Mohon maaf pada pendemo2 BERSIH.Sila listkan senarai tuntutan anda yg telah dipenuhi oleh kerajaan.
Kesimpulan
Jalan2 di atas adalah jalan2 yg telah di ambil setakat ini untuk mendesak kerajaan dalam sesuatu isu. Jalan - jalan ini menunjukan kesan positif yg besar hanya pada tahap kesedaran rakyat,tapi tidak memberi impak besar pada menekan Kerajaan.Dalam permainan ini, UBN adalah pd "winning side".Maka beria2 lah kita meminta2 bak peminta sedekah sambil dipandang sinis oleh UBN sebagai penyedekah.
Sila terima hakikat bahawa kerajaan tidak akan mengubah satu2 dasar atau akta melainkan hanya untuk mengekalkan kuasa dan menjaga air muka sahaja.
Jasa - jasa contoh diatas tetap dihargai atas keberkesanannya.Namun persoalanannya adakah kita masih tidak kuat bersuara atau mungkin tidak berani mencuba cara baru untuk bersuara?
Satu kerusi untuk 1 isu : Mulakan dengan ISA
Rekod setakat ini, dalam suasana pilihanraya yg tidak adil sekalipon,PR telah memenangi 4 dari 5 PRK .Insyallah saya sgt yakin, dengan bantuan isu dan situasi di Perak, PR akan dapat meneruskan trend kemenangan.Untuk persoalanan pilihanraya telah diulas dengan bijak oleh bro Aduka disini. Persoalanan membazirkah banyak PRK pon telah dijawab disini. Pendapat saya ini lah satu2 nya "losing side" UBN.Boleh lihat hujah2 nya di sini oleh bro Islam4all
Cuba bayangkan setiap debat berkaitan ISA di Parlimen di akhiri dengan ugutan meletak jawatan.Begitu juga dengan isu2 lain.
1 kerusi = Isu ISA
1 kerusi = Isu IPP
1 kerusi = Isu turunkan tol
1 kerusi = Isu Pilihanraya Bersih
Mari bayangkan impak nya. Tahniah saudara2 kerana telah mewujudkan hero2 rakyat yg betul2 berani memperjuangkan setiap isu demi rakyat dan kepada rakyat.Tak akan sia2 lagi hero2 kita berucap di Parlimen kerana dah tentu ada hasilnya.
Janganlah takut - takut untuk "test market".Mari berani mulakan dengan ISA!
Kerajaan dan Sekolah: Dari Era ‘Laissez Faire’ ke Sentralisasi
-
Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat dan
memastikan kesinambungan pembangunan sebuah negara. Namun, cara pendidikan
diurus dan d...
12 hours ago
2 comments:
yes...!!! BEBAS KAN Mas Selamat...!!!!
cara baru ??..apa jaminan keberkesanan ??rasanya ia lebih memudaratkan...
ini agenda BN....
Post a Comment