Wednesday, March 17, 2010

Kenyataan Media Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat

Rabu 17 Mac 2010 bersamaan 1 Rabiul Akhir 1431H

Penangkapan ISA :
Penganiayaan terhadap Wanita.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang dianggotai lebih daripada 80 buah organisasi terdiri daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Parti-Parti Poliltik, Badan Hak Asasi Manusia, Wanita, Mahasiswa, Majlis Peguam dan Pertubuhan Pekerja menggesa Kerajaan untuk menghentikan cadangan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi sebaliknya menegaskan ISA mesti dimansuhkan. Dalam kerajaan ingin meminda akta ini, satu penangkapan ISA terbaru telah diberi liputan besar-besaran oleh media milik kerajaan bahawa kerajaan telah menahan sekumpulan pelajar yang majoritinya adalah dari luar negara yang sedang menuntut di beberapa universiti di Malaysia dan menuduh mereka sebagai pengganas antarabangsa.

Seramai 12 orang telah ditahan pada 21 Januari 2010. Mereka telah dinafikan hak untuk bertemu peguam walaupun telah beberapa kali dipohon. Mereka telah menfailkan permohonan habeas corpus sehingga hari perbicaraan iaitu pada 11 mac 2010, mereka masih tidak dibenarkan berjumpa peguam. Kerajaan dengan ini jelas mencabul hak mereka. Apakah ini yang dikatakan pindaan yang menambah baik ISA? Tiba-tiba mereka yang dituduh pengganas itu dibebaskan dan secepat kilat dihantar pulang ke negara masing-masing dan beberapa orang masih menunggu di Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang tanpa memaklumkan kepada isteri dan ahli keluarga mereka dan tanpa membenarkan mereka berjumpa ahli keluarga mereka sebelum dihantar pulang.

Isteri-isteri tersebut adalah Bashirah isteri kepada Luqman Abdul Salam yang dihantar pulang pada 13 Mac 2010 dan Khalidah isteri kepada Abdul Alhi Bolajoko Uthman yang dihantar pada 14 Mac 2010. Kedua-duanya dihantar pulang ke Nigeria.Tindakan kerajaan Malaysia yang mempunyai elemen penderaan emosi dan psikologi terhadap isteri mangsa ISA adalah bertentangan dengan Konvensyen Antrabangsa, CEDAW yang menghendaki setiap negara di dunia menghentikan sebarang bentuk penderaan dan keganasan terhadap wanita. (Sudah tentu bertentangan dengan amalan soleh terhadap sesama manusia lebih-lebih lagi orang Islam terutama kaum wanita dan kanak-kanak-DrLo'Lo')

Jawatankuasa Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA(PSK-GMI) mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap pasukan polis dan jabatan imigresen Malaysia yang membiarkan ahli keluarga mereka yang ditahan bersendirian terumbang ambing di Malaysia. Mereka tidak mempunyai keluarga di sini bahkan mereka datang kerana menemani suami mereka untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia. Alangkah terkejutnya mereka apabila tiba-tiba suami mereka ditahan tanpa dibenarkan membela diri terus dihantar pulang dan meninggalkan mereka bersendirian dengan anak-anak di sini. Mereka adalah wanita yang mempunyai hak untuk dilayan seperti manusia dan bukan dibuat sesuka hati oleh Menteri Dalam Negeri.

Kami memberi amaran kepada Menteri Dalam Negeri bahawa kes penangkapan ini akan menjadi bebanan dan memburukkan imej Malaysia di mata dunia. Malaysia yang selama ini mempromosikan bahawa negara kita adalah destinasi pelancongan dan sebagai hub pendidikan pelajar luar negara khususnya dari negara timur tengah telah tercemar dan menakutkan mereka kerana adanya undang-undang drakonian iaitu ISA.

Kempen supaya ISA dimansuhkan sudah berjalan sejak 20 tahun lalu dan telah berjaya mencipta gelombang kesedaran dan perubahan hasil daripada kempen GMI dan anggota gabungannya. Isyarat jelas penolakan terhadap ISA dilihat pada keputusan Pilihanraya Umum ke-12, 8 Mac 2008 dan kejayaan Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009. Jawatankuasa Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA(PSK-GMI) yang selama ini menjadi tempat mengadu nasib bagi kaum wanita dan kanak-kanak mangsa ISA, tetap dengan pendirian bahawa ISA telah menzalimi golongan wanita. Hasrat kerajaan yang kononnya membela wanita adalah ternyata kenyataan hipokrat apabila menggunakan ISA terhadap rakyat dan sesiapa sahaja dan sekaligus menganiaya golongan wanita dan kanak-kanak yang menjadi keluarga tahanan.

Sejak tahun 1960 hingga kini (2010), lebih 20,000 orang ditahan tanpa bicara di bawah ISA. Kesan penangkapan ISA, lebih 50,000 orang terdiri dari wanita dan kanak-kanak yang telah kehilangan ketua keluarga yang mencari rezeki dan tempat bergantung pendidikan dan kasih sayang seorang bapa. Dengan ini kami menuntut agar:

1. Kebajikan isteri-isteri pelajar-pelajar ini ditanggung oleh Kerajaan Malaysia
2. Jika mereka ingin pulang ke negara masing-masing, kerajaan mestilah menguruskan penghantaran mereka sehingga selamat sampai.
3. Kerajaan memohon maaf atas kesilapan menahan suami mereka dan membayar gantirugi pengajian suami mereka yang terhenti disebabkan penangkapan ISA.


Pusat Sokongan Keluarga GMI

Kenyataan Media - Penangkapan ISA : Penganiayaan terhadap Wanita Oleh Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Rabu 17 Mac 2010 Adalah disokong Oleh:

1. YB Zuraida Kamaruddin (Parlimen Ampang & Ketua Wanita KEADILAN)
2. YB Chong Eng (Parlimen Bukit Mertajam &Ketua Wanita DAP)
3. Hjh Nuridah Salleh (Ketua Muslimat PAS)
4. YB Dr Siti Mariah Mahmud (Parlimen Kota Raja)
5. YB Lee Boon Chye (Parlimen Gopeng)
6. YB Tian Chua (Parlimen Batu)
7. YB Nurul Izzah Anwar (Parlimen Lembah Pantai)
8. YB Rodziah Ismail (Exco Wanita Kerajaan Negeri Selangor)
9. YB Siti Aishah binti Hj Ghazali (Exco Wanita Kerajaan Negeri Kedah)
10. YB Saari Sungib (Adun Hulu Kelang)
11. YB Mumtaz Md Nawi (Senator Kelantan)
12. YB Dr Lo'Lo' bt Hj Mohd Ghazali (Parlimen Titiwangsa)
13. YB Teo Nie Ching (Parlimen Serdang)
14. YB Fuziah Salleh (Parlimen Kuantan)
15. YB Zailah Mohamad (Parlimen Rantau Panjang)

Monday, March 15, 2010

Situasi terkini. Tahanan ISA ada yang telah dihantar balik ke negara asal mereka

Akhirnya mereka dengan selamatnya dihantar pulang ke negara asal mereka.

Bagi tahanan warganegara Nigeria yang terlibat ini, ini adalah satu rahmat yang besar dan sungguh nikmat buat mereka walau sebelum ini mereka merasakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang aman, bebas dan selamat untuk mereka tinggal dan menyambung pelajaran mereka sambil membawa anak dan isteri bersama tinggal di negara Malaysia.

Di awal tangkapan, ahli keluarga merayu agar mereka dilepaskan dan dibenarkan menyambung pelajaran, namun kini bagi mereka pulang ke negara mereka walaupun negara Malaysia adalah yang terbaik buat mereka adalah satu perkara yang terlalu bahagia dan selamat.

Pada jam 9.51 pagi Sabtu semalam, saya telah menerima sms dari Bashirah isteri Lokman Abdol Salam yang ditahan di bawah akta ISA sejak 21hb Januari 2010.

Pesanan ringkas yang berbunyi :

" It is sad, but Alhamdulillah, Allah wish us the best. I know it will be best for us in this life to come. My husband has been sent home. Lilahi wa rusulih."

Rupanya pada awalnya sekitar jam 8.20am seorang lagi sahabatnya Khaleeda telah dihubungi oleh suaminya Abdullah yang juga seorang tahanan ISA. Suaminya menefon untuk memaklumkan bahwa beliau sudahpun berada di airport dan akan berlepas pulang pada pagi itu juga, mungkin beliau dapat meminjam telefon sesiapa. Beliau juga memaklumkan bahawa suami Bashirah telah dihantar pulan sehari lebih awal.

Pada petangnya saya telah membawa mereka berdua membeli barangan untuk persediaan pulang ke negara asal mereka setelah suami-suami mereka dihantar pulang.

Banyak maklumat yang mengejutkan dan mendukacitakan tentan sikap kerajaan Malaysia ke atas tahanan ISA dan keluarga mereka.

1. Kerajaan Malaysia telah menghubungi Kedutaan Nigeria dan mengatakan bahawa mereka tidak dapat membeli tiket untuk menghantar mereka pulang dan mereka perlu ditahan di lokap imigresen.

2. Kedutaan Nigeria telah sanggup membelikan tiket untuk mereka untuk dihantar pulang.

3. Mereka dihantar pulang dengan tergesa-gesa, bawa ke Putrajaya mungkin urusan imigresen dll terus dihantar pulang.

4. Isteri dan keluarga lansung tidak dimaklumkan.

Ketika membeli belah di pasar raya, tiba-tiba saya lihat Bashirah berlari dengan gembiranya..."my husband called, my husband called"

Gembiranya dia, dia bercakap seketika dengan suaminya yang telahpun selamat sampai ke negara asalnya dan disambut mesra dan baik oleh pihak sekuriti di negaranya.

"My husband wants to talk to you" sapa Bashirah kepada saya, dan saya menyambut telefon dari tangannya.

"How are sister, thank you very much for helping us, May Allah reward you,I pray for you" begitulah lebih kurang sapannya kepada saya.

Ternyata dari suaranya dia amat gembira dan penuh dengan semangat.

" They said that I did nothing wrong, no charges against me......." lagi pendedahannya melalui perbualan tersebut yang dapat diingat.


Dalam perjalanan pulang dari membeli belah, Brother Homam seorang lagi ahli Keluarga tahanan ISA berasal dari Syria menghubungi saya " Sister, guess who called me?" tanya beliau pada saya.

"Bro Lokman from Nigeria", saya mengiakan dan menceritakan perbualan yang sama dengan Bro Lokman.

Namun kemudian nadanya menjadi sedih dan sayu " Br Lokman told me that our brothers in the immigration lockup are in a bad condition, we must do something".

"Yes, I know, remember what our lawyer Edmund told us, he said that the immigration lockup is much worst than the Police Remand Centre".

Saya menasehatkannya untuk terus menghubungi peguam untuk mendesak kerajaan agar segera bebaskan mereka atau segera menghantar mereka pulang ke negara asal mereka dan jangan diseksa mereka lagi. [link]

Tuesday, March 9, 2010

Situasi terkini mangsa Tahanan ISA berserta nasib famili tahanan

"Sister Bashirah told me that she didn't want to see the lawyers, she didn't want to take this case to court"....sapa saya kepada Brother Homam sebaik selesai Press Conference bersama Bar Council siang tadi.

" They just gave up"....jawab Br Homam ringkas

"Oh, really"..respon saya semula...

"Yes, it's just that they think it will be much better for them to go back to their country in Nigeria" sambung Brother Homam lagi.

"Oh, they said that to you?"

"Yeah, they think Nigeria is better than Malaysia" sambung Homam lagi dengan wajah sugul.

" Yes..I can't blame them, just because of the ISA..Malaysia is not a best place to stay, I am so sorry"...perbualan kami terhenti bila seorang wartawan datang untuk menemubual Homam.

Malaysia Peaceful???

" I am really disappointed, since we have been here people are saying Malaysia peaceful, peaceful, where is the peaceful, where is it? how something like this happened in Malaysia, I am really disappointed"

"They did nothing wrong, they have the right to to continue their studies, they have no right to send them home like this, they have no proof at all, we only read in the newspapers".

Begitulah luahan hati Homam siang tadi d sidang media.

Berani kerana Benar!!

Homam juga menceritakan bagaimana sahabatnya yang ditahan ISA, Hassan dan Khalid begitu gembira sekali ketika mereka dapat bertemu di bawah kawalan polis, mereka berkata "don't worry, we are going to be released soon, the police promised that we will be released soon".

Katanya mereka lansung tidak menyebut tentang kemungkinan mereka akan dihantar balik.

Zalim betul mereka-mereka yang berkuasa ini!!!!

Homam ternyata sangat berani, namun berhati-hati dalam bicaranya. Sebelum ke sidang media pagi tadi beliau terlebih dahulu bertanyakan poin-poin yang seharusnya beliau ucapkan, sidang media pagi tadi bukan yang pertama buatnya, ini sudah masuk kali ke 3. Kali pertama ialah ketika pertama kali mengumumkan tentang penangkapan ISA, kali kedua di SUHAKAM dan kali ke 3 ialah yang ini.

Saya dan Nalini hanya berpesan kepadanya untuk maintain apa yang pernah dicakapkan sebelum ini, cuma kali ini beliau perlu tekankan dan tegaskan bahawa tahanan ISA warga asing tidak seharusnya dihantar pulang dan mereka harus dibenarkan untuk meneruskan pembelajaran mereka.

Tarik diri-dilema ahli keluarga.

Pada awalnya Bashirah salah seorang dari isteri tahanan ISA warga Nigeria telah bersetuju untuk mengikuti saya ke PC tersebut. Terlebih dahulu juga saya telah memaklumkan kepada sahabatnya salah seorang yang turut ditahan dan dilepaskan keesokan harinya tentang PC tersebut, beliau kata "ok".

Namun di waktu malamnya bila saya cuba confirmkan dengan Bashirah untuk ke PC tersebut beliau memaklumkan bahawa mereka punya rancangan yang lain. Memang saya kecewa, namun saya tidak ada hak untuk memaksa.

Pada awal pagi Bashirah menghubungi saya, ternyata beliau didalam keadaan tertekan dan memaklumkan kepada saya bahawa beliau tidak mahu berjumpa peguam, tidak mahu ke PC dan tidak mahu bawa kes ke Mahkamah, katanya akan merumitkan lagi keadaan.

Tidak mudah untuk terus berjuang...

Maka terpaksalah saya memaklumkan kepadanya berita yang sebenar...

"Bashirah, I am sorry, I have to tell you the truth, your husband's name is Luqman Abdul Salam right?, his name is among those who are in the process to be sent home, I am sorry. That is why we have to fight, we have to expose, we have to pressure. This is your husband, you have the right to decide, you have to make the decision and not your friend"

Pasti beliau bersedih, tapi inilah kenyataan. Dalam perjalanan ke Bar Council pagi tadi, Bashirah menghubungi saya lagi..."Sister, I would like to go, can you postpone the Press Conference?"

"I am sorry Bashirah, we can't, we have already informed the press and I am on my way"

Dengan nada sayu Bashirah berkata lagi " Oh..in that case can you please call Bro Lokman, Abdullah's Brother and tell him about this"......jawab saya ringkas " Ok, InsyaAllah, I will call him". (Abdullah adalah seorang lagi tahanan ISA warga nigeria).

Menurut Bashirah, kumpulan kawan-kawannya dari Nigeria telah melantik 2 orang sebagai ketua, sekiranya saya mahu mengajak Bashirah ke mana-mana program saya harus memaklumkan kepada mereka berdua)

Tetap terus memperjuangkan nasib tahanan!!!

Di sidang media kelolaan Bar Council tadi, Presiden Bar Council sendiri berjanji akan tetap meneruskan dengan Permohonan Habeas Corpus untuk tahanan ISA walaupun ada yang telah dihantar pulang atau dalam proses untuk dihantar pulang..pendek kata walau apa terjadi mereka tetap akan meneruskan usaha ini.

Memandangkan telah termaktub dalam perlembagaan bahwa setiap orang berhak mendapat khidmat guaman.

Menurut Mr Ragunath, tindakan menghantar mereka pulang ketika permohonan Habeas Corpus sedang diusahakan adalah satu tindakan yang berniat jahat di pihak pemerintah. "Unjust, Unfair, breach of constitutional act" tegas beliau.

Semua tindakan penghantaran pulang tahanan ISA warga asing perlu dihentikan segera.


Bar Council juga menjelaskan bahawa hingga kini kerajaan masih tidak mendedahkan nama-nama mereka yang ditahan dan jumlah sebenar mereka yang ditahan. Maka mereka mendesak kerajaan mendedahkan maklumat tersebut dan dedahkan juga alasan di sebalik penahanan ini.

Edmund Bon, salah seorang peguam yang mewakili semua tahanan juga kesal dan marah dengan apa yang berlaku. Sedangkan pihak mereka sejak awal lagi telah berhubung dengan pihak polis juga dengan Menteri Dalam Negeri bagi isu ini. Mereka juga telah mendesak agar permohonan Habeas Corpus ini didengar dengan segera dan lebih awal lagi dan bukan menunggu hingga mereka semua dihantar pulang hingga ianya menjadi sesuatu yang "academic" tak relevan lagi.

Permohonan Habeas Corpus ini akan didengar di Mahkamah Jalan Duta pada jam 2.00 petang 10hb Mac 2010.

[link]

Monday, March 8, 2010

Tahanan ISA rakyat Yaman dihantar pulang


Seorang tahanan ISA warga Yaman - salah seorang daripada 12 orang yang ditahan sejak lebih sebulan lalu- telah dihantar pulang minggu lalu, kata peguam Syahredzan Johan.

Menurutnya , pelajar bernama Khalid Saleem Mohammed itu telah dihantar pulang pada lalu.

Syahredzan berkata ia berdasarkan kepada faksimili yang diterima daripada Kementerian Dalam Negeri.

"Kita bimbang kesemua tahanan ini akan dihantar pulang sebelum pendengaran kes habeas corpus ke atas mereka pada 10 Mac ini, sedangkan tahanan ini masih belum dapat bertemu dengan peguam," katanya dalam sidang media di pejabat Majlis Peguam di Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya, peguam bagaimanapun telah berjaya menemui anggota keluarga tahanan berkenaan bagi mendapatkan perintah untuk mewakili mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, Shahredzan berkata, kerajaan juga telah memfailkan satu afidavit bagi membantah pendengaran kes berkenaan di mahkamah.

Bercakap dalam sidang media sama, presiden majlis itu Ragunath Kesavan berkata warga berkenaan perlu diberi layanan selayaknya mengikut peruntukan undang-undang negara.

"Mereka tidak boleh dihantar pulang sebelum diberi peluang untuk mendapat perlindungan undang-undang," katanya.

Sembilan daripada 12 yang ditahan itu terdiri daripada seorang rakyat Malaysia, manakala selebihnya rakyat Syria, Yaman, Nigeria dan Jordan.

Dua belas orang tersebut adalah antara 50 orang yang ditahan di Sungai Cincin, Gombak bulan lalu. Bagaimanapun, 38 daripadanya telah dibebaskan tidak lama kemudian.



[link]

Berkaitan :
URGENT APPEAL: STOP THE DEPORTATION OF THE 10 DETAINEES HELD UNDER THE ISA!

Monday, March 1, 2010

Bashirah, isteri tahanan ISA

Sedang enak-enak mengelamun sambil memandu tiba-tiba handphone berdering...."Bashirah2"....cepat-cepat jawab.

Kebetulan sejak dua tiga hari ini memang hati sentiasa terkenangkan dirinya. Bagaimana agaknya dia menghabiskan hari-hari yang mendatang dengan 3 orang anak yang masih kecil dan lasak di ruang sempit di rumah pangsanya di tingkat paling atas. Tingkat 4. Kemana dia hendak pergi tanpa suami di sisi dan di tanah yang bukan tempat tumpah darahnya.

"Assalamu'alaikum, How are you sister?" sapa Bashirah melalui gagang telefon.

"Wa'alaikummussalam Warahmatullah......Alhamdulillah, I am fine..." salam diberi dijawab semesra mungkin.

Beliau meneruskan percakapan. Sukar sebenarnya untuk memahami butir bicaranya apatah lagi melalui talian telefon.

" I just want to say Salam to you sister. I am feeling very sad, stress, i can't think staright, I am so stress...." saya cuba memahami apa yang disampaikan...

"Okay...okay sister...I understand..I can understand you...don't worry..let me call you back okay"...cepat-cepat saya hentikan panggilan agar dia tidak perlu menanggung bil telefon dan biar saya sahaja yang menghubunginya semula.

Cepat-cepat no Bashirah ditekan semula dan segera diangkat olehnya.

" Don't worry sister, I will come and visit you tomorrow morning, InsyaAllah. I have no plan tomorrow, I will come to your house okay"...janji saya padanya sambil memikirkan sekiranya sudah ada apa-apa rancangan awal yang telah dibuat atau dijanjikan.

" Okay, thank you very much sister, Jazakallahu hu khairan sister"


Di dalam hati terfikir-fikir, ramai manusia diduga dengan berbagai masalah, bagaimana agkanya masing-masing cuba menyelesaikannya. Namun dalam sedikit masalah yang Allah timpakan pada diri, saya yakin setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiaannya yang Allah sediakan. Bila ditimpa masalah kita memang terasa dunia ini begitu sempit. Berbagai cara kita lakukan untuk menyelesaikannya.

Membaca kata-kata hikmah dari Al Quran dan sunnah dan kata-kata sahabat sedikit sebanyak menenangkan hati.

Moga di pagi hari ini saya dapat mampu menenangkan hati Bashirah walau saya tidak dapat menjanjikan kepadanya bahawa suaminya akan dibebaskan segera dari ISA dan dari cengkaman polis Cawangan Khas yang zalim.

Sebenarnya saya lebih memahami penderitaan Bashirah kerana minggu lepas setelah 34 hari terpisah dengan suami, beliau berpeluang berjumpa suami yang ditahan ISA bersama polis dan katanya "My husband cried, he really cried, I am sick, he look so unhealthy and sad"

Kesian dia dan mereka, suaminya mungkin sudah "break down" hingga menangis di hadapan isteri dan anak-anak.

"Nalini, ada apa-apa updates dari sesiapa yang dapat disampaikan pada Bashirah?" segera Nalini dihubungi.

"Tak ada la Kak Nashita, why is it so hard Kak Nashita?" tanya Nalini mengharapkan jawapan yang saya pun tak punya.

" Tak tahulah Nalini, kita cuba sajalah yang kita terdaya"

Pagi ini SUHAKAM akan bertemu Polis untuk berbincang mengenai nasib tahanan ISA terkini, tetapi bak kata Nalini sekiranya ianya hanya satu perbincangan maka tiada ada apa yang boleh diharapakan.

Perjuangan harus diteruskan.


Nalini sebagai koordinator di SUARAM tahu banyak perkara tentang segala aktiviti mengenai perjuangan rakyat. Tugas mereka banyak berkisar dalam membantu nasib warga yang tertindas. Kematian dalam lokap, kezaliman polis masalah rakyat termiskin dan lain-lain lagi. Pasti lagi stress hidup mereka.

"Kak Nashita, I have to be prepared for tomorrow, esok akan ada protes di 4 buah hospital, I will be in Hospital Serdang"

"Oh ada apa tu Nalini, I can meet you there and we will discuss further"

"Protes tentang khidmat Hospital, kerana ada satu sistem baru yang akan menekan rakyat, 8 am- 4pm, khidmat sebagai hospital kerajaan, selepas 4 petang jadi swasta" terang Nalini.

"Gila tu....kesiannya pada orang yang susah, betul-betul menekan ni...banyak nya masalah dalam negara ni"...jerit saya

Itulah lagi masalah yang menambahkan sesak di dada.

JANGAN PERNIAGAKAN NYAWA KAMI; HENTIKAN PENSWASTAAN HOSPITAL!

"Okay Nalini, I will try to meet u at Hospital Serdang at 12pm, InsyaAllah"..akhir perbualan kami

Tiba-tiba pula teringat untuk membuat sesuatu bagi menceriakan anak-anak Bashirah yang mungkin sudah berhari tidak keluar dari rumah. Kerana hasrat kami sekeluarga untuk membawa mereka sekeluarga dan seorang lagi temannya tidak tercapai.

" Hello Bashirah, I will come to your house tomorrow morning and I will take you and your children out for breakfast InsyaAllah, at my friend's shop. There is a playground, your children can play there" InsyaAllah.

(terimakasih pada I luv ISLAM.com)

[link]