Wednesday, May 27, 2009
Ibu Tahanan ISA Meninggal Dunia
Allahyarhamah Sauda Abdul merupakan ibu kepada tahanan ISA Mat Sah Mohamed Satry yang di tahan di Pusat Tahanan Kamunting, Taiping sejak 2001.
Ibu berusia 71 tahun itu meninggal dunia akibat sakit tua di rumanya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Menurut suami beliau kali terakhir allahyarhamah bertemu Mat Sah adalah pada Ahad lepas setelah beliau dibenarkan pulang buat seketika untuk bertemu ibunya yang sakit tenat.
"Pertemuan antara ibu dan anaknya itu berlangsung dalam suasana yang gembira dan beliau tidak mengetahui apa perbualan mereka tetapi beliau sempat mendengar isterinya bertanya bilakah agaknya anaknya itu akan kembali ke pangkuan keluarga seperti dulu,” kata beliau.
Mat Sah tiba jam 3.00 petang dengan di iringi kawalan ketat lapan anggota polis yang berpakaian preman.
Beliau ditahan tanpa bicara di bawah ISA kerana dituduh terlibat dalam kegiatan kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah.
Pertemuan antara anak dan ibu berlangsung dalam suasana yang cukup pilu apabila Mat Sah diberi peluang menatapi dan mengucup wajah ibunya buat kali terakhir.
Bapa Mat Sah merayu pihak kerajaan mentimbangkan pembebasan anaknya kerana sudah terlalu lama beliau di tahan tanpa sebab yang munasabah.
“Saya juga amat berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan hukuman pada anaknya kerana setahu beliau, anaknya tidak pernah melakukan apa-apa perkara yang boleh menggugat keselamatan negara,” kata Mohamed Satry.
Antara yang sempat menziarahi jenazah Sauda ialah Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo’lo’ Ghazali dan Ketua Muslimat PAS Pusat Ustazah Nuridah Salleh .
Sumber
Sunday, May 24, 2009
Tuesday, May 19, 2009
Monday, May 18, 2009
Friday, May 15, 2009
Aku kerna siapa?
Aku tiada siapa
Aku hanya punya rasa
Oh.. aku..
Berteman tiada
Hanyalah hati ingin lihat indah
Engkau punya segala
Oh.. engkau...
Pangkat dan harta
Tindas-menindas tanpa kenal dosa
Jari meninta bukan kerna siapa
Lidah melafaz bukan kerna nama
Aku titipkan ‘tuk anak cucuku
Sambunglah apa cetus yang ku mula
Saksikan Allah apa yang ku laku
Terangilah hati ku untuk menulis
Mudahkanlah apa yang inginku sampai
PadaMu penentu segala kudrat.
********************
Abai walau apa saja
Me-reka masih dengan kita
Oh.. apa
Deri-ta mereka
Bodoh dan gelap tidak tahu apa
Cantumlah kita menerangi lembah
Kasihan mereka lama kegelapan
Berikan cahaya sinar dan harapan
Cukup-cukuplah diperbodohkan
************************
Biar kau tukar syurga dan neraka
Allah….
Tetapkanlah aku
Jangan Kau balikkan kakiku
Oh Allah
Jangan Kau bolakkan
Jangan Kau balikkan, hatiku
Aku merayuMu….
Oh Allah
Tetapkan hatiku
Pasakkan kaki,
Dan hati pada Mu
Thursday, May 14, 2009
Poster Korban Kerusi
Poster korban kerusi ala retro hasil ciplakan dari poster hartal.Mohon tuan2 dapat letakan di tepi blog anda(lihat contoh di blog saya) dan linkkan pada http://bebaskanmereka.blogspot.com/ sebagai tanda sokongan
ps : Untuk memudahkan anda sila paste code di bawah pada ruang gadget anda
Wednesday, May 13, 2009
Mari jawab soalan.
a) Petisyen ini sebenarnya mendesak Pakatan Rakyat(PR) meleburkan sekurang-kurang 2 kerusi untuk mengugut kerajaan Barisan Nasional melepaskan tahanan ISA.
b) Ini adalah gerakan civil (civil movement) atau gerakan rakyat peduli akan nasib tahanan ISA.Sesiapa yang sedar boleh menyertai kami.Ia terbuka tanpa mengenal batasan kaum dan agama.Maka,kami bukan dari mana-mana badan pertubuhan NGO atau parti politik.
c) Oleh kerana kami ini civil movement,kami tidak terikat dengan mana-mana ulama atau yang dikatakan 'majlis syura'.Kami mengalu-alukan ulama,'majlis syura', paderi,sami buddha dan
2. Mestikah sebuah petisyen atau usul untuk menyokong keadilan itu datang dari badan-badan yg berjenama atau hanya lahir dari autoriti-autoriti tertentu?
Oh tidak semestinya.Ini adalah gerakan rakyat yang sedar.Walaupun kami bermula sedikit,atas
nama kesedaran,rakyat mula mengorak langkah bersama kami.Setakat hari ini sudah 100 orang
menandatangani petisyen kami.Mari bersama kami.Title rakyat itu sendiri adalah jenama yang
menggerunkan.'People Power' lah yang meruntuhkan kerajaan beraja Peranchis, memerdekakan
Amerika Syarikat dari British dan membuatkan Queen of England tunduk dan patuh dengan
perlembagaan rakyat Great Britain.
MARI TANDATANGANI PETISYEN KAMI
IUS
Najib memang takut dengan PRK
Wow!!!bertapa takutnya najib dengan prk.Lihat banyak pihak yang mendesaknya untuk mengadakan prk untuk Perak.Kali ini bukan Ngo dan Pakatan Rakyat(PR).Tapi parti komponen BN sendiri MCA dan Gerakan,Negarawan Tengku Razaleigh,badan berkanun kerajaan sendiri iaitu SUHAKAM. Najib langsung tak mengendahkan mereka semua.
Situasi terkini di Perak membuat rakyat semakin benci dengan najib.Keadaan krisis yang melanda ekonomi dunia semakin meleset.Rakyat semakin tersepit.Dalam keadaan terjepit begini,najib berfikir di luar kotak lalu keluar dari mentaliti playsafenya dengan mengumumkan bahawa harga pertrol akan naik lagi dalam tempoh 4 bulan lagi melalu sabri.Inilah julung kalinya Perdana Menteri(PM) Malaysia yang baru ini menaikkan harga petrol.
Apa muslihat najib?Rakyat mengamuk setiap kali harga petrol naik.Tidak kira berapa sen sekali pun.70 sen,30 sen,20 sen, peduli apa.Ia tetap naik.Rakyat tidak peduli RON 95,RON 97 hatta RON 295 sekalipun.Apa yang rakyat peduli,petrol naik berkadar terus dengan harga barang keperluan seperti susu,roti canai,gula,minyak dan sebagainya yang melambung berkali ganda.Petrol turun,haraga barang keperluan takkan turun.This is definitely very wrong equation.But it's happened every time when petrol price hike.Lihat u tube poll NTV 7 di atas pada saat ke 57.Seratus peratus menolak harga petrol naik.Hamba rakyat akan terus tertekan.Gila jika mereka mengundi BN dalam mana-mana prk.Lihat gambar di bawah.
SEBAHAGIAN daripada pencari kerja termasuk lepasan universiti, lepasan sekolah dan penganggur yang menghadiri temuduga terbuka Kementerian Pelajaran Malaysia hari ini, yang ditawarkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi. Difahamkan, kira-kira 8,000 menghadiri sesi temuduga yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 18 (1), Putrajaya dan kebanyakan mereka datang seawal jam 5 pagi lagi. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor.ehsan berita harian online.
Kita tak tahu apa muslihat najib menaikkan harga petrol lagi 4 bulan dalam keadaan rakyat merana kerana kebanyakan mereka tidak bekerja dan tidak berduit.Tapi yang kita tahu najib sedaya upaya mengekalkan status quo.Buktinya,najib elak prk di dun kota alam shah dan negeri Perak.Jika berlaku prk,najib tahu dia kalah seperti di bukit gantang dan bukit selambau.Dengan harga petrol naik tak lama lagi,najib kalah teruk triple time.Najib tahu fenomena ini,kerana implikasinya akan membawa BN menjadi oposisi buat pertama kalinya selepas PRU-13.
Jadi ini bukan masa yang sesuai untuk mana-mana prk buat najib.Semalam adalah hari yang muram bagi Umno walaupun ia sedang merayakan harijadinya ke-63.Najib tahu imejnya makin merosot.Dia perlu pertahankan status quo ini.Waktu dalam status quo ini penting buat najib untuk pecahbelahkan Pakatan rakyat sebelum PRU-13,bermula dengan muktamar Parti PAS bulan 6 ini.Barang diingat,najib mesti menang besar dalam PRU-13 supaya imejnya sebagai Perdana Menteri Malaysia kembali pulih setelah hebat dikritik media antarabangsa kerana kes altantuya dan kapal selam scorpene.
Masa yang tak sesuai bagi najib mengadakan prk sebenarnya adalah masa yang paling sesuai kita mengugut najib dengan mengadakan prk untuk melepaskan tahanan ISA yang masih bermukim di Kamunting.Inilah masanya.Now or never.Ini juga masa yang sesuai bagi mana-mana adun atau ahli parlimen pakatan rakyat yang ikhlas mencurahkan bakti untuk meleburkan kerusi mereka bagi diadakan prk untuk pembebasan tahanan ISA yang tinggal.Inilah masanya.Mari tandatangani petisyen yang disediakan kami bagi menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi untuk membebaskan tahanan ISA.Mari.
Petisyen Kami
*prk=pilihanraya kecil.
IUS
Tuesday, May 12, 2009
Kempen satu kerusi untuk 1 isu : Mulakan dengan ISA
Baiklah mari kita jadi org bijak pandai dan sama2 fikirkan.Sila fikirkan soalan dan pernyataan ini:-
Ruang Parlimen
Setakat ini pernah kah Akta ISA berjaya di mansuhkan dengan debat atau undi di parlimen?(ini ruang yg paling effective dan pilihan org bijak pandai setakat ini)
Contoh lain ,dapat kah isu IPP dipatahkan dengan hujah dan undi di Parlimen?
Dan pelbagai contoh2 parlimen yg membuktikan pilihan org bijak pandai ini tak berkesan.
Ruang NGO
Ambil contoh untuk pilihanraya, kita ada MAFREL yg serasa saya tak pernah dipedulikan oleh Kerajaan langsung.
Kita ada GMI yg berjuang untuk memansuhkan ISA,tapi pernahkah kerajaan peduli?
Ruang Demo
Mohon maaf pada pendemo2 BERSIH.Sila listkan senarai tuntutan anda yg telah dipenuhi oleh kerajaan.
Kesimpulan
Jalan2 di atas adalah jalan2 yg telah di ambil setakat ini untuk mendesak kerajaan dalam sesuatu isu. Jalan - jalan ini menunjukan kesan positif yg besar hanya pada tahap kesedaran rakyat,tapi tidak memberi impak besar pada menekan Kerajaan.Dalam permainan ini, UBN adalah pd "winning side".Maka beria2 lah kita meminta2 bak peminta sedekah sambil dipandang sinis oleh UBN sebagai penyedekah.
Sila terima hakikat bahawa kerajaan tidak akan mengubah satu2 dasar atau akta melainkan hanya untuk mengekalkan kuasa dan menjaga air muka sahaja.
Jasa - jasa contoh diatas tetap dihargai atas keberkesanannya.Namun persoalanannya adakah kita masih tidak kuat bersuara atau mungkin tidak berani mencuba cara baru untuk bersuara?
Satu kerusi untuk 1 isu : Mulakan dengan ISA
Rekod setakat ini, dalam suasana pilihanraya yg tidak adil sekalipon,PR telah memenangi 4 dari 5 PRK .Insyallah saya sgt yakin, dengan bantuan isu dan situasi di Perak, PR akan dapat meneruskan trend kemenangan.Untuk persoalanan pilihanraya telah diulas dengan bijak oleh bro Aduka disini. Persoalanan membazirkah banyak PRK pon telah dijawab disini. Pendapat saya ini lah satu2 nya "losing side" UBN.Boleh lihat hujah2 nya di sini oleh bro Islam4all
Cuba bayangkan setiap debat berkaitan ISA di Parlimen di akhiri dengan ugutan meletak jawatan.Begitu juga dengan isu2 lain.
1 kerusi = Isu ISA
1 kerusi = Isu IPP
1 kerusi = Isu turunkan tol
1 kerusi = Isu Pilihanraya Bersih
Mari bayangkan impak nya. Tahniah saudara2 kerana telah mewujudkan hero2 rakyat yg betul2 berani memperjuangkan setiap isu demi rakyat dan kepada rakyat.Tak akan sia2 lagi hero2 kita berucap di Parlimen kerana dah tentu ada hasilnya.
Janganlah takut - takut untuk "test market".Mari berani mulakan dengan ISA!
Contoh plan satu kerusi untuk tahanan ISA.
Oleh : AdukaTaruna
Pendahuluan.
Setelah diterangkan konsep, relevan dalam N3 sebelum ini, gua masuk satu lagi contoh plan ini. Contohlah.
1. Kerusi harus parlimen bagi mengelak majority DUN terjejas.
2. Kerusi harus kawasan bandar bagi mengelak pengaruh media konvensional.
3. Kerusi harus di luar Kelantan bagi momentum penuh kepada Najib.
Kita ambil kerusi Khalid Samad. Shah Alam. Khalid mengugut mengadakan PRK seandainya 2 tahanan ISA 6 tahun tidak dibebaskan. PRK itu akan menjadi pungutan suara rakyat terhadap Najib dan ISA. Dia akan kaji keperluan itu dan mendapatkan pandangan pengundinya.
Ini sebenarnya memberi masa dan tekanan kepada Najib. UMNO akan bergolak. Penyelewengan undi di Bukit Gantang (separuh bandar) pun tidak dapat menyekat suara rakyat, inikan pula Shah Alam yang berstatus bandar.
1. Kalau Najib bebaskan tahanan, kemenangan besar buat semua. Khalid as hero. Kita akan menitis air mata bertemunya abah kepada anak, suami kepada isteri. Momentum yang besar untuk kerajaan memansuhkan ISA.
2. Kalau Najib terpaksa bertanding, karier politik Najib boleh musnah. Sabah dan Sarawak makin panas. Sentimen anti BN disuntik.
3. Kalau BN tidak bertanding, walau apa alasan, PAS menang free. Khalid tetap hero. Mangsa dan keluarga ISA berasa satu dunia bersamanya. Imej BN Najib rosak teruk. Diperlu pemimpin veteran.
Plan contoh.
- Khalid berkorban kosongkan kerusi.
- Calon PAS kita ambil Mat Sabu.
- PRU13 Khalid tidak boleh bertanding kerana 5 tahun.
- Khalid pilih sendiri calon untuk Shah Alam PRU13.
- Kalau dibolehkan undang2 dan situasi membenarkan, PRU13 lantik Khalid sebagai senator.
- Jika tidak boleh, calon pilihan Khalid tadi akan meletak jawatan seperti Wan Azizah kepada Anwar Ibrahim.
Monday, May 11, 2009
7 years and counting under ISA for being a Muslim !!!
In 2002, he was detained along with 50 other "members' of JI, but as time flies, in 2009 almost 98 percent of the JIs had been taken out of Kem Kamunting under yearly selected releases .
Now in 2009, Mat Sah is still occupying one of the blocks in the Kem. There is no specific reason given by the authority as to why he is still detained there. May be these facts can explain why he is detained further.....
1- He is not a Hindraf member.
2- He is not a Chinese.
3- He is not an Indian.
4- He is not a Non Muslim.
5- He is not a foreigner ie Indonesian or Filipino or Siamese or a Pakistani.
6- After 7 years, there's no hearing, no testified, no evidence produced in court, infront of the Judge to support the accusations that he is one of the Muslim terrorists.
7- After 7 years,there's no proof that he is the member of JI.
But, one clear thing for sure,from 2002 until now, he is a Muslim.
The end of the puzzle showed that , as long as he IS a Muslim, he would be or could be forever being accused as the member of Jemaah Islamiyyah(JI) that gave threat to the National Security...that made him eligible to be detained further and longer....
http://lailagmi.blogspot.com/2009/05/being-muslim-is-the-reason-detained.html
Kempen 1 kerusi untuk 1 tahanan @ 1 kerusi untuk 2 tahanan.
1. PRK b'laku.
Dgn segala kekuatan & penyelewengan yg ada, BN b'jaya kalahkan PR dlm kedua2 PRK. Andai b'laku, apa tindakan PR seterusnya? Ugut dgn PRK lg ke? Smpi bila?
Oleh : AdukaTaruna
Berdasarkan reality, memang wujud penyelewengan. Dan berdasarkan reality juga, penyelewengan maksima yang mampu dilakukan BN sudah tahap tepu.
Yakni, tidak berdaya lagi mengimbangi kemaraan rakyat. Buktinya :
1. Bukit Gantang. Bukit Gantang adalah kritikal situasi buat BN dan buat Najib. Secara logiknya, sudah pasti penyelewengan berlaku tahap tinggi. Tetapi, dengan izin Allah, kita menang juga.
2. Begitu juga seandainya BN mampu atau mempunyai satu penipuan yang boleh menang dalam isu DAP ugut adakan PRK. Mustahil Hishamuddin mahu telan ludah sendiri, dan mustahil Najib mahu dilabel bacul.
Seandainya tewas juga.
1. Imej dan pengorbanan BR tidak akan sia-sia di mata rakyat. Caranya akan diterangkan di bawah.
2. Selain kawasan itu harus kawasan bandar, pastikan kerusi parlimen (bukan DUN) dipertaruhkan untuk mengelakkan negeri terjejas. Jika mahu DUN, mungkin boleh di negeri bukan BR.
Step mengugut.
1. Bincang hasrat dengan parti komponen BR.
2. Isytihar untuk kaji mengadakan satu PRK untuk kebebasan 2 tahanan ISA. Jelaskan tahanan 6 tahun tanpa bicara itu sudah tidak tertahan. Kita tidak tahan, dia dan keluarga tidak tahan. Jelaskan ini sahaja peluang yang wujud.
3. Lakukan pungutan suara tentang hasrat itu di tempat yang dimaksudkan. Open jika ada bantahan di pusat wakil rakyat kawasan tersebut. Dan lihat apa hujah bantahan.
4. Upah agensi survey bebas buat tinjauan.
Semua ini, terutamanya apabila dilakukan tinjauan pendapat dan open bantahan, ianya akan mencetuskan kefahaman dan kehendak penduduk setempat. Selain Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai, wa percaya majority mahukan PRK.
Dengan projek kecilnya, dengan jalan barunya, dengan pelancong politiknya, dengan kemeriahannya, dengan ekonominya. Masyarakat mana yang tidak suka rahmat dan perhatian dunia datang mencurah2?
a. Kawasan harus kawasan bandar. Media konvensional tidak laku di kawasan bandar.
b. Kerusi parlimen di negeri BR atau kerusi DUN di negeri BN.
2. Kuasa SPR.Bila batang diri ADUN atau AP mengaku letak jawatan, maka SPR perlu umumkan kekosongan. Kerana itu sekarang ni BN sibuk dengan idea halang ADUN atau AP letak jawatan suka-suka.
Wa bkn background undang2, so nak tnya, ada x dlm bidang kuasa SPR utk m'isytiharkan p'letakan jawatan seseorg ADUN/MP sbgi x sah? Kuasa p'batalan p'letakan jawatan.
Kalo ada, tu bole jd senjata bg BN. Selagi x mati, jgn harap la kerusi tu SPR isytihar kosong.
BN tidak boleh halang sesiapa ADUN atau MP yang mahu letak jawatan. Rujuk kes Penanti. Manakala kes 2 bangsat PKR Perak adalah berbeza.
Bagaimana pula kalau tiada pertandingan bagi PRK? Tiada siapa yang mahu bertanding?Ini cara paling minima damagenya BN.
1. Walau ISA tetap ada, dan tahanan 6 tahun masih ditahan, BR terbukti melepasi kepentingan rakyat daripada kepentingan parti / individu.
2. BN akan dikecam penakut. BN akan berbalah sesama sendiri. UMNO setempat pasti mahu PRK, UMNO pusat takut, TDM kritik. UMNO / BN tetap kalah dalam ugutan ini.
Contoh.
Katakan Shah Alam. Khalid Samad ugut letak jawatan. Kalau BN bebaskan ISA, semua selamat dan menang besar. Kalau BN bertanding, semua menang juga 'kecuali' Khalid. Kalau BN tidak mahu bertanding, semua menang juga 'kecuali' tahanan ISA dan Khalid.
Khalid tidak boleh bertanding RU13 kerana had 5 tahun. Lepas PRU13, macam Wan Azizah kepada Anwar, Husam letak jawatan untuk Khalid bertanding. Tapi kena terangkan awal2 lah. Masa pungutan suara tu.
So, macam gua ramal Barca final dengan Man U, komfirm ahli PAS letak Husam Timbalan Presiden PAS manakala rakyat kompius antara Nizar / Husam dan Anwar, yang mana lebih kurang mudaratnya sebagai PM. Insy.